Asas Perniagaan Internet

Sudah lama rasanya saya tidak menyentuh mengenai perniagaan internet atau lebih mesra dipanggil bisnes internet. Sehingga hari ini segelintir masyarakat beranggapan perniagaan internet ini semuanya sama termasuklah skim cepat kaya, pelaburan dan sebagainya. Namun anggapan itu ternyata silap, kerana perniagaan internet adalah sebuah perniagaan berasaskan produk ataupun perkhidmatan.

Tidak kira sama ada produk atau perkhidmatan yang dipasarkan, ia tetap dikira sebagai satu model perniagaan. Cuma apa yang dikaitkan dengan perniagaan internet adalah kesemua jenis produk atau perkhidmatan ini dipasarkan secara online termasuklah transaksi pembayaran.

Model Perniagaan Internet

#1 Penawaran Produk Fizikal

Sebagai penjual, kita boleh menawarkan pelbagai jenis produk kepada semua bakal prospek. Tentukan produk apakah yang agak laris di pasaran. Antara produk fizikal yang mendapat permintaan adalah seperti berikut :

I.     Baju Muslimah
II.    Tudung Muslimah
III.   T-Shirt Lelaki
IV.    Jersi Bola
V.     Jubah Lelaki

Sebenarnya banyak lagi produk yang boleh dijual di pasaran internet. Sebagai contoh, kakak ipar saya menawarkan produk fizikal seperti barangan keperluan bayi seperti pampers dan sebagainya. Penjualannya sentiasa mendapat sambutan terutamanya dari kalangan para ibu.

#2 Penawaran Produk Digital

Produk digital ternyata mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi pusingan modal. Ramai usahawan internet sudah berjaya menjana wang ratusan ribu hanya dari penjualan produk digital sahaja. Ini menunjukkan pasaran produk digital juga turut menerima sambutan yang sangat menggalakkan. Antara produk digital yang mendapat sambutan adalah seperti berikut:

I.    Ebook (dalam format PDF)
II.   Perisian (software tools untuk pemasaran)

Tetapi yang paling popular adalah penjualan dan ternyata ia sangat memberikan satu pulangan untung yang sangat besar.

#3 Penawaran Perkhidmatan

Antara jenis model perniagaan, jenis penawaran perkhidmatan adalah merupakan major saya dalam perniagaan internet. Ia telah memberikan saya pulangan wang secara konsisten setiap bulan. Antara perkhidmatan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :

I.       Pembangunan laman web.
II.     Personal coaching secara online.
III.   Penulisan artikel bahasa melayu, inggeris dan sebagainya.
IV.   Mereka bentuk desain.
V.     Penyelenggaraan web.

Model perniagaan seperti ini memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan. Namun ada teknik yang saya akan tunjukkan di artikel yang lain. Ia menyentuh bagaimana kaedah untuk memasarkan perkhidmatan yang kita sendiri tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Kesimpulan

Tiada istilah perniagaan internet tanpa modal. Semuanya perlukan modal untuk kita sama-sama berjaya. Namun kita harus memikirkan bagaimana untuk memahirkan diri dalam mengaplikasikan teknik meminimakan modal, memaksimakan keuntungan. Jadi artikel yang pertama ini adalah gambaran secara asas tentang perniagaan internet.

Jika berkelapangan, artikel seterusnya saya akan menyentuh apakah persediaan asas sebelum memulakan perniagaan internet.

Semoga berjaya.

8 thoughts on “Asas Perniagaan Internet”

Leave a Comment

CommentLuv badge