Cara Mendapatkan Produk Fizikal Dari China

Sejak akhir-akhir ini telefon bimbit saya sering menerima mesej bertanyakan tentang produk Iphone buatan China. Maka pada artikel kali ini saya akan cuba membongkarkan tempat-tempat yang sering menjadi pilihan penjual untuk mendapatkan produk-produk dari Negara China. Barang buatan dari ini China sememangnya terkenal dengan barangan yang seakan sama seperti produk asli antaranya seperti telefon bimbit Apple Iphone, Blackberry, Apple Ipad dan lain-lain lagi.Sebagai Penjual

Terdapat dua method untuk mendapatkan produk tersebut iaitu secara melalui online mahupun datang terus kepada pembekal di China. Sekiranya anda merupakan usahawan tegar dan mempunyai modal yang besar untuk melabur, anda boleh terus mengikuti kursus Usahawan Muslim Entrepreneurs Business Trip to China. Mereka merupakan organisasi yang memberikan latihan kepada bakal usahawan untuk produk barangan China.

Bagi method yang kedua adalah berdasarkan pesanan produk secara online. Nampak mudah, namun ia memerlukan ketilitian dari pelbagai aspek agar kita tidak ditipu oleh penjual di sana. Antara laman web popular yang menawarkan produk borongan China adalah seperti Alibaba.Com dan DHGate.Com. Urusniaga di internet memerlukan kita untuk membuat perhubungan dua hala di antara pembeli dan pembekal. Komunikasi yang digunapakai adalah dalam bahasa Inggeris.

Saya pernah ditertawakan oleh seorang pembekal Blackberry yang mana harga yang saya minta tidak logik untuk pasaran ketika itu. Itu pengalaman pertama!

Transaksi adalah menggunakan method pembayaran kad kredit, kad debit ataupun Paypal dengan menggunakan matawang US Dollar (USD).

Sebagai Pembeli

Sebagai seorang pembeli kita boleh memilih untuk membeli di laman -laman web terkemuka seperti Lelong.Com.My. Lelong merupakan tempat lelongan barang dagangan terbesar di Malaysia selepas mengatasi Ebay Malaysia. Ini menunjukkan bahawa pasaran online di Malaysia sudah semakin berkembang maju ke hadapan.

Kebanyakkan produk yang dijual di Lelong adalah merupakan produk yang datangnya dari Negara China kecuali produk asli. Tambahan pula, hampir semua barangan berjenama turut dijual di sana antaranya Sony, Nokia, LG, Motorola, Samsung dan lain-lain lagi.

Sudah menjadi fitrah, sebagai pembeli sememangnya kita mahu mendapatkan dengan harga yang terlalu murah. Namun jangan terlalu terpedaya dengan harga yang terlalu murah bagi sesuatu barangan. Kita mampu menilai dari sudut jenama dan kualiti. Pilihan berada di tangan kita.

Fakta Menarik

Kosmo Online ada menyiarkan seorang remaja berusia 17 tahun telah mengaut keuntungan sebanyak AS$130,000 (RM405,599) dengan hanya menjual  bingkai iPhone putih. Produk tersebut juga dibeli dari pembekal di negara China.

Sumber : Kosmo Online

Kesimpulan

Pemasaran perniagaan secara online mampu memberikan pulangan yang lumayan dengan menggunakan konsep pelaburan minima, keuntungan maksima. Di samping itu kita juga dapat mencapai Return Of Investment (ROI) dalam jangka masa yang singkat. Sama ada pembeli mahupun penjual, kita perlu tanamkan sifat kejujuran dalam berniaga. Elakkan sebarang penipuan hatta 1 sen kerana dengan hanya 1 sen itulah, kita akan dipersoal di akhirat kelak.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil…”. (Surah Al-Baqarah: Ayat 188)

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (Surah An-Nisaa: Ayat 29)

67 thoughts on “Cara Mendapatkan Produk Fizikal Dari China”

  1. salam.sebelum tu saya nak pekenallam diri saya.nama saya mohd sopian..berkenaan dengan dhgate.saya ada beberape soalan yang ingin diajukan ..sebelum saya membuat pembayarn di dhgat ,saya nak tahu kebenaran tntang dhgate.boleh pcye ke tak.soalan kdua cara pembaayran.di dhgata ada menyatakan bebrape cara membuat pesan.cara yang mane lebih berkeasn dan selamat.soalan ketiga saya nak tau pengalam tuan yang telah membuat tempahan di dhgate.sekian terima kasih

    Reply
    • Wsalam..
      Sdr sopian,

      berkenaan dgn DHgate, ia merupakan laman web yang dikhususkan kepada pemborong/penjual.
      1) DHgate memang dipercayai tetapi ia bergantung kepada beberapa perkara.
      Antaranya sebelum membeli, sdr perlu melihat ‘feedback seller’ pada setiap barangan. Jangan terkeliru.

      DHgate merupakan tempat jual beli pasaran yang agak popular di seluruh dunia dan mempunyai ramai seller di sana.

      Kalau feedback seller lebih kepada positif, dan komunikasi antara sdr dgn seller baik, maka ia boleh dipercayai.

      Ada banyak cara pembayaran antaranya menggunakan kad kredit dan paypal.
      tetapi saya lebih suka menggunakan paypal kerana pertama :

      1) kalau sesuatu barangan yang kita order tak sampai, kita boleh membuat tuntutan dengan pihak paypal, dan pihak paypal akan membuat siasatan serta menggantung akaun paypal seller. maka, kes ini kebanyakkannya berjaya diselesaikan oleh pihak paypal.

      Macam saya kata tadi, perlu LIHAT feedback positif seller. Ia sangat2 penting untuk kita menilai.

      Tetapi kalau membeli sekadar untuk kegunaan diri sendiri, saya lebih mengesyorkan buat pembelian di Malaysia iaitu di ebay dan lelong.com.my.
      tetapi baik di lelong.com.my. di sana terlalu banyak produk dan mudah untuk kita bekerjasama. konsepnya mudah dan sama seperti DHgate.
      1st tgk feedbacks seller.

      Pembayaran kebiasaanya menggunakan Maybank2u, CIMB Clicks, dan kad kredit. bergantung kepada method yang dibawakan oleh seller di lelong.com.my.

      Reply
  2. salam,
    nak tanya you selalu order barang dari china ker? boleh ajar ke kalau order barang katakan dlm 3-4 kotak besar, macamana dia hantar? terus ke rumah ke kene ambil kat pejabat kastam kat pelabuhan? you selalu order macamana ye?

    terima kasih tuan.

    Reply
    • Wsalam,

      1) nak tanya you selalu order barang dari china ker?
      Saya bukan buat seorang diri, tapi projek dgn abg sy sendiri. Agak kerap order.

      2) katakan dlm 3-4 kotak besar, macamana dia hantar?
      Kebiasaanya mereka akan menghantar menggunakan EMS iaitu penghantaran pos laju antarabangsa. Semasa kita membuat pesanan, pembekal akan memberitahu berapakah harga caj penghantaran. Tapi kalau order terlalu banyak, caj akan naik semakin tinggi. Caj bergantung kepada berat dan saiz kotak.

      3) terus ke rumah ke kene ambil kat pejabat kastam kat pelabuhan?
      Setiap barang yang kita order dari China, pihak Kastam akan membuat semakan. Dan jika terdapat keraguan, barang kita boleh ditahan dan kita perlu mengambil di kastam. Semua barang pasti melalui kastam dan mereka kadangkala akan membuka kotak barang kita untuk membuat semakan barang. Barang dalam saiz berskala kecil memang akan terus sampai ke rumah melalui Pos Laju Malaysia.

      Semua barang yang diorder kebiasaanya melalui jalan udara ini bagi memastikan barang cepat sampai. kalau melalui pelabuhan mengambil tempoh masa yang lama sehingga berbulan tetapi caj yang murah.

      4) you selalu order macamana ye?
      Soalan terlalu umum.
      Untuk memudahkan. Setiap item yang disenaraikan di laman web yang ada dinyatakan di situ. Apabila you klik item yang dikehendaki, akan ada satu function untuk hubungi supplier, ataupun boleh chat secara online untuk bertanyakan sesuatu.

      Kaedah pesanan bergantung kepada sesetengah pembekal. Itu sebab, ada dinyatakan di atas, sebelum membeli kita perlu sentiasa berkomunikasi dengan pembekal sama ada melalui emel ataupun Chat Online. mungkin kita boleh dapat harga diskaun ataupun sebagainya.

      Reply
    • Soal percaya atau tidak adalah bergantung kepada seller itu sendiri, sama ada jujur atau pun tidak.

      tetapi komen saya insyaAllah boleh dipercayai JIKA,

      1) mempunyai rate feedback yang sangat baik (latest feedback) dari buyer.
      harga yang tertera itulah harga yang saudari perlu bayar.
      konsep dia sama juga seperti di Dhgate.com, ebay etc
      mementingkan feedback dari seller.

      antara tips untuk mengelakkan ditipu, boleh berbual dengan seller melalui medium yang disediakan, sama ada emel, dan chatting.
      yang kedua, adalah memilih PAYPAL sebagai payment method.

      Alasan : sekiranya barang yang diorder tidak sampai, kita boleh dispute kepada seller untuk menuntut hak kembali.

      Reply
  3. Kebiasaanya penghantaran menggunakan kaedah EMS dalam tempoh berapa hari yer sampai ke rumah selepas membuat pembayaran?

    Reply
    • paling cepat dalam masa 5-7 hari.. tp kadang2 blh jadi lambat bila barang tersebut sangkut kat pihak kastam. kastam sebenarnya buka barang yang datang dari sana, atas tujuan semakan. tapi mereka akan bungkuskan semula barang tersebut.

      Reply
  4. salam, masi keliru..hm brg yg kita orde guna EMS tu hantar betul2 kat rumah ke?
    camne klau rumah dia jauh dok dalam. kalau kta order guna DHL ..kastam cek brg tu kat mane? kat pejabat DHL?

    Reply
    • Wsalam, EMS memang hantar kat depan rumah..
      tentang rumah jauh pendalaman tu, saya kurang pasti… kalau POSLAJU yg berdaftar boleh sampai rumah tuan, insyaAllah barang tu akan sampai…
      Jika tak, gunakan alamat yang memudahkan proses penghantaran barang..

      Soal kastam cek atau tak, itu luar bidang kawalan even menggunakan DHL, EMS atau kurier yang lain. Setiap barang yang melalui udara dari luar negara, akan memasuki pintu besar utama iaitu KLIA, so diorang akan semak di sana.. ini berdasarkan pengalaman, tracking number barang tersebut berada di KLIA untuk semakan.

      Reply
  5. saya bru berjinak-jinak niaga ngan org luar nie..saya ambil pun dr alibaba ngan dhgate..

    skrg ngah blajar2 pertukaran duit..ehehe

    cuma nak uat pembayaran tu mcm mna yerk..

    paypall utk yg ada kad kredit kan..

    kalo guna ems mcm mana yerk..saya kene daftar aper yerk..

    dan kalo guna western plak mcm mana…erm..dua cara tu jer kee yg leh uat..

    kalo bolee tuan reply kat email leh tak.. 🙂 nak mintak tunjuk ajar laa skit2..

    Reply
  6. salam, pertanyaan sy juga lebih kurang macm iqqa
    Saya baru jer regstr paypal tapi tidak tahu nak menggunanya dan tidak tahu bagaimana paypal berfungsi
    contohnya bagaimana kaedah/cara pembayarannya ?

    Reply
    • Wsalam,
      Paypal adalah akaun transaksi yang diiktiraf oleh bank seluruh dunia. Terutamanya penggunaan matawang USD, EURO, AUD termasuklah MYR (malaysia).

      Sebelum mendaftar, pastikan cik ana sudah mempunyai kad debit/kad kredit maybank atau public bank atau rhb bank dan sebagainya. Untuk makluman lanjut cik ana boleh merujuk di video tutorial ini :

      http://www.youtube.com/watch?v=zNoAzcmAR-g&NR=1

      Reply
    • Wsalam,
      Tiada masalah, yang penting barang tersebut boleh di bawa masuk ke dalam Malaysia (bukan barang larangan). Tetapi jika kena tahan, perlu terus berhubung dengan pihak kastam.

      Reply
    • Wsalam,

      setiap barang yang sampai ke Malaysia, pihak penghantar seperti EMS (Pos laju Malaysia) dll, akan menghantar berdasarkan alamat rumah yang tertera di bungkusan tersebut. Tidak perlu ke pejabat kastam,

      Reply
  7. Salam bro,,nak tanya sikit,,Kalau barang sangkut dikastam mcm mana kita nak ambil barang tu?,,dan macam mana nak tahu barang tu sangkut kat kastam? harap bro dpat membantu sy,,tq

    Reply
    • Wsalam,

      Setiap barangan akan mempunyai tracking number dalam sistem online. Bro boleh semak di internet untuk mengetahui status bungkusan tersebut. Sekiranya barang tersebut sangkut, dalam sistem akan terpapar.

      Kalau sangkut, hubungi pihak penghantar brang tersebut seperti EMS (pos malaysia) dan minta sahkan status bungkusan tersebut. Dan sekiranya mereka meminta untuk menghubungi kastam, bro perlu contact mereka untuk tindakan selanjutnya.

      Yang penting pastikan barang tersebut adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang negara.

      Reply
  8. Saudara,
    Adakah semua penerima bayaran menggunakan nama cina bukan nama syarikat?
    Adakah nama yang mereka berikan itu betul sebagai penerima?Bila semak internet alamat sama dengan yang di cari.Bila pergi masukkan duit di bank of China,mereka tak boleh check dengan alasan tak ada link.Macamana?Kan kena tipu,???

    Reply
    • Tidak pasti, bila tengok dekat borang pos memang selalunya tulisan cina, tapi adakalanya tulisan roman biasa.

      Kita tak boleh nak kata mereka tipu atau tak, sebab kebiasaannya seller akan menyiasat sendiri vendor yang mereka cari di internet. sekiranya, kena tipu, itu adalah tanggungan diri sendiri. Sebaiknya jika ada modal yang besar dan serius untuk mendapatkan produk dari china dalam kuantiti yang besar, saudara boleh terus ke Ghongzhou china untuk mendapatkan produk2 hot di sana.

      Reply
  9. macamana pula dengan cukai?setiap barang dikenakan cukai setiap kali masuk malaysia?so, sekiranya saya berada di terengganu, brg ditahan oleh pihak kastam..saya xperlu ke KL la utk lepaskan brg tu?atau ke pejabat kastam yg terdekat?DHL atau EMS, yg mana lebih elok?boleh reply kat emel sy ye..TQ

    Reply
    • Wsalam,

      Tidak kena tahan sekiranya ia bukan barang larangan. Tetapi setiap barangan yang sampai ke Malaysia akan disemak oleh kastam Malaysia untuk tujuan keselamatan.

      Reply
  10. Salam..sy bru berjinak2 dlm bisnes barangan dari China,sy nk tnye mcm mne kte nk berhubungan dengan seller (aliexpress)..??klu syarikat nyatakan free shipping,kite perlu bayar untuk EMS lg ke??charge ape lg yg perlu kite bayar utk barangan itu supaya sampai ke rumah??reply ke emel sy 🙂

    Reply
  11. Salam tuan… Saya ada membeli buku tulisan tuan iaitu Mudahnya WordPress. Terima kasih di atas perkongsian ilmu itu. Untuk makluman tuan, saya dalam “proses” memborong barang daripada China secara online. Persoalannya, apakah syarat dan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pemborong barang dari China ini ? Adakah perlu lesen daripada pihak berkuasa terlebih dahulu ? Harap tuan dapat membantu. Terima kasih 🙂

    Reply
    • Wsalam,

      maafkan saya kerana terlewat mambalas komentar tuan.
      Terima kasih kerana sudi mendapatkan buku saya.

      Tentang persoalan tuan, tiada lesen kelayakan yang diperlukan sekiranya mahu membeli@memborong barang di China. Tetapi sekiranya barang tersebut dikira barang dagangan, ia perlu dikenakan cukai bergantung kepada jenis barang.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

      Reply
  12. salam… tuan btol2 nk mintak tolong lah.. sy takut btol bab2 nk ltak duit brang x de dpn mata ni.. cerita dia saya ade nk beli barang di sana.. so b4 tu sy mintak sample.. skrng ni… sy try cari jalan selamat.. dngn mntk cume membayar 50% then sy terfikir untuk nk cri agent yg uruskan pengangkutan n sume skali… maksud saya agent tu akan pastikan barang tu exactly mcm sample then baru jalan naik kapal… so bru sy release 50% balance lg… sy dh bbual dngn supplier tu.. dia pn ok dngn term mcm tu.. and dia tny sape wakil agent?? mane sy nak cri agent yg boleh satle kn bnd mcm ni…

    Reply
    • Salam,

      sebenarnya berurus niaga dengan memborong barangan china dengan menggunakan ejen adalah memakan kos yang terlalu tinggi.

      Untuk langkah awal, tuan boleh mengikuti kursus memborong China, dan boleh belajar selok belok tentang cara dan penghantaran. Tetapi tiada masalah jika tuan mahu menggunakan ejen, tetapi tentang ejen itu, saya tidak tahu siapakah yang menjalankan perkhidmatan khidmat borong barangan China.

      Di forum carigold ada yang menawarkan untuk memborong barangan China, namun tidak pasti sama ada mereka dipercayai ataupun tidak. Boleh rujuk di sana 🙂
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

      Reply
  13. salam hormat, saya ingin mengetahui cara membeli barang dr aliexpress, saya dah order barang dari aliexpress, tetapi tidak tahu nak buat pembayaran. saya cari egent yang ada perkhidmatan pembayaran secara transfer bank, ternyata ada yg menyediakan perkhidmatan transfer bank, tetapi masalahnya saya tak reti nak bayar dalam bentuk RM. boleh tolong saya selesaikan masalah ini. reply ke email saya. Thanks, wsalam

    Reply
  14. Salam…sy bru beli brg dri cina..tpi harga lbih rm500 dan adakah brg sy kne tqhan dan kne cukai…mcm mna sy nk tahu kastas tahan barang sbb dah 3 hri selepas brg smpai malaysia tpi xsmpai kat umah sy lgi…boleh berikan no kastas atau yg boleh sy contact untuk betanyakan berkenaan brg saya? Teima kasih

    Reply
  15. Assalammualaikum ,

    Saye kerap beli barang melalui ebay dan dhgate tp sume barang2 kecil sahaja…but kali ni saye ade beli electronic dgn sejenis lg product dalam kuantiti yg besar gak la…total rm1+++..barang saye first time kne tahan kastam n diotang kenakan tax n perlu dibawa uyk pengesahan sirim…anyway saye tau pasal all this tax tp utk barang yg lg satu ni saye rase charge agak mahal…barang tu harga total rm 6++ tp pos malaysia soh bayar dalam rm2++..confius gak ni..

    Anyway adakah perkara camni memang biasa ataupun ade procedures yg lain utk berurusan dgn kastam??

    Reply
    • Waalaikum salam.

      untuk lebih details lagi, kerana rujuk pada pihak kastam. Pihak POS hanya menjadi orang tengah.

      Kita sedia maklum, barang elektronik antara barang yang mudah sangkut di kastam antaranya, barang elektronik yang mahu di bawah ke dalam Malaysia, perlu mempunyai pengesahan SIRIM. Ia adalah undang-undang ke atas barangan yang disebutkan tadi.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Semuanya Kerana Al-QuranMy Profile

      Reply
  16. Assalamualaikum,
    saya nak tanya, saya ada beli brg melalui online tp brg dari indonesia aje la..baju dlm 13 helai..kena tahan kastam tak agak2nye? harga dlm rm3++ je la xsampai rm500..ada yg kata kalu baju dikena kan tax sekian2 peratus..betul ke? dn brp sbenarnya tax tu?
    ada yg kata kalu xnak kastam kacau kena declare as “gift” atau “barang2 trpakai” ataupun “sample”..boleh ke?
    dan lagi satu sekiranya saya mmbeli brg atau baju dlmkuantiti yg banyak under saya kompeni saya (saya ada brdaftar dgn SSM), adakah kastam akan tahan jugak atau bagaimana ya? tuk rujukan saya kalu bole reply ke email saya ya..TQVM

    Reply
    • Waalaikum salam.

      Sekiranya barang tersebut merupakan barang dagangan, ia perlu dikenakan cukai. Tentang berapa cukai dikenakan, tuan perlu merujuk dengan pihak kastam untuk makluma lanjut.

      Ya memang ada sekiranya kita tak mahu dikenakan cukai, declare sebagai gift. Tetapi bergantung kepada pihak kastam juga. Setiap barang yang masuk ke Malaysia akan dibuka untuk tujuan keselamatan.

      Sekiranya bawah syarikat, sudah tentu ia akan dikenakan cukai.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Semuanya Kerana Al-QuranMy Profile

      Reply
  17. Assalam saudara. sy nk bertanya… macam mana nk memulakan akaun paypal untuk buat pembayaran sebarang pembelian di aliexpress? saya baru nk mula berurusan disitu. sy ada kredit card . adakah selamat kalau membeli dengan kredit kad di aliexpress tapi untuk barang2 sendiri sahaja. bukan secara pukal. kalau sy membeli secara pukal kuantiti paling banyak pun hanya 5-20 pcs. tapi yg 20 pcs tu hanya barangan kecil dan tak terlarang
    Najiah baru sahaja menulis tentang..SEBUAH PERTEMUANMy Profile

    Reply
    • Wsalam.

      Cik boleh membeli barangan menggunakan kad kredit sekiranya tiada paypal. Untuk tujuan pendaftaran paypal. Boleh rujuk di laman web http://www.paypal.com.

      Sebelum membeli, pastikan kita percaya terhadap seller berkenaan. Elakkan melakukan sebarang pembelian sekiranya ragu-ragu.

      Walaupun bukan barangan terlarang, ia bergantung adakalanya ia akan ditahan oleh kastam. Tapi sekiranya kecil. Ia tiada masalah.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Semuanya Kerana Al-QuranMy Profile

      Reply
  18. Salam, sy pemborong produk dari china, sebelum ini saya sering menggunakan air feright (EMS) utk proses penghantaran barang dari china ke malaysia. Kosnya memang agak tinggi. Sekarang ni sy cuba utk mencari alternatif lain spt SEA FREIGHT yg lebih murah berbanding AIR FREIGHT. Dimana ? Bagaimana cara-cara utk sy gunakan perkhidmatan penghantaran barang melalaui JALAN LAUT. Kepada sesiapa yg tahu mengenai hal ini sila kongsi & beri komen di sini @ boleh email ke asha_esmail@yahoo.com.sg.

    Reply
  19. Hi Miss/Mr. Q
    Dari pengalam sy sebagai pembeli dari negara luar Malaysia, sy juga pernah membeli barang dari Indonesia tp dalam kuantiti kecil. Biasanya kalau kos penghantaran/harga barang melebihi dari RM500 confirm akan di tahan di kastam. So you kena pergi ke kastam untuk settlekan duty caj, setiap barangan akn dikenakan sebanyak 10% dari harga barang tersebut. Jika barang you beli tu harganya kurang dari RM500 mungkin dikecualikan dari duty caj, tapi ni semua ats bicara budi kastam tersebut. Kalau nasib kita baik dapat pegawai kastam yg berhati mulia mungkin barang akn dilepaskan tanpa sebarang cukai & juga sebaliknya. Sebelum ni sy pernah beli produk dari indonesia iaitu supplement (whitening pill) mmg dah byk kali sy beli produk tersebut dalam kuantiti yg kecil iaitu dalam 3 botolx500 biji setiap botol, hampir 100 botol juga sy beli. Alhamdulillah mmg tak pernah dikenakan cukai or ditahan oleh kastam. Sy juga pernah beli produk kosmetik dalam kuantiti yg kecil juga, kali ni barang sy ditahan oleh kastam bahagian farmasi. Tanpa sy sedari rupanya produk yg berbentuk kosmetik tidak dibenarkan sama sekali di bawa masuk ke Malaysia kecuali ada lesen/surat biro yg membenarkan produk kosmetik boleh dibawa masuk. Akhirnya barang yg saya beli terkandas di kastam bahagian farmasi & akhirnya dilupuskan & tidak dibenarkan samasekali di ambil. Ini lah serba sedikit pengalaman sy semasa membeli barang dari luar negara Malaysia.

    Reply
  20. Assalamualaikum,
    saya berminat utk mbeli brg kt aliexpress, tp masalahnye, sy tiada kad krevit. Kalau utk bmyrn melalui bank tranfer mcmne ye. harap dpt mbantu. Terima kasih.

    Reply
  21. Assalamualaikum

    Sy ada order brg dari aliexpress minggu lepas. method pmbayaran just western union, mastercard, visa atau bank transfer. sy memilih bank transfer sbb sy xde kredit kad . tp bila sy klik dekat bank transfer, aliexpress suruh bank in dkt city bank dan alamatnya di singapore.

    persoalannya adakah:
    1- sy perlu mmbuka akaun city bank?
    2- boleh x kalo sy byr tanpa mmbuka akaun trsebut?
    3- ada kena mengena x paypal dgn pembayaran bank transfer ini?

    sy brbesar hati jika saudara boleh bg method yg lebih mudah =)

    tolong reply di email sy yea

    terima kasih =)

    Reply
  22. Salam,
    Saya nak tanya, pada pendapat tuan memborong secara online di alibaba @ ke guangzhou.mana lebih mudah?
    terima kasih.

    Reply
  23. Salam..sya ada membuat pesanan produk di aliexpress.skrg ni sya x tau mcm mana nk buat bayaran.sya kena tukar duit MYR yg sya ada ke usd kmudian baru letak balik dlm account ke?harap dpt balas kat email sya..TQ

    Reply
  24. salam hormat, saya ingin mengetahui cara membeli barang dr aliexpress, saya dah order barang dari aliexpress, tetapi tidak tahu nak buat pembayaran. saya cari egent yang ada perkhidmatan pembayaran secara transfer bank, ternyata ada yg menyediakan perkhidmatan transfer bank, tetapi masalahnya saya tak reti nak bayar dalam bentuk RM. boleh tolong saya selesaikan masalah ini. reply ke email saya. Thanks, wsalam

    Reply
    • Salam.

      Jika tuan mempunyai kad debit. Ia tidak menjadi masalah. Duit dalam akaun yang mempunyai amaun RM, akan bertukar secara automatik kepada USD sekiranya membuat pembelian dengan nilai yang dinyatakan oleh mereka.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Ikan Masin VS Cili PadiMy Profile

      Reply
  25. salam sya nk tnya tntng waranti pula??mcm mana kalau dalm bnyak2 brang 2 de yg rosak..kos pos ke china siapa tnggung??

    Reply
  26. salam. nak tanya. kalau barang around 50kg biasanya brapa caj yang dikenakan ye? saya minta tolong kawan yang tinggal di china untuk hantar barang kepada saya. tp disebabkan ini kali pertama saya order barang dari china, dan kawan saya juga tak pernah menghantar masuk brg yg bnyak ke malaysia, kami tidak jelas dengan caj, cukai dan sebagainya. terima kasih.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge