Antara Sedih Dan Gembira ; Antara Suka Dan Duka

Antara sedih dan gembira, antara suka dan duka. Maksud yang sama, situasi yang berbeza. Manusia itu punya hati, hati itu punya perasaan. Dan perasaan saling berbelah bagi antara kedukaan mahupun kegembiraan. Kaki ini berdiri memikul badan, memunggah anggota dalaman, tidak kira siang ataupun malam.Badan itu tidak bersuara, apatah lagi mahu menjerit.

Yang punya kuasa hanya hati selaku pentadbir pusat. Fungsi dalaman otak sekadar pemberi isyarat agar hati sentiasa dijana. Sama ada buruk mahupun baik ia terletak kepada tuan empunya badan. Jika baik hatinya, maka baiklah pergerakan tubuhnya.

Jika hatinya dijana dengan sifat yang tidak baik, sudah pastinya pergerakan itu sedikit lari dari landasan. Perjalanan hidup itu punya landasan, bukan digambarkan sirat laluan sukar seperti titian.

Destinasi Itu.

Saya ingin berhenti menulis buat seketika waktu, sehari, dua hari, seminggu, sebulan ataupun setahun bergantung kepada tuan empunya badan.

Terima kasih semua atas kunjungan anda ke blog ini.

3 thoughts on “Antara Sedih Dan Gembira ; Antara Suka Dan Duka”

Leave a Comment

CommentLuv badge