Aku Dihalau Kerana Malas

“Ala cepatlah warna lagi…” Saya merengek manja.

“Yelah..lepas warna ni, abang hantar pergi mengaji.” Pujuk abang saya.

“Hmm..ye” Saya mengiyakan serata perasaan malas semakin tinggi.

Helaian demi helaian kartun diwarnakan. Perasaan malas masih lagi menebal untuk ke kelas mengaji. Ketika itu umur baru menjangkau enam tahun. Ayah dan ibu masih sibuk bekerja.

“Dah cepat siap, abang dah banyak warnakan ni”

“Tak nak pergi !!! Saya berteriak.

Abang mula bertukar rupa. Dari lembut riak wajahnya bertukar menjadi marah. Diheretnya saya menaiki basikal. Saya masih merengek. Namun ketika pertengahan jalan, saya terus melompat dari basikal dan terus mencampakkan muqaddam. Hilang akal dibuatnya. Namun abang tetap bersabar dan menghantar saya terus sampai ke pintu masjid.

Begitulah kenakalan saya sewaktu masih kecil. Seorang yang malas mengaji dan kuat bermain. Waktu belajar bermain, waktu main pun saya bermain. Begitulah seharian saya dan seterusnya.
Ketika di kelas mengaji, rotan sudah beberapa kali hinggap di badan. Pantang baginya anak murid yang bermain-main ketika mengaji. Namun dia sudahpun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Saya memanggail dengan nama Tok Suramin. Tetapi semasa hayatnya tatkala menunggu saat ajal, dia ada memberitahu sesuatu kepada ibu saya.

“Aku bangga dengan anak kau ikhtiaruddin. Anak aku tak ramai yang belajar agama. Alhamdulillah dia masuk bidang tahfiz” Beritahu ibu saya selepas dia menghembuskan nafas terakhir.

Sedih atas pemergiannya. Dialah yang mengajar saya, dialah yang mendidik sehingga saya boleh mengenal huruf. Namun kenakalan saya bukan terhenti di situ, kemalasan dalam soal mengaji masih sebati ketika itu.

“Kalau kau malas mengaji, dah pergi keluar!” Tengking ayah. Ayah segera mengangkat saya lalu menghalau keluar dari rumah. Daun pintu dihempas kuat.

Saya tergamam. Saya dihalau keluar. Ketika itu umur baru sembilan tahun. Saya menangis teresak-esak dalam kegelapan. Masih terduduk, muqaddam dipegang rapi. Saya hilang arah, ayah mengamuk masakan untuk saya masuk ke rumah semula.

Jika masuk ke rumah sudah pasti saya bakal menerima hadiah sekali lagi.
Kini peristiwa tersebut sudah lima belas belas tahun berlalu. Namun ia masih segar di ingatan. Tidak akan saya lupakan bagaimana pengalaman saya dalam proses mengenal al-Quran.

Bermacam pengalaman saya sudah tempuhi. Namun, adakah generasi anak muda kini berhadapan dengan situasi yang sedemikian rupa? Malas mengaji al-Quran, sikap ibu bapa tidak mengendahkan, hasilnya adakah setakat memuaskan?

11.33 a.m.
Selangor

2 thoughts on “Aku Dihalau Kerana Malas”

  1. walaupun malas ,tp alhamdulillah berkat didikan yg di berikan oleh arwah tok suramin berjaya gak myikhtiar mjadi seorg hamlatul quran….

    kt xleh nk wat kesimpulan terhadap seseorg sblm mengenalinya terlebih dahulu….

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge