Apabila Kita Diuji

“Kenapalah aku ni bernasib malang”. Keluh saya sendirian.“Kamu bernasib baik, sebab kamu adalah ikhtiar” Celah guru saya. Saya sedikit terkejut.

“Tak ada orang yang boleh jadi ikhtiar sebab ikhtiar hanya seorang sahaja di dunia ini”. Tambahnya lagi.

“Tapi cikgu…….” Saya masih mengeluh.

“Tak ada tapi-tapi, ingat semua orang tak sempurna termasuk kamu. Jadi fikir-fikirkanlah.” Cikgu saya menutup perbualan sambil berlalu.

Saya masih terduduk sendirian memikirkan kekalahan dan kegagalan dalam kejohanan Ping Pong Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Walaupun saya merangkul Johan dan Naib Johan di peringkat negeri, tetapi perjuangan saya terhenti apabila saya ditewaskan oleh beberapa negeri dan yang paling saya geram adalah negeri Pahang. Cukup tersangat geram rasa ingin mecampakkan raket ke arah penonton dan pemain yang tidak henti-henti bermain psikologi.


Namun saya ditenangkan oleh pengurus pasukan negeri. Saya redha kerana itu adalah takdir saya. Tidak semua orang mampu mengatasi apabila mereka diuji. Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud :

“Allah SWT apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.”

(Riwayat At-Tirmizi)

Begitula hidup ini adakalanya kita di atas, dan adakalanya di bawah. Bukan mudah berada di atas, tetapi cukup mudah berada di bawah. Dan hari demi hari tika dan saat ini kita sering didatangkan dengan pelbagai mehnah. Pada minggu ini juga saya didatangi dengan pelbagai ujian yang cukup menduga iman saya. Tetapi Alhamdulillah, semuanya beransur pulih dan selesai. Sedikit sebanyak ia mematangkan saya dalam mengharungi kehidupan.

Tetapi ingatlah ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung daripada Allah SWT ataupun melalui orang lain, kita mula melatah. Terasa Allah SWT tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Inilah kita makhluk diberi nama manusia. Hidup bukan untuk bersenang lenang, tetapi untuk mencari keredhaan. Jika kita mampu dalam menempuhi ujian dunia UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, DiPLOMA dan seterusnya jangan fikir mudah dalam menempuhi ujian di akhirat kelak. Ujian dunia hanya cebisan sekadar kepingan agar kita sering bermuhasabah siapa diri kita sebenarnya.

11.35 pagi
Selangor

5 thoughts on “Apabila Kita Diuji”

Leave a Comment

CommentLuv badge