Apabila Kita Berpecah

Sehingga hari ini saya difahamkan pihak GMS tidak lagi membuat sebarang gerakan demonstrasi.  Mungkin lebih kepada edaran berbentuk risalah sebagai penyebaran ideologi. Walaupun pihak GMS masih tetap dengan pendirian tidak mahu berundur, kini Pro anti-GMS makin ligat bersuara di corong-corong laman sembang. Bertelagah sesama sendiri dilihat menjadi punca ketegangan.

Ketidaksependapat merungkai masalah yang dilihat dari persepsi dua golongan yang berbeza. Satu golongan merungkai masalah bersandarkan ilmu dan logik akal, dan sebelah pihak perpaksikan emosi dan nafsu semata-mata. Maka natijahnya sudah tertentu berbeza, apabila ideologi atapun fikirah dipertemukan, mengambil masa untuk disatukan mungkin.

Lebih mengecewakan lagi, wujudnya fitnah menfitnah dalam kalangan kita. Kita perlu sedar bahawa segala tindak tanduk pemikiran kita boleh berubah dalam sekelip mata. Ia bergantung kepada keadaaan sekeliling. Jika baik di sekeliling kita, maka waraslah percambahan minda.

Dan saya melihatkan ideologi ahli GMS itu mungkin berbeza. Walaupun membawakan isu yang sama, dari segi fikrah saya kira ia tidak bersependapat. Di dalam artikel yang lalu, ada segelintir ahli GMS telah meninggalkan komentar yang ingin saya petik.

Kita melihat IPTA dari segi mentaliti untuk meniru gaya seorang pelajar UNiversiti. Itu yang dimaksudkan dasar meneladani IPTA seperti UM dan UIA. Dari segi yuran Murah, GMS yakin bahawa tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa yuran Kuis lebih mahal berbanding IPTS lain, namun apakah setelah yuran KUIS jadi yang termurah maka ia tidak boleh diturunkan lagi? saya kira pendirian GMS soal harga yuran KUIS sudah cukup jelas.

Sedikit persoalan yang timbul. Apakah rasionalnya GMS memperjuangkan ideologinya jika kenyataan tersebut dikeluarkan. Ini yang saya katakan tadi, isu yang sama tetapi pemikiran yang berbeza. Jika benar Presiden GMS benar-benar mahu memperjuangkan kebajikan pelajar, mengapa jawatan dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa bagi sesi 08/09 ditolak?

Adakah ada sesetengah yang berpendapat organisasi ini sungguh hina dipandang dari sudut berbeza. Saya tidak menyangkal dakwaan yang mengatakan Presiden GMS orang yang pintar. Dan tambahan pula nama beliau telah dicalonkan sebagai ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 08/09. Seingat saya tawaran tersebut di buat pada bulan Januari ataupun Februari 2009. Ingat, bukan tawaran calon bertanding tetapi tawaran calon untuk menjadi ahli kabinet yang sah.

Namun ahli kabinet MPM 08/09 menerima dengan hati yang terbuka atas penolakan yang dibuat oleh Saudara Syafiq Akmal sendiri selaku Presiden GMS. Mungkin tidak ramai yang mengetahui hal sedemikian. Saya masih menghormati beliau dan kami pernah bersatu menjalankan usaha dakwah sewaktu saya menjadi Pengerusi Skuad AMAN MPM bersama BADAR ALAM. Saya yakin penolakan yang dibuat oleh beliau atas dasar masih ingin memperjuangkan ALAM selaku Setiausaha Agong sesi 08/09.

Namun, saya tidak mempunyai jawapan yang tepat atas persoalan ini.

Jika kita masih ingat lagi, satu program berbentuk perdebatan berkonsepkan penghujahan dalam kalangan Presiden MPM bagi sesi 05/06, 06/07 dan 07/08 telah diadakan bertarikh 9 Januari 2009 di Auditorium KUIS. Namun ada individu tampil mencadangkan agar di KUIS diwujudkan dua kumpulan seperti di IPTA. Antaranya Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi.

Namun cadangan itu telah disangkal oleh beberapa mahasiswa atas faktor mengapa perlu berpuak, sedangkan mahasiswa KUIS kini masih bersatu. Tetapi saya melihatkan situasi kini di dalam faktor kebimbangan. Telah mulai wujud golongan Pro GMS dan Pro anti-GMS. Saya kira ukhwah mahasiswa kini berada dalam situasi kepincangan.

Masakan tidak lemparan cacian, makian yang mengikut emosi di antara dua golongan telah tercetus. Bagaimana ia boleh terjadi sedangkan dahulu mahasiswa KUIS boleh bersatu. Itu kena tanya pada diri kita sendiri. Kenyataan saya tidak boleh berbentuk emosional bimbang ia lebih bersifat berat sebelah. Sengaja saya timbulkan artikel sedemikian agar kita boleh berfikir, memberikan sebarang pendapat.

Adakah Yuran KUIS benar-benar mahal?

Maaf, saya tiada jawapan itu. Tetapi kita boleh merujuk blog yang menghuraikan tentang perkiraan harga bagi setiap Jam Kredit bagi sesuatu subjek.

Ingin saya tunjukkan perbandingan harga Yuran Pengajian bagi Pelajar Ijazah Sarjana Muda.

Bagi IPTS KUIS :

Ijazah Sarjana Muda Syariah Undang-Undang selama 4 tahun sebanyak RM 37 990

Bagi IPTA USIM :

Ijazah Sarjana Muda Fiqh Fatwa selama 4 tahun sebanyak RM 43 000 ++

Kita lihat perbezaan di situ. Walaupun pihak USIM telah menunjukkan Kos Sebenar bagi Yuran pengajian tersebut, pelajar USIM hanya perlu membayar sebanyak RM4400++

Pertamanya saya melihatkan subsidi yang diberikan oleh kerajaan bagi seorang pelajar adalah sebanyak RM 30 000. Saya kira ia satu jumlah yang banyak. Walaupun pihak MAIS selaku pemilik Kolej Universiti tidak mengeluarkan sebarang subsidi, namun jumlah kos sebenar masih berada di paras standard seperti kos yang dikeluarkan oleh pihak IPTA.

Jadi bagaimana, kenyataan ini saya ambil dari salah seorang bekas mahasiswa KUIS yang kini sedang menuntut dalam Sarjana Muda Fiqh Fatwa di USIM.

Jika saya salah, minta tolong betulkan.

Kesimpulannya, mentaliti kita lebih bersifat sesuatu benda itu mahu sempurna. Sesuatu perkara itu mahu sempurna. Sedarkah kita bahawa di dunia ini tiada orang yang sempurna. Kesilapan ataupun kekurangan yang timbul bukanlah seperti yang kita hendakkan.

Saya percaya kita semua inginkan yang terbaik. Nantikan penulisan saya yang seterusnya, jika ada.

Sekian.

Ikhtiaruddin Md Yasim
Mantan Naib Presiden 1
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS

6 thoughts on “Apabila Kita Berpecah”

  1. Tahniah kepada saudara kerana memberikan analisis ringkas tetapi berdasarkan fakta dan mudah difahami, kami rasa inilah budaya dan cara yang kena kalau kita nak menyatakan pendapat…isu utama adalah YURAN tetapi disensasikan pula dengan tuduhan penyelewengan memang manarik minat pelbagai pihak….maka timbul lah kekeliruan sehinggakan masing2 sudah tak tahu isu mana yang nak diperjuangkan… inilah yang pihak kami kesalkan apabila berlaku demostrasi…isu nya tak jelas..pendapat diberikan tak fokus, semuanya bermain dengan sentimen, emosi dan kekeliruan, maka apabila muncul isu penyelewengan, isu mkn gaji haram…masing2 menafikan , nah..siapa yang bersalah anda sudah membuka runag fitnah…terimalah…persoalannya..bilakah isu sebenar nak dijuangkan bila fitnah mula melata.

    http://mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com

    Reply
  2. Sebenarnya ada segelintir mahasiswa masih keliru kenapa GMS dan MPM membawakan isu yang sama tetapi masih tidak mahu bersatu. Sebenarnya kedua2 artikel sy sudah jelas mengapa mereka sukar utk bersatu.

    Even membawa isu yang sama..tapi method yang dibawakan sungguh berbeza. Dan atas faktor demikian, mahasiswa lebih terbuka kepada gerakan yang aktif.

    Tetapi ironinya, ada juga mahasiswa yang faham akan situasi. Sebenarnya faktor utama adalah masalah miss communication dan ego sesetengah pemimpin yang tidak mahu mendengar apabila penjelasan mahu diberikan. Faham2 sendirlah..

    Reply
  3. quote from:

    “Bagi IPTA USIM :

    Ijazah Sarjana Muda Fiqh Fatwa selama 4 tahun sebanyak RM 43 000 ++

    Kita lihat perbezaan di situ. Walaupun pihak USIM telah menunjukkan Kos Sebenar bagi Yuran pengajian tersebut, pelajar USIM hanya perlu membayar sebanyak RM 13 000 ++?

    Maaf saudara, kenyataan di atas (RM13 000++) tidak benar. Saya merupakan pelajar B.A Fiqh n Fatwa usim, hanya perlu membayar RM4400++ selama 4 tahun pengajian di usim.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge