Belajar Untuk Menerima Hakikat

Sudah lama saya tidak mencoretkan sebarang nukilan di sini hampir dua bulan mungkin. Itu tidak bermakna penulisan saya akan terhenti begitu sahaja tanpa sebarang noktah. Mungkin bagi orang lain corak penulisan itu mudah, tetapi sedikit sukar bagi saya. Saya perlu banyak belajar lagi. Dalam merentasi masa yang kini sudah berada di pertengahan tahun membuatkan saya berfikir sejenak. Umur yang semakin meningkat, tempoh pra-matang yang seakan tamat mungkin menyebabkan saya sedikit gusar. Perjalanan yang dirasakan agak terlalu cepat, sukar untuk diduga seperti baru sahaja berlakunya kelahiran. Kelihatan seperti merungut, namun secara hakikatnya tiada istilah untuk kita berpatah balik.

Pendidikan Itu Penting

Imam Syafie r.a berkata,rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang menghendaki dunia maka hendaklah dengan berilmu,sesiapa yang menghendaki akhirat hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang menghendaki kedua-duanya sekali,hendaklah dengan ilmu”

Hadith di atas jelas menekankan bahawa ilmu itu sangat penting yang mana ia bermula apabila manusia itu dilahirkan. Saya pernah bertanya kepada ibu saya yang sering menyambut kelahiran bayi,

“Mak kenapa baby lepas keluar dia menangis?” Tanya saya.
“Itu adalah sifat semulajadi menunjukkan bayi itu normal. Jika tak menangis, kita perlu menepuk sedikit sehingga ia menangis” Mak saya menjawab.

Baru-baru ini isu pendidikan seks yang ingin diterapkan dalam pendidikan kurikulum hangat diperkatakan. Alasan adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah keruntuhan akhlak dari segi penzinaan, kelahiran anak luar nikah, dan sebagainya. Secara peribadinya saya memandang ia sebagai satu perkara yang agak sedikit pelik. Seperti mana Tuan Guru Nik Aziz menyatakan tidak bersetuju sistem pendidikan tersebut dilaksanakan. Antara hujah yang dikeluarkan oleh beliau, Islam itu sendiri telah mengajar untuk kita mengasingkan tempat tidur bagi anak lelaki dan perempuan.

Cuba kita menyelak kembali buku-buku berkaitan tentang pendidikan Islam contohnya. Seperti mana yang kita tahu, terdapat subjek Pendidikan Islam bagi pengajian beraliran di sekolah bukan agama. Dan sememangnya di dalam buku tersebut turut menyatakan tentang aspek pergaulan bebas, soal penjagaan aurat dalam Islam tetapi secara hakikatnya tidak semua institusi yang mewajibkan pemakaian tudung di sekolah termasuklah di Istitut Pengajian Tinggi.

Membangkitkan isu kurikulum pendidikan seks seolah-olah kandungan buku Pendidikan Islam tersebut tidak relevan untuk digunapakai. Walhal segala kandungan tersebut adalah berpandukan daripada al-Quran dan As-Sunnah.

Apabila melihatkan terhadap diri saya pula, hanya orang yang rapat mengetahui akan situasi diri ini. Saya tidak pernah bermimpi untuk menghafaz al-Quran seperti hari ini. Saya tidak menyangka pendidikan agama itu menjadi pilihan saya. Ini semua adalah kehendak dari orang tua saya yang pada awalnya saya agak memberontak. Biarlah hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuiNya, biarlah diri ini sahaja yang merasainya. Namun saya perlu akur, segala benda yang terjadi ke atas dunia ini semuanya adalah takdir Allah SWT. Saya tidak meletakkan takdir itu sebagai penanda untuk saya tidak berubah, namun ia sebagai satu penguat untuk saya maju ke hadapan.

Tetapi dalam mendalami bidang agama, saya telah ‘mencuri’ masa untuk mempelajari sesuatu bidang yang lain. Ilmu Allah itu luas bukan?


Cuba dan Salah Dalam Eksperimen

“Ikhtiar, kau dari dulu lagi tak habis-habis bisnes” Kawan sekelas menegur saya.
“Mana taknya, otak bisnes dia ni” Kawan lain menambah.

Saya hanya tersenyum. Dari jauh sudut hati ini bukanlah kali pertama saya bergiat aktif dalam bidang perniagaan di kampus. Namun ia sebenarnya bermula ketika di sekolah rendah lagi. Ketika itu  kalau tidak silap, saya berumur dalam lingkungan 9 tahun. Saya pernah menjual kertas A4 berwarna kepada rakan sekelas dengan harga 10 sen sehelai. Tidak cukup itu lagi ketika berada di sekolah menengah, saya pernah menjual kerepek pedas dengan harga 50 sen sebungkus.

Walaubagaimanapun saya tidak dapat meneruskan aktiviti ini kerana terlibat dengan latihan sukan dan ilmiah hampir setiap tahun. Dan apabila melangkah ke alam kampus, saya mula membuat tinjaun pasaran. Dan akhirnya saya memilih perniagaan menjual kad prepaid secara SMS. Ketika itu saya benar-benar runsing dengan ketiadaan modal pusingan. Saya mula meminjam wang ibu sebanyak RM200. Namun, permintaan yang sangat menggalakan daripada pelajar. Jualan RM200 hanya habis dalam masa setengah hari sahaja.

Tanpa berfikir panjang, saya mula meminjam wang daripada kawan-kawan hampir RM500 untuk memastikan saya mempunyai modal pusingan. Keadaan agak terdesak ketika itu untuk mencari modal. Saya menjana ratusan ringgit bersih dengan hanya seminggu sahaja.  Walaubagaimanapun, aktiviti tersebut terpaksa dihentikan apabila saya bertanding kerusi pilihanraya kampus. Jualan prepaid di sekitar kampus adalah salah satu peluang terbesar untuk pelajar. Namun itu semua adalah satu kemanisan yang sukar untuk saya lupakan.

Penghijrahan Yang Bermakna

Dalam merentasi masa yang seakan tidak menentu, saya mula mencari arah. Menjadi pemerhati yang mempunyai sifat suka mendengar dan melihat perjalanan hidup orang lain.
Baru-baru ini juga saya telah dijemput oleh Syarikat HyperNet Resources Sdn Bhd untuk mengadakan representasi tentang modul kursus laman web. Satu penghormatan yang tidak terhingga buat saya sendiri. Di akhir representasi, beliau selaku CEO telah bercerita sedikit mengenai kisahnya perjalanan hidupnya.

Sewaktu belajar di universiti, saya tidak pernah meminta wang daripada keluarga. Sememangnya berniat untuk berdikari dan Alhamdulillah hasilnya apa yang telah awak nampak dengan sendirinya. Umur saya sekarang 28 tahun dan pernah mendapat perhatian media akhbar dan televisyen sebelum ini.


Semua Orang Punya Impian

Impian merupakan cita-cita setiap orang. Soal adakah tercapai mahupun tidak, itu terpulang kepada ketentuan Ilahi. Kita perlu belajar untuk menerima hakikat. Seperti mana yang saya katakan di atas, perjalanan hidup saya seperti tidak dirancang, kerna impian saya seakan sedikit berubah. Walaubagaimanapun, pasti ia ada terbaik buat saya.

Mungkin sampai di sini coretan saya, bertemu kembali InsyaAllah.

Salam kejayaan

Belajar Untuk Menerima Hakikat
Sudah lama saya tidak mencoretkan sebarang nukilan di sini hampir dua bulan mungkin. Itu tidak bermakna penulisan saya akan terhenti begitu sahaja tanpa sebarang noktah. Mungkin bagi orang lain corak penulisan itu mudah, tetapi sedikit sukar bagi saya. Saya perlu banyak belajar lagi.
Dalam merentasi masa yang kini sudah berada di pertengahan tahun membuatkan saya berfikir sejenak. Umur yang semakin meningkat, tempoh pra-matang yang seakan tamat mungkin menyebabkan saya sedikit gusar. Perjalanan yang dirasakan agak terlalu cepat, sukar untuk diduga seperti baru sahaja berlakunya kelahiran. Kelihatan seperti merungut, namun secara hakikatnya tiada istilah untuk kita berpatah balik.
Pendidikan Itu Penting
Imam Syafie r.a berkata,rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang menghendaki dunia maka hendaklah dengan berilmu,sesiapa yang menghendaki akhirat hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang menghendaki kedua-duanya sekali,hendaklah dengan ilmu”
Hadith di atas jelas menekankan bahawa ilmu itu sangat penting yang mana ia bermula apabila manusia itu dilahirkan. Saya pernah bertanya kepada ibu saya yang sering menyambut kelahiran bayi,
“Mak kenapa baby lepas keluar dia menangis?” Tanya saya.
“Itu adalah sifat semulajadi menunjukkan bayi itu normal. Jika tak menangis, kita perlu menepuk sedikit sehingga ia menangis” Mak saya menjawab.
Baru-baru ini isu pendidikan seks yang ingin diterapkan dalam pendidikan kurikulum hangat diperkatakan. Alasan adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah keruntuhan akhlak dari segi penzinaan, kelahiran anak luar nikah, dan sebagainya. Secara peribadinya saya memandang ia sebagai satu perkara yang agak sedikit pelik. Seperti mana Tuan Guru Nik Aziz menyatakan tidak bersetuju sistem pendidikan tersebut dilaksanakan. Antara hujah yang dikeluarkan oleh beliau, Islam itu sendiri telah mengajar untuk kita mengasingkan tempat tidur bagi anak lelaki dan perempuan.
Cuba kita menyelak kembali buku-buku berkaitan tentang pendidikan Islam contohnya. Seperti mana yang kita tahu, terdapat subjek Pendidikan Islam bagi pengajian beraliran di sekolah bukan agama. Dan sememangnya di dalam buku tersebut turut menyatakan tentang aspek pergaulan bebas, soal penjagaan aurat dalam Islam tetapi secara hakikatnya tidak semua institusi yang mewajibkan pemakaian tudung di sekolah termasuklah di Istitut Pengajian Tinggi.
Membangkitkan isu kurikulum pendidikan seks seolah-olah kandungan buku Pendidikan Islam tersebut tidak relevan untuk digunapakai. Walhal segala kandungan tersebut adalah berpandukan daripada al-Quran dan As-Sunnah.
Apabila melihatkan terhadap diri saya pula, hanya orang yang rapat mengetahui akan situasi diri ini. Saya tidak pernah bermimpi untuk menghafaz al-Quran seperti hari ini. Saya tidak menyangka pendidikan agama itu menjadi pilihan saya. Ini semua adalah kehendak dari orang tua saya yang pada awalnya saya agak memberontak. Biarlah hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuiNya, biarlah diri ini sahaja yang merasainya. Namun saya perlu akur, segala benda yang terjadi ke atas dunia ini semuanya adalah takdir Allah SWT. Saya tidak meletakkan takdir itu sebagai penanda untuk saya tidak berubah, namun ia sebagai satu penguat untuk saya maju ke hadapan.
Tetapi dalam mendalami bidang agama, saya telah ‘mencuri’ masa untuk mempelajari sesuatu bidang yang lain. Ilmu Allah itu luas bukan?
Cuba dan Salah Dalam Eksperimen
“Ikhtiar, kau dari dulu lagi tak habis-habis bisnes” Kawan sekelas menegur saya.
“Mana taknya, otak bisnes dia ni” Kawan lain menambah.
Saya hanya tersenyum. Dari jauh sudut hati ini bukanlah kali pertama saya bergiat aktif dalam bidang perniagaan di kampus. Namun ia sebenarnya bermula ketika di sekolah rendah lagi. Ketika itu  kalau tidak silap, saya berumur dalam lingkungan 9 tahun. Saya pernah menjual kertas A4 berwarna kepada rakan sekelas dengan harga 10 sen sehelai. Tidak cukup itu lagi ketika berada di sekolah menengah, saya pernah menjual kerepek pedas dengan harga 50 sen sebungkus.
Walaubagaimanapun saya tidak dapat meneruskan aktiviti ini kerana terlibat dengan latihan sukan dan ilmiah hampir setiap tahun. Dan apabila melangkah ke alam kampus, saya mula membuat tinjaun pasaran. Dan akhirnya saya memilih perniagaan menjual kad prepaid secara SMS. Ketika itu saya benar-benar runsing dengan ketiadaan modal pusingan. Saya mula meminjam wang ibu sebanyak RM200. Namun, permintaan yang sangat menggalakan daripada pelajar. Jualan RM200 hanya habis dalam masa setengah hari sahaja.
Tanpa berfikir panjang, saya mula meminjam wang daripada kawan-kawan hampir RM500 untuk memastikan saya mempunyai modal pusingan. Keadaan agak terdesak ketika itu untuk mencari modal. Saya menjana ratusan ringgit bersih dengan hanya seminggu sahaja.  Walaubagaimanapun, aktiviti tersebut terpaksa dihentikan apabila saya bertanding kerusi pilihanraya kampus. Jualan prepaid di sekitar kampus adalah salah satu peluang terbesar untuk pelajar. Namun itu semua adalah satu kemanisan yang sukar untuk saya lupakan.
Penghijrahan Yang Bermakna
Dalam merentasi masa yang seakan tidak menentu, saya mula mencari arah. Menjadi pemerhati yang mempunyai sifat suka mendengar dan melihat perjalanan hidup orang lain.
Baru-baru ini juga saya telah dijemput oleh Syarikat HyperNet Resources Sdn Bhd untuk mengadakan representasi tentang modul kursus laman web. Satu penghormatan yang tidak terhingga buat saya sendiri. Di akhir representasi, beliau selaku CEO telah bercerita sedikit mengenai kisahnya perjalanan hidupnya.
Sewaktu belajar di universiti, saya tidak pernah meminta wang daripada keluarga. Sememangnya berniat untuk berdikari dan Alhamdulillah hasilnya apa yang telah awak nampak dengan sendirinya. Umur saya sekarang 28 tahun dan pernah mendapat perhatian media akhbar dan televisyen sebelum ini.
Semua Orang Punya Impian
Impian merupakan cita-cita setiap orang. Soal adakah tercapai mahupun tidak, itu terpulang kepada ketentuan Ilahi. Kita perlu belajar untuk menerima hakikat. Seperti mana yang saya katakan di atas, perjalanan hidup saya seperti tidak dirancang, kerna impian saya seakan sedikit berubah. Walaubagaimanapun, pasti ia ada terbaik buat saya.
Mungkin sampai di sini coretan saya, bertemu kembali InsyaAllahh.

Salam kejayaan

4 thoughts on “Belajar Untuk Menerima Hakikat”

  1. PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA

    salam..
    mungkin apabila sdr melihat nick name sy,sdr sudah dpt meneka siapa sang empunya badan..mungkin sdr agak terkejut dgn tajuk di atas..ataupn mungkin sdr tertanya2 apa tujuan sy memohon maaf dan menulis komen ini..

    ok,first and foremost,sy ingin memohon maaf kpd sdr krn pernah menghentam barisan kepimpinan MPM ketika era sdr dan mengutuk penulisan sdr..it’s such a long time ago..to be honest,sy pn jrg sbnrnya buka blog sdr..tp pd hr itu,sy mengambil ksempatan ‘menyerang’ blog sdr dgn menulis kata2 yg tidak sepatutnya..

    mungkin sdr rsa pelik knp bru skrg sy minta maaf..why?because now I did realize apa yg sy buat dulu adalh salah..sbrnya sy bknlah jenis individu yg suka menghentam org lain..that’s not the real of me.. maybe because of the influence of things surrounding me,sdikit sbnyak sy mudah terpengaruh..segala kata2 fitnah yg dilemparkn terhadap MPM sy percaya bulat2 despite the fact that I was close to them (sbhgn MPM yg sy kenali)..

    maaf krn mencampur adukkn bhs..sy hrp sdr faham apa yg ingin sy smpaikn sbrnya..mgkn juga sy terikut2 dgn permainan politik kampus yg pd hakikatnya tidak membawa apa2 benefit pn pd sy..skrg ni ble dh tamat pengajian di KUIS,barula sy sedar kesilapn sy ketika bljr dulu..sbnrnya bg sy,sbg seorg siswi/siswa,pelajran la yg perlu diutamakn..memg tak slh utk terlibat dgn politik kampus ni tp pastikan diri kita tak terjebak atau tergelincir dlm ‘permainannya’..nasihat sy pd student2 yg lain yg gemar menghentam KUIS dan memberikn pelbagai kata2 tohmahan n cacian,hentikan la..di sini la tempat anda menuntut ilmu..mungkin KUIS tidak la seindah IPTA/IPTS yg lain..tp seburuk2 KUIS tetap ada cantiknya..KUIS juga tempat di mana kita menuntut ilmu dan menyalurkan bakti kpd bangsa n agama..dr KUIS kita mndapat segulung diploma/ijazah n dr situ juga la kita dpt peluang utk melanjutkn pljrn ke level yg lebih tggi atau tmpt yg lebih baik..n dr segulung diploma/ijazah yg kita peroleh itu juga,kita dpt gunakan utk mencari rezeki..so,hentikanla la sgala kata2 cacian n hinaan..di mana kberkatan yg kita akan perolehi nnt??

    last but not least,sy harap sdr tidak terasa hati lg dgn keterlanjuran sy dulu..maaf krn mngambil msa yg agak lama utk menyatakan permohonan maaf ini.. erm,apa yg sdr tulis di atas memg ada benarnya..n ada sedikit persmaan dgn apa yg sdg sy lakukan kini..skrg ni sy hanya melihat kpd msa hdapn..merancang dgn teliti dan tidak menoleh ke belakang lg..yg pasti setiap kejayaan akan datang pada mereka yg berusaha dan tidak putus2 berdoa..sy juga berharap suatu hr nnt sy akan berjaya mencapai cita2 sy.. Insyaallah….

    Reply
    • Wsalam….

      Ikhlas saya katakan, sedikit pun saya tidak mengambil hati pelajar2 yang pernah menyerang barisan pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa lebih-lebih lagi serangan secara individu terhadap diri saya..

      Sebenarnya saya dah lama tau siapa kamu sebenarnya, sedangkan pernah beberapa kali bertandang ke Pejabat Urusan. Kalau benar saya tidak berpuas hati, sudah lama saya lemparkan dendam kat situ jugak..

      why not, saya hanya berdiam diri..

      Biasalah, dalam soal kepimpinan mahupun perjuangan tidak semuanya boleh dalam keadaan sempurna. manusia itu sering melakukan kesilapan. dan kesilapan itu mungkin disengajakan dan mungkin tidak..

      takpe.. asam garam dalam kepimpinan. saya lebih suka berdebat dengan adanya fakta ditangan..

      ok takpe.. moga maju jaya dalam kehidupan.. thanks..

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge