Apabila Kasut Itu ….

“Ikhtiar, kat mana ni??” Soal Sheela sahabat saya selaku Timbalan Setiausaha MPM.

“Eh saya on da way. Jap”. Saya menjawab sambil berlari mengah.

“Cepat sikit, VIP semua dah sampai termasuk Timbalan Dekan!” Gertak bernada amaran.

“Okay, nak sampai ni.” Saya menghabiskan kata-kata.

Saya berlari menuju ke Pejabat Urusan MPM untuk memakai kasut rasmi. Ketika itu saya hanya berselipar sahaja berlari lintang pukang mengejar masa. Jam sudah menunjukkan 8.15 malam. Hanya menunggu kehadiran saya untuk majlis pembentangan kertas kerja dimulakan.
Mungkin ketika itu Allah benar-benar ingin menguji kesabaran.

“Ya Allah, mana kasut aku ni? Mesti kat bilik. Mati aku macam ni” Saya mengeluh sambil terduduk. Telefon di tangan digenggam kuat.

Mata saya meliar mencari kasut di rak. Namun sedikit hampa, tetapi terlihat sepasang kasut tersusun rapi, dilitupi sawang tidak bertuan mungkin.


Tanpa membuang masa, saya terus memakai tanpa berstokin. Saiz kasut yang lebih besar daripada saiz 7, memanjang diiringi seluar hitam yang agak singkat. Saya kelihatan sedikit kelakar ketika itu.

Saya memanjangkan langkah menuju ke bilik persediaan di sebelah dewan auditorium. Terlihat Timbalan Dekan sedang berborak dengan pengarah program. Saya mengatur langkah, namun ada mata memerhati sambil tersenyum. Saya sedikit malu, mana tidaknya atas dah bergaya sampai tang kaki, haram tidak berstokin.

Majlis Pembentangan kertas kerja dimulakan, saya mengiringi Timbalan Dekan masuk ke dalam dewan. Agak sedikit lega, tiada mata yang sedang memerhati. mungkin pandangan mereka terpaku pada panel jemputan. Langkah saya hanya sedikit, kaki di seret agar tidak menampakkan kecacatan.

Namun perkara sedemikian bukanlah satu perkara yang baru. Kerana sebelum ini, saya pernah menghadiri majlis dengan memakai kasut sebelah lain sebelah lain. Perasaan malu jangan cakaplah. Selesai sahaja majlis saya lantas menghilangkan diri.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibn Abbas Ra ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Dua nikmat yang sering dilalaikan oleh kebanyakan manusia: kesihatan dan waktu luang”

Sayyidina Abdullah bin Umar RA berkata yang bermaksud :

“Jika kau berada di pagi hari, maka janganlah menunggu petang. Dan jika kau berada di petang hari, maka janganlah menunggu pagi”

Dua hadith di atas menjelaskan betapa pentingnya dalam hal menjaga masa. Mungkin keluar di bibir kita dalam membezakan istilah janji melayu dalam soal pengurusan masa. Memang tidak dinafikan jika program di tentatif pukul 8 maka pukul 8.30 ia akan bermula.

Lihat, kesannya dalam diri saya sendiri. Saya terpaksa berkejar masa sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Namun pengalaman lepas telah mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam soal pengurusan masa.

Sebagai tambaha, ada satu kisah lagi di mana Imam Abdul Wahab Al-Sya’rani bercerita tentang gurunya Syeikh Zakaria Al-Anshari,

“Selama dua puluh tahun aku melayaninya, belum pernah aku melihat beliau dalam kelalaian atau melakukan sesuatu yang tak berguna, baik siang ataupun malam hari. Jika seorang tamu berbicara terlalu panjang kepadanya, beliau segera berkata dengan tegas: “Kau telah membuang-buang waktuku.”

Wallahu’alam..

4.53 p.m.
Selangor.

1 thought on “Apabila Kasut Itu ….”

  1. salam.
    buat adik kecik ni…
    la awat kasut tu..hehehe
    lucu juga akak baca..
    takpe..itu semua pengalaman…
    Allah takdir kan kita sesuatu ade baik nya..
    apa2 yg berlaku ada hikmahnya..
    alhamdulillah..
    adik dpt hadapi situasi tu dgn baik..
    tahniah..
    moga adik selalu drahmati Allah..
    🙂
    tahniah..
    bersabar dan

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge