Antara Kemelut GMS ; Harga Yuran Semakin Meningkat ?

Kewujudan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang kini menjadi bualan hangat, tidak kira di dalam mahupun di luar kampus sedikit sebanyak mengelirukan segelintir mahasiswa. Ada menyokong, dan ada yang membantah. Ada yang mengatakan ia badan yang ditubuhkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa.

Antara sebab kenyataan tersebut dikeluarkan adalah melihat keterlibatan Timbalan Presiden MPM saudara Akram Ikrami Taib Azamudden dalam gerakan ini. Pelbagai andaian dibuat, dan sememangnya MPM KUIS tidak terlibat dalam gerakan ini. Keterlibatan Timbalan Presiden MPM adalah merupakan satu tindakan yang bersifat individu tanpa mengaitkan dengan mana-mana pihak. Tetapi mengapa beliau berbuat demikian?

Walaupun saya tidak lagi menerajui badan tertinggi tersebut, sememangnya saya amat berterima kasih kepada beberapa orang mahasiswa yang sering memberikan maklumat tentang isu politik di kampus. Dan yang terbaru ini adalah berkenaan GMS yang sering disebut-sebut sebagai pejuang kebajikan mahasiswa.

Puluhan blog sudah saya layari, dan melihatkan ada memberi hujahan tanpa fakta, dan ada yang bersifat melulu beremosi mungkin. Berita Harian dan TV3 turut tidak terlepas daripada membuat ulasan dalam kejadian demonstrasi yang dilakukan GMS. Gerakan ini telah memainkan isu harga yuran yang semakin meningkat. Dan meminta pihak pengurusan KUIS mempertimbangkan supaya ia dapat diturunkan.

Soal penurunan harga yuran KUIS kepada berapa peratus? Saya kurang pasti. Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan kerana tidak mempunyai fakta. Saya juga tidak mengetahui kandungan memorandum yang diserahkan kepada Dato’ Rektor. Saya percaya GMS telah melakukan satu tindakan drastik yang menyebabkan pengurusan tidak senang duduk.

Persoalan ; Mengapakah Timbalan Presiden MPM terlibat dengan GMS ?

Jika ditanya kepada saya, mengapa perlu dipersoalkan keterlibatan saudara Akram Ikrami. Bukankah saya sudah meletakkan ia bersifat individu?

Semasa saya memegang tampuk kepimpinan MPM 07/08 bersama pimpinan Mohd Rasyidi Ali, Mohd Ariff Abd Sarip dan lain-lain lagi terdapat beberapa isu yang dapat ditimbulkan. Kalau ada sesiapa masih ingat lagi satu edaran risalah telah dilakukan pada sekitar bulan Jun 2008. Antara kandungan adalah harga yuran yang semakin mahal. Isu tersebut telah mendapat respon daripada pihak KOSMO sehingga kami dipanggil oleh pihak pengurusan.

Setelah membuat perbincangan secara tertutup bersama Timbalan Rektor dan JPM dan akhirnya sebulat suara membentuk satu jawatankuasa yang dinamakan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS (MUAFAKAT). Suka saya bertanya, sejauh manakah mahasiswa KUIS sedar kewujudan MUAFAKAT ini? Persoalan ini saya fokuskan kepada ahli GMS terutamanya. Kerana ia dilakukan bukanlah secara berdemonstrasi tetapi secara rundingan. Saya kurang pasti adakah MUAFAKAT ini masih diteruskan? Itu kena tanya pada Presiden MPM KUIS 08/09.

MPM KUIS 07/08 telah menghadiri persidangan MUAFAKAT sebanyak dua kali iaitu pada 25 Julai 2008 dan 29 Ogos 2008. Persidangan ini diadakan di Banquet Hall First Cafe dan Bilik Galeri KUIS. Dan untuk makluman, persidangan ini bukanlah hanya dihadiri oleh Timbalan Rektor sahaja tetapi oleh semua pihak pengurusan.

Antaranya Timbalan Rektor, Pegawai Khas Rektor, Timbalan-timbalan Dekan Fakulti, Pengurus-pengurus Jabatan, dan Dekan JPM. Jika dilihat ia dihadiri hanpir 99% pengurusan tertinggi di KUIS. Pihak MPM KUIS 07/08 telah membuat satu dokumen resolusi yang mengandui beberapa usul. Antaranya aduan mahasiswa tentang kenaikan yuran, kadar caj elektrik yang terlalu mahal, kadar yuran asrama yang terlalu membebankan dan lain-lain lagi.

Pembentangan usul ini dilakukan oleh Presiden MPM KUIS 07/08 Mohd Rasyidi Ali pada 25 Julai 2008. Dan untuk makluman juga, sebelum pembentangan usul dilakukan, pihak MPM KUIS 07/08 telah mengadakan persidangan khas bersama Majlis Perwakilan Qaryah bertujuan menyemak semula isu-isu yang perlu dimasukkan ke dalam dokumen rasmi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.

Ingin saya petik daripada keratan akhbar tentang kenyataan Presiden GMS Ahmad Syafiq Akmal.

“Kami harap kolej mempertimbangkan menurunkan yuran bagi pengajian diploma sehingga 15% manakala pengajian sarjana muda 10 peratus”
 
Ahmad Syafiq mendakwa bantahan diadakan selepas rundingan yang diadakan pengurusan kolej sejak 2006 menemui jalan buntu.

Saya betul-betul terkejut dengan kenyataan tersebut. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Namun kenyataan tersebut secara jelas dan nyata bertentangan dengan fakta berdasarkan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2008.

Usul pihak MPM KUIS 07/08 pada 25 Julai 2009 berkenaan kenaikan yuran telah dibahaskan. Pihak Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor Ustaz Mohd Khairi Bin Hj Husin bersetuju membawa usul ini di bawa pula ke mesyuarat khas bersama pengurusan tertinggi.

Pada 11 Ogos 2008, Pihak MPM KUIS 07/08 telah dimaklumkan bahawa usul kami telah diluluskan. Namun sedikit syarat dikenakan iaitu penurunan yuran pengajian berlaku kepada pelajar yang mendapat GPA 2.70 ke atas sehingga mencapai 15%. Kenyataan saya ini berdasarkan bukti dokumen rasmi Resolusi MPM KUIS 07/08 dan Pekeliling Pejabat Bendahari Bil 4/2008 yang bertarikh 11 Ogos 2008.
Persoalan ; Mengapa GMS ditubuhkan sedangkan Majlis Permuafakatan Perwakilan Mahasiswa KUIS telah wujud?

Dijelaskan di sini, ahli jawatankuasa MUAFAKAT bukan hanya terdiri daripada MPM sahaja, malah ia termasuk kepada pihak pengurusan tertinggi dan pimpinan Majlis Perwakilan Qaryah (Kolej Kediaman). Dan kenyataan saya bukanlah bersifat mengaibkan sesetengah individu. Namun sepanjang proses perbahasan, jika ada di antara kami mahupun pihak pengurusan yang bersifat sambil lewa sudah pasti dimarahi.

Saya masih ingat lagi ada satu jabatan yang gagal menyiapkan suatu dokumen untuk dibentangkan kepada majlis MUAFAKAT. Akhirnya beliau dimarahi oleh pengurusan tertinggi di hadapan kami. Sedikit terkejut, namun itulah realiti sebenar yang pernah dilalui.

Setakat ini, saya masih tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada Timbalan Presiden MPM KUIS 08/09 Saudara Akram Ikrami berhubung perkara ini. Saya tidak mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa, namun mengapa beliau menyokong tindakan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS).

Bukankah MPM KUIS selaku badan tertinggi mempunyai saluran yang betul? Mungkin ada di antara kita yang ‘malas’ mahu berurusan dengan pihak atasan atas alasan ia sekadar melepaskan batuk ditangga. Itulah yang perlu kita hadapi, karenah birokrasi sesuatu jabatan memang sentiasa berlaku sama ada di badan kerajaan mahupun bukan bukan kerajaan.

Tindakan GMS membuat demonstrasi telah menyebabkan KUIS mendapat liputan meluas termasuk akhbar dan stesen TV3. Kesan daripada itu, saya telah dimaklumkan ramai pelajar telah menghadapi kesukaran mendapatkan tempat latihan praktikal. Dan tidak cukup itu lagi, permohonan mereka terus ditolak. Lantaran itu, saya difahamkan ada beberapa mahasiswa mula kecewa dengan tindakan GMS berhubung dengan perkara ini.

Saya mohon kepada sesiapa datangkan kepada saya “statement” yuran pengajian bagi IPTS di Malaysia. Terima kasih.

*Kenyataan saya berdasarkan fakta dan tidak menyokong mana-mana pihak.

Sekian.
http://myikhtiar.com

Etc

Mantan Presiden MPM 07/08
Mantan Setiausaha Kehormat MPM 07/08
Mantan Yang Dipertua MPP 06/07
Mantan Yang Dipertua MPP 05/06

58 thoughts on “Antara Kemelut GMS ; Harga Yuran Semakin Meningkat ?”

  1. urm…..gms memnolak mufakat……… ramai yg tak tau pasal mufakat….. jadi diaorang just sokong……. mpm selalu dok diam………. urm….. tapi demo yg gms buat tu agak memalukan. walau saya sokong usul tp saya tak sokong cara solution gms iaitu demo……. urm memalukan tambah plak kuis dah nak naik university.. habis laa…… maybe kena postpone la camnie……..

    Reply
  2. Usul sememangnya dipersetujui.

    Cuma method yang dibawakan kurang sesuai atas faktor kesan yang berlaku pada masa akan datang..

    Reply
  3. Ya Akh, berapa ramai yang berjaya dapat potongan 15 peratus?. apakah kerana seorang mahasiswa itu gagal mendapat 2.7 ke atas dia perlu dihukum sehingga berlapar berbulan-bulan. Apakah kita ingin menafikan bahawa kemampuan manusia itu berbeza?. Pemberian hadiah 15 peratus itu menjadi dalil untuk KUIS menutup mulut pelajar yang membantah kadar yuran tinggi. Keadilan perlu sejagat, bukan untuk individu terpilih.

    Reply
  4. Dalam mengkritik metod gerakan GMS, MPM sepatutnya membuktikan metod sebelum ini lebih berkesan. adalah tidak adil untuk kita menghukum sebelum kita tahu natijah yang bakal dicapai. Apa faedahnya kita mengejar tahap Universiti jika mentaliti mahasiswa kita terlalu terkebelakang. Kita perlu mengamalkan dasar untuk meneladani IPTA yang terkehadapan seperti UM dan UIA. Apakah mentaliti kita sebaris dengan mereka untuk bergelar universiti. Mungkin tindakan GMS, merupakan lonjakan paradigma yang menaikkan persepsi masyarakat umum kepada mahasiswa terutamanya kepada kita sebagai IPT kelas ke dua.

    Reply
  5. Pendirian Akram ikrami seharusnya dipuji kerana berani menongkah arus dan mencuba kaedah baru setelah beliau sendiri terlibat dengan aktif dalam rundingan-rundingan dengan pihak pentadbiran. Semua mahasiswa faham bahawa Akram merupakan antara yang paling dominan dalam kepimpinan MPM sesi ini. Sebelum ini beliau lantang menghujah isu kebajikan, mungkin kali ini kita perlu beri kepercayaan pada beliau untuk melakukan sesuatu dengan cara baru.

    Reply
  6. Apakah hanya kerana yuran KUIS antara yang termurah dalam kalangan IPTS, maka kadar tersebut tidak boleh diturunkan lagi?, Biarpun yuran KUIS hanya RM 100 atau RM 5, jika wujud mahasiswa yang tidak mampu, maka GMS akan tetap tampil untuk menuntut pembelaan. Janganlah hanya kerana fakta yang bertulis kita tegar untuk menyisih pandang soal kemanusiaan dan peradaban. Manusia yang mencipta fakta, maka manusia juga mampu untuk merobah fakta.

    Reply
  7. Terima kasih.. komen yang ditunggu2 dari ahli GMS.

    Saya tidak nafikan yuran pengajian di KUIS semakin mahal dan meningkat.

    Jadi..saya minta kepada saudara/i datangkan kepada saya fakta atau pun perbezaan harga Yuran IPTS yang murah berbanding KUIS. Saya dengar GMS ada mengkaji benda tersebut seperti yang dinyatakan kepada media.

    Jadi apakah hasil kajian tersebut? IPTS mana yang murah?

    Nampaknya saudara/i membuat perbandingan terhadap IPTA. Saya kurang jelas terhadap "mengamalkan dasar untuk meneladani IPTA yang terkehadapan seperti UM dan UIA"

    Boleh berikan saya satu contoh?

    Saya tidak menghukum method yang dibawakan oleh pihak GMS,tetapi persoalan saya.. tolong berikan saya satu kajian mengenai harga yuran IPTS.

    saya harap saudara/i sedia menerima hujahan saya.

    Reply
  8. salam. dah bincang ngan pengurusan bukan bermakna apa yg kita mintak perlu dipenuhi. nama pun berbincang. akram tu letak je la jawatan. memalukan kaum je.

    Reply
  9. bohong la kalau kata berlapar berbulan-bulan wahai Group Memang Sundal (GMS). melayan ngan hp canggih, isi minyak petrol, kluar dating ada plak duitnya. dah tahu x mampu, gi la kerja dulu baru belajar bila dah ada duit. jgn susahkan org lain yg nak belajar kat sini.

    Reply
  10. yuran kuis dah murah. nak murah lagi kena la belajar bersungguh-sungguh nak dapat pengurangan. x kan semua nak sama. malas belajar tp nak yuran murah. kalau dah pandai sangat, GMS tu dah lama masuk IPTA. Kita nak dapat Universiti tp GMS menghancurkan.bab2 bayar yuran secara ansuran x nak pulak korang canangkan. yg buruk je dicadangkan,yg baik korang sembunyikan. canangkan la sama.

    Reply
  11. GMS ni buatla plak demo untuk mak bapak masing2. Nyatakan duit x cukup. Katakan dok kat kuis ni susah,menderita kelaparan. Hantarkan nama n alamat family sekali. Blh kami gi ziarah family anda dan lihat kemewahan yg keluarga anda nikmati tp korang sebagai anak x pernah bersyukur.

    Reply
  12. Kita melihat IPTA dari segi mentaliti untuk meniru gaya seorang pelajar UNiversiti. Itu yang dimaksudkan dasar meneladani IPTA seperti UM dan UIA. Dari segi yuran Murah, GMS yakin bahawa tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa yuran Kuis lebih mahal berbanding IPTS lain, namun apakah setelah yuran KUIS jadi yang termurah maka ia tidak boleh diturunkan lagi? saya kira pendirian GMS soal harga yuran KUIS sudah cukup jelas.

    Reply
  13. Memang ahli GMS ada yang kaya dan hidup mewah, namun bukankah satu nilai yang cukup tinggi apabila orang yang kaya itu turun untuk membantu mereka yang susah. GMS berani untuk tampil dan membawa individu yang dimaksudkan sebagai bukti warga yang kurang mampu. Mereka menahan lapar selama berbulan hanya kerana tidak mahu membebankan keluarga. Saya kira golongan ini lebih mulia berbanding mereka yang gemar meminta wang ibu bapa hanya kerana akur pada yuran KUIS yang menekan. Dalam masa yang terdekat GMS akan melancarkan tabung bantu siswa sebagai langkah segera untuk membantu sahabat yang susah ini. Harap semua mahasiswa dapat memberikan sokongan yang padu.

    Reply
  14. kalau Universiti buat demo, korang pun wajib kena buat ker? buat demo baru kata matang? jgn samakan ipta dengan ipts. x de kuis, kat mana puak2 GMS ni nak belajar? ipta mana nak terima anda? nak gi ipts lain anda x mampu,mahal yuran nya. x reti nak bersyukur dengan kewujudan kuis yg terima anda untuk diberikan ilmu? ada otak pk, jgn ikut sedap kata yuran mahal. ipta kerajaan bg duit,yuran telah disubsidikan. x kan itu pun x faham2.

    Reply
  15. bohong sesangat kata berlapar berbulan bulan coz nak tlg keluarga. minyak moto dan asyik melaram ngan moto kehulu hilir ada duit. top up hp ada duit. golongan asnaf dikuis sape yg bantu? sedar skit. yg kata susah tu tahap mana susahnya? ramai lg yg kat luar sana yg susah ikat perut sampai x blh nak menyambung pengajian. tlg muhasabah diri tu skit. tabung rektor,infaq kan ada. korang yg susah ni dah mohon ke bantuan ngan kuis??

    Reply
  16. Cadangan GMS untuk pentadbiran ialah, potongan 15% yuran diberikan kepada semua mahasiswa Diploma. Rasionalnya ialah, setelah melakukan kiraan, potongan 15% ini membolehkan pelajar diploma memiliki wang baki pinjaman yang cukup untuk sara diri selama satu semester. Namun hadiah tetap diberikan kepada mereka yang mendapat 3.0 dan 3.5 keatas. Ini menyebabkan mereka yang cemerlang akan memperolehi kurangan yuran yang lebih setimpal dengan usaha mereka. Sebagai contohnya, mahasiswa yang cemerlang akan ditawarkan potongan yuran 20 % sebagai ganjaran usaha yang bersungguh-sungguh.

    Reply
  17. kalau dah x reti nak berjimat, bersyukur ngan ada, bg percuma pun anda lupa diri, x cukup2 juga duit. sebabnya x reti bersyukur ngan apa yg diberikan. dah diberi 15% nak 20% pula. kerja kuat adalah ganjarannya. malas keje mana nak dapat ganjaran lebih. sama ngan belajar. malas belajar, habiskan duit mak bapak tp nak yuran rendah. belajar la sungguh2 kalau nak yuran kurang. ramai yg dah nikmati faedah tersebut. anda je yg x malas belajar dengki dengan pelajar lain yg cemerlang n dapat pengurangan yuran

    Reply
  18. GMS akan mendatangkan bukti untuk tatapan semua pihak. Jika kita gemar menyusahkan ibu dan ayah, jangan pula kita sanggup untuk nafikan wujudnya golongan berhati mulia yang sanggup menghantar wang PTPTN untuk membantu keluarga. GMS hanya menuntut sistem kebajikan yang lebih merakyat selaras dengan moto negeri selangor. Apa salahnya jika kebajikan selama ini ditambah dengan penurunan harga yuran yang akan lebih membantu mahasiswa secara menyeluruh. Jika ada yang tidak mahu yuran diturunkan, mungkin pihak tersebut boleh berjumpa pihak pentadbiran untuk memohon agar yurannya tidak diturunkan.

    Reply
  19. Soal masyarakat luar mengikat perut, sepatutnnya perkara tersebut menjadi pengajaran kepada kita untuk tampil dan membela. Mereka di luar mungkin susah untuk kita bela, namun kita berpeluang di KUIS. Atas alasan bersyukurlah GMS tampil dan menyuarakan pandangan golongan sebegini yang minoriti. Mungkin pilihan yang mereka ada hanyalah berhenti belajar atau menangguh pengajian. Namun GMS dengan penuh kesedaran akan berusaha sehabis daya untuk membantu.

    Reply
  20. Jika ramai yang sudah menikmati kurangan Yuran 15 %, maka apakah alasan KUIS untuk tidak meratakan pengurangan tersebut. Jika pencapaian akedemik menjadi ukuran, GMS berpendapat bahawa penilaian tersebut adalah kurang adil. Presiden GMS sendiri merupaka penerima anugerah Dekan dan menikmati potongan yuran, namun beliau berhasrat besar untuk memastikan semua mahasiswa merasi nikmat ynag sama.

    Reply
  21. GMS mencadangkan kepada pihak pentadbiran, setelah yuran dikurangkan secara keseluruhan, Potongan yuran tambahan yang akan dihadiahkan kepada mahasiswa yang cemerlang perlu mengambil kira soal akhlak muslim dan jasa bakti setia.

    Reply
  22. presiden GMS gila kuasa. x dpt jd presiden kelab di kuis diwujudkan la GMS ni. nak bela org pun bukannya dengan merosakkan golongan majoriti pelajar yg lain. bela la yg diluar tu. buat demo jugak. apa susah nya? takut? tahu pun takut. jgn la nak berselindung di kuis. jual la moto n kereta golongan GMs ni, bantu rakan anda yg dikatakan miskin sangat tu. nak membela bukan kira dlm atau luar kuis. buka minda tu skit.setakat hantar wang ptptn tu berapa? kalau x hantar kat family, diorg kebulur ker? tunjukkan la sekali nama n alamat golongan terbabit yg dikatakan susah. ramai yg nak ziarah n bantu bg beras dan mcm lg seperti BERSAMAMU tu. bagi la alamat tu, kami nak bantu.

    Reply
  23. Jika dikaji, kemungkinan tabung rektor, dan infaq boleh dijadikan suntikan untuk mengurangkan kadar yuran KUIS walaupun kurangaannya mungkin terlalu kecil. Selain itu, bagi menampung kurangan yuran, GMS akan mengusulkan cadangan drastik kepada pihak kerajaan Negeri dan pihak MAIS untuk mengambil langkah efektif dalam membantu menyelesaikan masalah hutang KUIS. Doa daripada semua pihak amat diharapkan.

    Reply
  24. Kita akan kemukakan semua bukti yang ada kepada pihak pentadbiran. Persoalan takut kiranya lansung tidak wujud bagi GMS kerana terbukti pergerakan GMS berjaya membuka mata banyak pihak termasuk pihak polis seri putra, bangi dan kajang. Insyaallah, GMS akan membantu golongan kurang mampu ini lebih daripada hadiah beras dan membela mereka untuk kepentingan jangka masa panjang. Jika hari ini GMS dapat membantu semua mahasiswa untuk belajar dalam keadaan yang lebih selesa, maka GMS bersyukur kepada ALLAH diatas kejayaan mereka yang secara lansung akan menjadi pencerah kepada keluarga mereka yang susah.

    Reply
  25. gi la berarak ke bangunan SUK n MAIS. x kan buat dlm KUIS je kot. nak tunjuk hebat jgn la depan siswi dlm ni jer. tunjukkan la pada seluruh dunia. berarak ke SUK dan MAIS. Buat jgn x buat!! jln kaki ke shah alam. anda kan golongan susah. x kan nak naik kereta kot. duit minyak n tol tu elok bg kat golongan susah. jgn cakap x serupa bikin. takut ke nak bg alamat golongan yg x cukup makan dikuis ni? mana alamat2 family mereka yg susah ni??

    Reply
  26. Ahmad Syafiq Akmal kiranya sudah cukup dikenali sebelum ini biarpun tanpa kehadiran GMS. Beliau terlibat dengan Ta'aruf dan merupakan presiden persatuan Permas. Namun pujian perlu diberikan apabila beliau sanggup menggadai imej untuk turun membela rakyat yang dihimpit kesusahan. Jangan katakan pentadbiran KUIS, pentadbiran negara pun sukar untuk menemui kepimpinan seperti itu.

    Reply
  27. Kita akan dahulukan pihak pentadbiran. GMS tidak akan bergerak seperti MPM yang menjadi suara pentadbiran dalam menjawab isu pelajar. Nama dan alamat telah dikumpulkan, statistik juga telah dibukukan dan dipamerkan kepada semua mahasiswa pada lampiran risalah yang telah GMS edarkan. Dalam statistik tersebut, lebih 14 peratus mahasiswa KUIS memiliki pendapatan keluarga kurang daripada 500 ringgit.

    Reply
  28. Terima kasih atas cadangan untuk berarak di bangunan SUK. Insyaallah cadangan tersebut sememangnya termaktub dalam taqwim GMS bergantung pada keperluan. Namun GMS mengalu-alu kehadiran seluruh mahasiswa untuk turut serta dalam perarakan tersebut.

    Reply
  29. Syafiq tu bukan pemimpin, tp perosak akhlak. IPTA mana yg nak terima beliau? bukan menggadaikan imej. tp telah menggadaikan maruah keluarga beliau sendiri. bagus la tu. memang sukar nak temui pemimpin seperti dia sebab org macam tu bukan pemimpin tp perosak. jd memang la susah nak jumpa perosak macam tu kat bumi ni sebab x disangka wujudnya perosak macam beliau di KUIS yg aman ni. Merosakkan imej IPTS Islam je golongan mcm beliau tu. x layak duduk di KUIS.

    Reply
  30. Ahmad Syafiq Akmal telah berjaya mengembalikan kegemilangan mahasiswa IPT Islam yang telah sekian lama kelam. Universiti Islam turki merupaka natara yang paling tersohor dalam membawa wadah kebangkita pelajar begitu juga dengan Universiti Islam Iran. DI Malaysia, KUIS sepatutnya menjadikan UIAM sebagai model kajian dalam mencuplik idea mahasiswa yang berani dan vokal dalam membina idealisma.

    Reply
  31. wujudkan tabung untuk MamatSyafiq. taja dia ke U Turki dan Iran. Taja dia belajar pandai2 sampai boleh masuk UIAM. KUIS x rugi hilang/buang golongan GMS ni.

    Reply
  32. setakat statistik sapa2 pun blh buat. gi la panggil tv n media temual bual keluarga yg susah ni. baru la betul. baru la nak membantu. jgn buat fitnah dan memalukan umat Islam dikuis jer. berarak la cepat2 ke SUk n MAIS. x kan minggu ni sonyap jo. jgn buat taqwim je nak berarak tp pengecut.

    Reply
  33. jangan gaduh2..
    kita sama orang islam..
    x kan pasal hal ni ukhwah terputus..
    ingat kita x boleh menunding jari pada sebelah phk shj..
    ssgghnya allah lebih mgetahui yg mne bnr dan yg mne slh..

    Reply
  34. jangan gaduh2..
    kita sama orang islam..
    x kan pasal hal ni ukhwah terputus..
    ingat kita x boleh menunding jari pada sebelah phk shj..
    ssgghnya allah lebih mgetahui yg mne bnr dan yg mne slh..

    Reply
  35. jangan gaduh2..
    kita sama orang islam..
    x kan pasal hal ni ukhwah terputus..
    ingat kita x boleh menunding jari pada sebelah phk shj..
    ssgghnya allah lebih mgetahui yg mne bnr dan yg mne slh..

    Reply
  36. GMS memang penakut. baru kata ketua barua GMS nak kena buang ada yg dah mintak maaf. konon2 terpengaruh ngan org lain.kena pukau la. janji x nak buat lg la. dah buat salah baru nak bg alasan macam2. setakat memorandum desak yg korang hantar tu apa la sangat. statistik carta pai bermuka-muka surat tp fakta x de. yg ada semuanya ota je lebih. ingat kami student yg senior ni x tahu apa agenda GMs ni sebenarnya. masalah peribadi korang sendiri, korang hasut yg lain bantu korang. udah2 le tu gilo kuaso…

    Reply
  37. PENULIS BLOG NI AKU DEN TAHU LA HANG KENA TINDAKAN TATATERBIT SBB DEMO KAT PUTRAJAYA DULU. STUDENT PUN X SUKO HANG. JGN LA NAK LAGA2 KAN MPM SEKARANG NI YG BAIK BUDI PEKERTINYA. AKRAM SING WALIA TU BLH LA HANG SOKONG SEBAB SAMA2 PEMUSNAH KUIS MCM HANG.

    Reply
  38. Kenapa mengeluarkan kenyataan sy membela akram dan GMS?

    Jika benar saya membela mereka..apa buktinya?

    Kamu kenal tak sy ni siapa?

    Reply
  39. hehe..sesiapa yang dtg blog ni baca le posting biar habis….jgn duk tuduh orang sembarangan, posting ni adalah yg terbaik mengenai fakta berkenaan perjuangn MPM KUIS dalam membela mahasiswa KUIS berkenaan kebajikan.

    Reply
  40. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  41. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  42. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  43. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  44. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  45. x baik mnuduh org….penulis blog ni x de kaitan pn ngn GMS…..penulis dh bgtaw awal die x sokong mana2 pihak…..

    x baek korg bg nickname akram tu.akran sing walia…mak ayah die dh bg name elok2 dh….

    Reply
  46. dipersoalkan pasal masyarakat??
    GMS gaybang
    membuat sesuatu sebelum berfikir
    apa yg sudah jd wat mase skrg

    ya korg manangung dosa2 yg banyak sebenarnya
    ape yg jd pade kuis
    nila setitik rosak susu sebelanga

    kalau kepimpinan GMS ni bodoh2 belake sy x kisah
    tp jgn bodoh sombong ya
    ezad aziz get put from kuis ya
    x usah nak bz body lg
    coz anda bukan student sini hehe

    kepade dak2 gms yg x pat PTPTN
    belaja bersunguh sunguh
    x perlu dok tepi jalan tunjuk perasaan
    rugi jer sume 2

    yuran mahal erk
    2 la cian korg
    erm tkar kolej je lah erk
    ajak shafik akmal 2 sekali
    akram pon same ya..ar kirim slm kat bapak kau

    Reply
  47. cubalah guna perkataan yang sopan sikit…
    kita berdiskusi biarlah jaga tatasusila sebagai seorang muslim…baik sama ada pro-GMS mahupun pro-KUIS/MPM/MUAFAKAT/GKM.jgn kerana xpuas hati terhadap satu pihak, kata-kata herdikan, cacian, lucah, atau yang kurang elok digunakan…

    Reply
  48. ko yg membebel byk apasal.
    korg yg kutuk gms 2 yg tolol.kurg2 diorg buat jgk keje.Wlaupon KUIS ni swasta.tp berpada pada la cket.dhla Islamic kolej.ptot tlong org islam.bukan membebankn.ko berdiskusi,bermuafakat pe jadah 2.yuran tetp berjalan la bro.ape yg burok sgt dgn demonstrasi 2.berdosa ker??

    Reply
  49. alahai.. Ingatkan dah habis isu ini..

    Berdiskusi, bermuafakat pe jadahnya?
    Ni soalan ke perli?
    Ke nak suh saya huraikan apa maksud berdiskusi tu?

    Berdemonstrasi tu berdosa?
    Ada ke artikel saya mengeluarkan kenyataan bahawa demonstrasi itu haram? Jika ada, mana sila buktikan.

    Sikit pun saya tidak mengeluarkan kenytaan ingin mengutuk tindakan GMS. tetapi artikel saya semua nya berdasarkan fakta yang saya ada berdasarkan pengalaman saya selaku Naib Presiden MPM sesi 07/08.

    Clear?

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge