Catatan Ringkas Buat Pemilik Blog

Jika ada sesiapa yang sudah mendapatkan buku saya, mungkin anda akan perasan di bahagian belakang kulit buku tersebut ada menyatakan blog juga digunakan untuk bergosip dunia artis. Secara rendah dirinya saya mengingatkan kepada diri saya terutamanya dan juga kepada anda, agar tidak sesekali membina blog atas niat mahu bergosip tentang dunia artis.

Saya mempunyai alasan tersendiri mengatakan sedemikian dan tidak adapun mengaitkan dengan mana-mana pihak. Kita boleh menilai sendiri bagaimana mahu menentukan hala tuju blog kita.

#1 Isu Aib, Fitnah & Aurat

Sesetengah blog dunia artis tidak lari dari cerita-cerita yang mengaibkan, dan berkemungkinan besar boleh menjatuhkan fitnah ke atas maruah keluarga mereka. Sama jugalah kita memaparkan gambar artis yang tidak menutup aurat.

Saya tidak kata, tidak boleh. Tetapi bimbang, tanpa sedar kita telah mengaibkan, memfitnah dan menayangkan gambar individu yang tidak menutup aurat kepada tatapan umum.

Nasihat saya, elakkanlah.

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud :

“Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Bukan apa,kita bimbang, kita takut, bila mana suatu hari nanti maksiat itu dianggap biasa, tetapi hakikatnya,  ia seolah mencabar azab Allah. Maksiat secara terbuka adalah satu dosa dahulu kala yang kini sudah dimodenkan.

Secara realitinya, ia sudah terbukti pada hari ini.

Wallahu’alam

6 thoughts on “Catatan Ringkas Buat Pemilik Blog”

    • Soal halal haram pendapatan dari sumber blog macam itu, itu terserah kepada Allah SWT. Tetapi ia adalah soal keberkatan dalam mencari rezeki.
      Kita menjana pendapatan dari hasil ‘cerita-cerita’ yang boleh mendatangkan keaiban orang lain. Tak elok kan macam tu..

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge