Mengapa Terdapat Sub Folder Pada Nama Domain?

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan merungkai mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pembaca buku Mudahnya WordPress.

“Tuan,kenapa ya apabila saya menaip nama domain, laman web tersebut akan keluar seperti ini http://namadomain.com/wordpress”

“Tuan, mengapa laman blog saya ada tambah /wordpress?”

Itulah soalan yang sering diajukan kepada saya. Tidak mengapa.

Cuba kita kita rujuk kembali Bab Pemasangan Skrip CMS WordPress di muka surat 64. Pada bab tersebut saya meminta anda untuk men-download skrip dari laman blog saya. Walaubagaimanapun terdapat pembaca yang men-download dari laman web wordpress.org.

SelanjutnyaMengapa Terdapat Sub Folder Pada Nama Domain?

Pengumuman – Buku Mudahnya WordPress

Assalamulaikum.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat wal’afiat.

Di sini saya ada beberapa pengumuman ringkas yang ingin disampaikan kepada anda.

Berkenaan dengan buku Mudahnya WordPress, ia boleh didapati di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH, atau di kedai-kedai buku terpilih sahaja. Sekiranya stok habis, anda juga boleh mendapatkannya secara online di laman web PTS.

Saya banyak menerima emel daripada para pembaca mengenai buku Mudahnya WordPress, alhamdulillah banyak respon positif yang saya terima.

SelanjutnyaPengumuman – Buku Mudahnya WordPress

Mudahnya WordPress | Dapatkannya Di Pasaran

Menulis buku catatan novel, sejarah ataupun genre yang lain mempunyai kesukaran yang berbeza-beza. Novel, mereka perlu berusaha mengolah cerita dari awal, klimaks hingga akhir. Bagi sejarah pula, mereka perlu sentiasa membelek-belek fakta-fakta terdahulu.

Namun begitu, langkah awal, saya selesa memilih untuk menulis genre tekniknal. Kaedah bagaimana mahu membina laman blog sendiri. Sangkaan awal saya, ia begitu mudah untuk dihasilkan apabila melihat modul-modul kursus begitu cepat disiapkan. Namun ia meleset sama sekali.

SelanjutnyaMudahnya WordPress | Dapatkannya Di Pasaran

Tutorial Cloaking Nama Domain

Di sini saya ingin berkongsi Tutorial Cloaking Nama Domain terutamanya bagi usahawan droshipper Sinar Niaga yang ingin memiliki nama domain TLD (Top Level Domain) sendiri. Sebelum itu kita perlu mengetahui apakah tujuan sebenar fungsi cloack nama domain.

i) Hidden URL ex; Affiliate Link
ii) Menjadikan nama domain unik dan belum  dimiliki oleh sesiapa.
iiI) Menambahkan kredibiliti kita sebagai seorang usahawan internet.
iv) Mudah diingati oleh prospek dan bakal prospek.

Bagi pengguna akaun droshipper Sinar Niaga, sudah pasti anda mempunyai laman web shopping cart yang telah disediakan oleh pihak Flarebiz Network.

SelanjutnyaTutorial Cloaking Nama Domain