Dugaan Orang Bertunang

Saya kira, saya bukanlah orang yang layak menulis artikel ini. Tetapi atas dasar pengalaman sendiri, saya cuba untuk berkongsi. Tidak dinafikan bahawa orang yang berada di alam pertunangan cukup hebat dugaannya. Tidak cukup itu lagi, ada yang sanggup memutuskan pertunangan saat hampir tibanya majlis pernikahan. Kes-kes seperti ini banyak timbul sehinggalah berlakunya kes saman-menyaman di antara pasangan.

Baru-baru ini saya menerima mesej daripada seorang sahabat.

“Tiar, kad aku dah sampai belum?” Mesej seorang sahabat.

“Ya, dah sampai pun. Tapi aku tak janjilah, sebab ada urusan keluarga” Saya membalas.

“Tak kisahlah, cuma aku nak beritahu something ini”.

Majlis pertunangan saya di Arau, Perlis

“Apa dia?”

“Aku rasa macam tak teruskanlah majlis ini, rasa macam lain saja”

Apabila saya menerima balasan mesej tersebut, saya beranggapan beliau sedang dalam dilema. Mana mungkin dia boleh membatalkan begitu sahaja, sedangkan majlis akad nikah tinggal sebulan sahaja lagi. Kad jemputan juga sudah diedarkan.

Saya menyusun bicara, agar kata-kata ini tidak mengguris hatinya. Bimbang, emosi seorang lelaki adakalanya boleh jadi gila jika diusik.

Pastinya saat ini syaitan sudah mula bersorak. Baru sahaja mahu memacak tiang masjid, ia sudah seakan mahu roboh.

Saya berbalas mesej denganya untuk beberapa ketika. Akhirnya, emosinya kian pulih. Saya mengucap syukur. Membatalkan perkahwinan saat akhir mengundang masalah besar kelak. Inilah dugaan orang bertunang gamaknya.

Perasaan tidak sedap hati, tiba-tiba mudah terasa, cepat merajuk, masalah kewangan dan sebagainya. Itu perkara biasa. Hadapilah dengan tabah. Abaikan suara-suara yang cuba merosakkan hati, banyakkan berzikir.

Akhir kata, dugaan ini tetap akan rasai oleh semua orang. Apa yang membezakan adalah kecil mahupun besar. Berusahalah untuk memacak tiang masjid, agar tiangnya itu utuh tidak rapuh.

Selamat menempuhi alam pertunangan.

80 thoughts on “Dugaan Orang Bertunang”

  1. Ya betul tu. Saya juga pernah berhadapan dengan pengalaman orang sekeliling yang sama. Tapi ada juga yang mula sedar, cinta yang mereka usung selama ni sebelum bertunang. Bukan lah cinta yang diinginkan untuk sebuah perkahwinan. Mungkin bila dah bertunang, mereka mempunyai ‘mata burung’ untuk melihat kehidupan dalam konteks perkahwinan yang sebenar-benarnya berbanding saat bercinta yang banyak melukis fantasi dengan kata-kata.

    Reply
    • Ya, bila dah bertunang barulah betul-betul sudah bersedia untuk melangkah alam rumah tangga. Sebab itulah, bila orang nak berkahwin, banyak syaitan yang suka menggoda supaya memutuskan perhubungan.

      Reply
  2. askm. berbagai2 ujian kena tempuh, elok selesaikan satu2 supaya tak jem kepala dan senang nak digoda syaiton. mudahan kawan dpr teruskan satu perkara yg dituntut.

    Reply
  3. Bro sendiri akui… Dugaan time bertunang memang menguji kita..

    Bro pernah hadapinya.. 2 tahun bertunang tanpa kesudahan, akhirnya putus begitu sahaja.

    Dengan yang sekarang pun sama. Cuma pengalaman mendewasakan sahaja 🙂

    Reply
  4. suami pun pernah bercerita benda yang hampir sama – rasa was-was dengan suatu berita yang akhirnya dia tahu itu cuma fitnah. syukur kerana dia bertenang dan dapat mengawal keadaan

    Reply
  5. Sebelum kawin biasanya org laki ni tak pernah pikir dengan serius aspek tanggungjawab besar selepas kawin,.. jadi bila dah hampir nak kawin baru terpfikir semua tu, memang menakutkan.. 🙂

    Reply
  6. salam…sy pun tgh melaluinya(tunang)…mmg rasa lain sgt…mcm2 dugaan yg dtg…lepas satu,satu yg dtg…dah tak sama mcm dulu lagi..=( walauapapun setiap kali solat sy sentiasa berdoa kpd allah minta yg terbaik utk hubungan…

    Reply
  7. sy dan tunang dh berkrisis sejak 6 bln lbh yg lalu..dah dtg minta maaf pd emaknya juga.tp keluarga dia ttp x suka sy lg…srh dtg pts, dia x dtg juga,tp kata dh fed up,so cmne tu.

    Reply
    • Jika pihak keluarga pihak sana berkeras mahu memutuskan pertunangan, itu tandanya mereka tidak mahu menjadi kita sebagai menantu.
      Soal mereka datang atau tidak, itu perkara kedua.
      Namun jika kita(lelaki) yang mahu memutuskan pertunangan, kita tidak berhak untuk menuntut semula cincin pertunangan, tetapi jika kita(wanita) yang mahu memutuskan, digalakkan untuk memulangkan semula cincin tersebut.

      Reply
  8. Apa pendapat kawan2,saya dah bertunang….tapi seorang perempuan yang dah lama saya kenal datang,cinta kita mula berputik dah hampir setahun….dai dah tau saya bertunang…dia xboleh terima keadaan sekarang yang saya adalah tunang org…apa pendapat kawan2….dan apa yang patut sya buat…..???????

    Reply
    • Hati wanita mudah terusik. Sepatutnya jika kita sudah berstatus tunang, tidak perlu ‘melayan’ dengan mana-mana wanita. Jika kita melayan juga, itu maknanya kita sudah termasuk dalam perangkap diri sendiri.

      Elakkan untuk berhubung dengan wanita tersebut, jika saudara masih mahu menjadikan tunang sebagai isteri. 🙂

      Reply
  9. saya dah bertunang hampir 5bln.tggu masa nk putus..couple 5tahun tunang 5bulan..sia2 habes masa…tunang byk dugaannya,tp xsemua mengalaminya

    Reply
  10. sy knl dia hmpir 6 bln dan dah brtunang hmpir 10bln dan sekarang dlm proses brbincang pasal prsiapan kawin awal thn depan. tngh2 best duk bincng, si dia cakap xde perasaan kat sy dan terus menyepi. sekarang sy x th nk buat mcm mn, rs mcm trgantung x bertali plk. sy hanya mampu berdoa smg Allah buka hatinya utk teruskn usaha utk kawin.

    Reply
    • Salam,

      apabila kita melangkah ke alam pertunangan ada beberapa situasi bakal kita tempuhi antaranya :

      1. Tentang soal emosi. Kita akan berasa mudah marah dan selalu menganggap perkara yang kecil itu menjadi besar.

      2. Lepas sahaja kita bertunang, tiba-tiba ada sahaja gangguan daripad apihak ketiga. Pada masa yang sama, kita pula menjadi perhatian oleh wanita yang lain.

      3. Kadang-kadang timbul masalah tentang pengurusan perkahwinan. Tunang mahukan begini, kita mahukan begitu.

      4. Tiba-tiba kita akan menjadi tidak bersedia. Perasaan ragu mula timbul dan seperti mahu membatalkan hasrat mahu menikahi kita.

      5. Datangnya pelbagai godaan syaitan.

      Saya tidak mampu menyelesaikan masalah saudara, tapi apa yang mampu saya katakan berdoalah banyak2 pada allah. Kalau boleh, teruslah berjumpa dengan ibu bapa tunang saudara untuk berbincang. Semoga dipermudahkan urusan.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis PerkahwinanMy Profile

      Reply
    • Salam, sy mengalami masalah yg sama dgn encik. Dan sy buntu kenapa tunang sy tiba2 xde hati kt sy. Sy harap encik dpt menghubungi sy. Sy nk tau apa kesudahan yg berlaku pada encik

      Reply
  11. Salam…

    Saya sedang mengalami masalah ini. Saya belum bertunang tetapi akan bertunang tidak lama lagi. Saya mempunyai seorang kenalan kerja. Kami bekerja dalam industri yang sama dan kerap bertemu ketika event. Mula-mula dia macam biasa,macam seorang kawan. Lama-kelamaan, dia mula menggunakan kata-kata yang romantik dan memanggil saya ‘sayang’. Saya sedar keadaan ini dan saya pernah menasihatinya supaya beristighfar banyak2 dan ingat saat-saat kenal dengan tunangnya,ingat segalan jani dan impian bersama. Saya juga turut memberitahu dia yang saya adalah dugaan untuk dia. In fact,saya berterus terang pada dia yang saya sangat sayangkan bf saya. Bagi saya,boleh jika nak berkawan tapi ada batasnya. Segala nasihat saya seperti tidak dhiraukan.

    Apa yang perlu saya lakukan? Kalau boleh saya taknak menimbulkan perselisihan faham kerana kami berada dalam 1 industri.

    Reply
    • W’salam.

      Ini dugaan namanya.

      Tapi demi kemaslahatan bersama, cik puan harus menjauhkan diri daripada lelaki tersebut. Jika seseorang lelaki sudah berani memanggil sayang, itu tandanya ia mahu lebih dari seorang kawan. Ia sudah memberikan isyarat, sedangkan cik puan mahu bertunang tidak lama lagi.

      Jika ia tidak diatasi lebih awal, sewaktu dalam tempoh bertunang nanti, ia akan menjadi lebih parah lagi. Jauhkan, supaya tidak berlaku salah faham di kemudian hari.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Semuanya Kerana Al-QuranMy Profile

      Reply
  12. saya pun kini dalam alam pertunangan dan insyallah 2minggu lagi majlis besarku… tapi semakin dekat semakin banyak yang ku hadapai dari satu satu yang timbul… hati begitu risau dan permasalahan ini masih terus berlaku… aku hanya menanti di berakhirnya semua ini… kad semua sudah siap tapi aku tak tau bila kad ini akan di edar…aku hanya memohon dan meminta padanya agar dipermudahkan segala urusan dan perjalan persiapan majlis kami….

    Reply
  13. Saya setuju….kdang2 masalah kecik kita rase benda 2 penting..rase macam x dihargai…macam lasung x penting dalam hidup dia…kadang2 rase macam dia x layak utk jadi suami kita….tapi hakikatnya…itu smua mainan perasaan…perasan yg kadang2 bila kita ikot kan kita yg akan rugi…saya tegah lalui nya skrg…yg saya buat jika saya x puas hati saya akan terus bertanya…jgn simpan perasaan…luah kan…

    Reply
    • cil lily sy pn ade masalah mcm cik lily… patut ke sy berdiam diri dari tunang sy.?. ptut ke sy tak contect die skrng ni?.. klu contect msti msti ade je yg x kene

      Reply
  14. salam ustad… sy tengah lalui dugaan tunang sekarng. mcm2 dugaan yg sy dh rase… smpai hal kecik pon jdi besar. baru2 ni tunang sy ade org hadiahkn dia kasut.. bile sy tau sy jdi cemburu tak tentu psl. smpi dia ckp dgn sy skrg dia rimas dgn hubungan ni. ape yg ptut sy buat? adekah berdiam diri dr contect die care yg pling baik?

    Reply
  15. sy bru shj sbuln brtunang, ya Allah dugaan yg sgt berat sy rasa.. sy xtau knp sy mudah pns, baran, sy bt sume to tnpa sy endahkn prasaan dia.. pdhl sy sygkn dye sgt2.. benda remeh shj.. Allah sedang uji sy, dia mrajuk, hubungn kami umpama telur dihujung tnduk skg ni.. :'(

    Reply
    • sabar ye…. mmg dugaan tunang mcm ni.. setan tgh nk cube smpi hubungan ni xjdi.
      klu xjdi je nikah setan gelak besar. sy dh msuk 8bln tunang.. lps 1 1 lgi problm dtg..
      jdi kene bnyk la doa.. buat istikarah dgn solat hajat.. mintk mudhkn semua urusan

      Reply
  16. Aah… sya dah couple 7tahun.. bru tunang taun lepas.. skrang tak smpai 4bulan tunang.. dia dah nak ptuskan sya.. alasan dia mcm2… smpai skrang dia langsung x cari sya.. sakit sungguh rasa tu kan….huhu… sya tkut nak lepaskam dia… sb tlalu syg.. tp adakah dia msih syg kat saya.. huhu

    Reply
  17. Salamkum….mak , bapak n saya bila dah kenal dgn tunang saya,kami tak nak dgn dia disebabkan dia penipu,kaki pnn,kata majikan lamanya, dia tak berkerja dan berpenyakit gila pukul kucing,mak ada pilihan lelaki sama kpg yg lebih baik dr pada tunang saya,untuk dijadikan suami saya,ada hikmahnya juga lebih baik saya ambil keputusan putus tunang sahaja.terima kasih.wassalam.

    Reply
    • Bertunang bukan tiket semata-mata untuk terus ke medan alam perkahwinan. Tetapi satu bentuk tempoh pasangan saling berkenalan-kenalan untuk mencari keserasian.

      Jika ada di antara pihak tidak mampu untuk meneruskan ke arah menjadi suami/isteri yang baik, perlu berbincang mencapai kata sepakat.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Panduan Meraikan Majlis PertunanganMy Profile

      Reply
  18. 10 hari lagi saya dah nak bernikah. Kami dah bertunang 8 bulan. Dugaan tak berat sangat, hanya banyak bercanggahan pendapat waktu planning untuk kahwin. Tapi semalam gaduh terbesar antara kami. Salah saya sebab terlalu tertekan, dan saya lepaskan kemarahan saya pada dia. Hari ni kami tak berhubung langsung. Saya dah minta maaf pagi tadi tapi dia tak reply walaupun dah baca mesej saya. Kad kahwin semua dah edar. Persiapan dah hampir selesai. Adakah ini dugaan atau petanda kami tak patut bernikah? Kalau la kami tak jadi bernikah, baik saya mati sahaja daripada memalukan keluarga. :'(

    Reply
    • Itulah namanya dugaan. Semakin hampir tarikh pernikahan, semakin banyak ujian.

      Apabila kita dah berkahwin, jangan fikir kita tidak akan ada masalah berselisihan pendapat. Itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

      Namun sebagai pasangan, harus bijak mengangani masalah tersebut. Jangan jadikan masalah itu sebagai satu penghalang untuk merapatkan hubungan suami isteri.

      Saya doakan hubungan kalian berdua kekal berpanjangan dan diredhai Allah SWT.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Panduan Meraikan Majlis PertunanganMy Profile

      Reply
  19. Salam,saya juga diantara “insan2” yg terpilih untuk menerima dugaan ketika bertunang,walau perkara tu remeh dan kecil sekalipun akan jadi besar,mujurlah saya ni Ada kekuatan kesabaran yg tinggi dan kuat beralah walaupun kata hati berkata “sampai bila mampu aku bertahan?”,memang syaitan iblis akan mengganggu bilamana perkara2 diluar jangkaan tjadi,kepada mereka yg akan bertunang ataupun yg sudah bertunang sentiasalah bertolerasi saling melengkapi dlm segala Hal bila berhubungan dan jgn,jgn,jgn putus berdoa kpd Allah,semoga dipermudahkan urusan kita semua bersama hingga ke gerbang perkahwinan

    Reply
  20. salam…sy mohon pendapat/ nasihat … sy seorg wanita yg sblum ini tidak pernah pn mmpunya tmn lelaki. 2 bulan yg lps saya telah pun bertunang dgn lelaki pilihan keluarga..sbelum brtunang sy ade brkenalan dgn seorang lelaki dgn niat utk berkahwin dan telah merancang utk membina kehidupan bersamanya…tetapi disebabkan oleh ibu bapa saya kurang merestui dgn pilihan saya, jd sy tlh putuskan utk tidak meneruskan niat utk hidup brsama pilihan hati…ramai org sekeliling sy bertnya mengapa saya membuat kputusan begitu iaitu memilih tunang saya sekarang…utk pngetahuan admin, antara sebab sy memilih tunang sy selain slps solat istkharah dan b.ground family dia yg baik ialah sbb tunang sy ni pernah dtg minta dgn ibu bapa sy 3 thn yg lps utk merisik sy. ttp pd ms itu sy baru hbis study jd sy tlh menolak hasrat hatinya…tunang sy dtg balik jumpa parent sy bersama kluarganya utk merisik sy 2 bulan yg lps slps 3 thn…kami pon bertunang…sy terima dia mengenangkan usaha dia yg telah sanggup menunggu sy dalam diam slm 3 tahun ini..tetapi admin, slps bertunang sy tlh berjanji dgn diri sy utk belajar menerima dan menyukainya…namun, lama kelamaan sy merasakan dia tidak seperti yg dia janjikan sblum sy bersetuju utk brtunang dgn nya…dia seperti berubah hati dan sudah jarang jarang bertanya khabar saya…dia selalu membiarkan mesej saya tidak berjawab dan tergantung…sy pula mcm sudah tawar hati dengannya kerana kebanyakan lelaki yg saya kenal in the past (semasa proses utk mncari suami yg utk dri saya) juga lakukan prkara yg sama pd saya..jd sekarang kluarga dua belah pihak sudah bersetuju utk melangsungkan mjls pernikahan kami mei thun depan..memikirkan tempoh pertunangan sy msh lg pnjang,dan saya seperti sudah hilang keyakinan terhadap tunang sy, sy minta admin berikan sedikit nasihat dan pandangan..t.kasih..

    Reply
    • Bismillah.

      Terima kasih atas persoalan saudari. Ini adalah melibatkan hati sebenarnya.

      Pertama kali fahami apa maksud bertunang sebenarnya.

      Bertunang bukan tiket sah untuk ke alam perkahwinan. Tetapi bertunang untuk mengenali antara satu sama lain selagi mana tidak bertentangan syarak. Sebenarnya jika seseorang itu tidak bersetuju atau mahu memutuskan pertunangan itu tidak dilarang sekiranya terdapat perkara yang buruk berlaku terhadap bakal pasangan.

      Sebagai contoh terlibat dalam kes jenayah.

      Tentang persoalan saudari. saya ulang semula, ini adalah masalah hati.

      Ujian orang bertunang ialah “apabila kita suka sama suka, kemudian bertunang, percayalah selepas bertunang kita akan jumpa dengan orang yang lebih baik’

      Kena kuat, kena istikharah lagi dan lagi.

      Yang penting masing-masing kena mainkan peranan untuk ubah dan memperbaiki perhubungan ini.

      Jangan putuskan pertunangan selagi lelaki itu mempunyai sifat yang boleh memimpin wanita ke syurga.

      Wallahu’alam
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Panduan Meraikan Majlis PertunanganMy Profile

      Reply
  21. Assalamualaikum.

    saya akan bertunang tak lma lagi tp hati saya mla rsa tidak ykin dengn plihan sy. kami dah knal hmpir 4 thun tp bla hmpir wktu btunang saya rsa mcm tak ada hti padanya. 🙁

    Reply
  22. Salam.
    Saya baca satu persatu komen yg ada dekat website ni. Allahuakbar. Btul la dugaan ketika bertunang tu ada. Saya sudah brtunang pda March 2015. Sebelum bertunang pun kadang2 bergaduh benda remeh shja. Majlis kami dah ditetapkan, in sha Allah, pada March 2016 nanti. Mula2, saya perlekehkan dugaan sebelum bertunang. Dalam hati saya, apalah yg semua org dok cakap pasal dugaaan sebelum bertunang sebab awal tempoh pertunangan saya, 8-9 bulan lepas bertunang, kami tidak ada masalah besar. Tapi kami perasan, tunang saya perasan yg dia semakin menjadi perhatian. Saya pulak seakan2 trjumpa lelaki yg dapat layan saya lebih baik. Dalam tempoh 8 bulan tu, kami selalu jugak gaduh benda2 remeh sampaikan satu hri tunang saya cerita, sejak kami bertunang, dia jadi sensitive. Sikit2 rasa nak marah even perkara kecik. Allahuakbar, bulan 12 2015, tunang saya mengaku dia curang dengan saya dengan seorang perempuan. Sebab dia sunyi, kami jauh. Dia di kemaman, saya di kl. kami sudah bercinta selama 7 tahun. Allah SWT je tau apa perasan saya. Saya dah ikhtiar, sedarkan tunang saya, istikharah(walaupun saya takut pd mulanya), tahajud dan perbaiki ibadah saya. Sampaikan dia masih berhubung/berjumpa dengan perempuan tu semasa kami sedang sibuk nak buat persiapan kawin. Settlekan borang nikah, catering n etc. Mungkin sbgai seorang pmpn, kalau saya ni bertindak melulu, saya tinggalkan je tunang saya. Tapi saya minta pd Allah SWT. Berikan kami petunjuk. 2 kali saya cuba lepaskan dia pergi/putus tunang tapi Allh SWT dtg/dekatkan dia pada saya. Saya xtau mcmana saya boleh kuat mcm ni. Semuanya datang dari Allah SWT. Saya bersabar walaupun sakit hati ni, dah terkira tapi hati saya tetap sayang dia. Yakin dia akan pulang pada saya. Dan sekarang, saya mintak dia buat keputusan, saya perlu tunggu dia atau saya lepaskan dia pergi. Dia mintak maaf dan merayu saya tak tinggalkan dia. Allahuakbar. Dia putuskan hubungan dengan perempuan tu dengan panggilan telefon, saya ada di tepi. Sayu rasa hati dengar rintihan perempuan tu tapi tak elok kita panjangkan masalah ni memandangkan pernikahan kami semakin hampir. Saya bercakap dengan perempuan tu, secara baik dan perempuan tu memahami dan tak mahu ganggu hubungan kami lagi. Ya Allah, semua tu berkat doa. Sebab saya percaya senjata kita, umat Islam adalah doa. Teruskan berdoa.
    Maaf panjang komen saya. Tapi saya fikir, boleh dijadikan tauladan dan jugak kekuatan kepada orang lain di luar sana.
    Semoga kita semua kuat melawan musuh kita, syaitan. Allahuakbar.
    Doakan majlis pernikahan saya dan tunang dipermudahkan. In sha Allah.
    Terima kasih.

    Reply
    • Salam.

      Terima kasih di atas perkongsian yang boleh membantu sedikit sebanyak kepada sahabat-sahabat kita.

      Bertunang memang satu dugaan. Semoga kita dipermudahkan, Insha Allah.

      Reply
  23. Salam….saya mohon pandangan /nasihat….saya juga salah seorang insan yg menghadapi dugaan tunang yg maha hebat..saya dan si dia bekenalan hampir 5 tahun dan telah mengikat pertunangan awal 2015…mulanya sy tidak percaya bila bertunang tu ada dugaan nya..betul kata orang tua2,tunang tidak boleh lama2…dalam tempoh pertunangan si dia rupanya banyak menyimpan rahsia dan tipu saya…si dia curang dengan saya hampir setahun lebih..kiranya sebelum tunang lagi…saya dan si dia duduk berjauhan..saya utara dan si dia duduk di kl..jumpa jarang sekali kerana faktor pekerjaan yg dia sentiasa sibuk dan susah untuk dapat cuti..saya tahu bila dia curang apabila perempuan tu sendiri mesej saya disaat2 perkahwinan kami hampir 4 minggu dr sekarang…saya sangat sakit hati…dan rasa2 ragu untuk meneruskan perkahwinan ini…kad telah diedar dan persiapan kahwin banyak dibuat…saya mintak si dia pilih saya atau perempuan tu..dia diam je tidak mampu berkata apa2….si dia seperti keliru dan terpaksa pilih berkahwin dengan saya…kerana persiapan kahwin pun semua telah dibuat..saya risau si dia masih berhubungan perempuan tersebut kerana satu company yang sama..sekarang ini,hati saya masih ragu2 untuk meneruskan perkahwinan ini atau tidak kerana kepercayaan saya terhadap si dia telah hilang…mohon pandangan.

    Reply
  24. saya baru 2 bulan bertunang…kenal si dia tahun lepas…tp xtaw napa hati dah jd tawar dgn si dia…nmpak org lain lg baik…kami jarak jauh, si dia sibuk dgn keje n sy pon sama…fuuhh, baik aku layan fifa lg bagus dr layan hati yg x menentu ni

    Reply
  25. Memiliki tunang yg Sgt penyabar…TP diuji melibatkan kerja..NAK simpan duit utk kawin kerana tunang org susah…2 bln NAK kawin terpaksa notis 24 jam..hilang sebukan gaji..dpt kerja baru..ingat bahagia menanti TP sebaliknya….
    Tinggalkan kerja lama kerana utk memudahkan urusan disini..TP org ambil kesempatan…moga Allah beri kami kesabaran..beri dia kesabaran…

    Reply
  26. salam..sy pun antara orang2 yg “terpilih” melalui dugaan2 pertunangan ini..sy dah bertunang setahun lebih..inshaa Allah bulan 12 ni akan berlangsungnya perkahwinan..pelbagai dugaan yang telah ditempuh..alhamdulillah Allah masih sayangkan kami..kami masih dalam ikatan pertunangan..namun dlm seminggu ni tunang sy selalu marah2 sy..bagi sy kali ni betul2 diuji..adik brdiknya sruh sambung bayar kereta..dia terpaksa kerana memikirkan hati emaknya..puas sy menasihatinya untuk berfikir sebelum buat keputusan..dengan gaji hanya 1.3k shja belum ckup utk menampung khidupan rumah tangga..shinggakan sy buat kira2 dgnnya namun dia lgsung tk pdulikan pndgan sy..apa sy ckp sume tk kena dimatanya..skrg ni sy dah jrg2 berjumpa dgnnya sbb dia sibuk overtime..sy ksiankan dia taknak dia tggung beban..bagaimana harus sy lakukan? sy risau dengan kos rumah tangga yg bakal dibina..kami sndiri ade kereta yg blum habis bayar..dia pulak kne sambung bayar kereta..wlupun bulan2 hanya 250 tp dgn gaji 1.3 boleh ke nak menampung semua ni? belum masuk servis, insurans, roadtax lg..sy hanya mampu berdoa semoga ade keajaiban yg berlaku..semoga dia sedar akan tggugjawab yg lgi berat akan dipikul..sy amat2 sedih bila memikirkannya..ini lah dugaan yg paling berat bgi saya dari segi kewangan…

    Reply
  27. Assalamualaikum.sy pun sama.tp sy 2thn bcinta n 6 tahun btunang smpai skrg masih status tunang.tp hati ni rasa lain.tak tahula bila sy ajak kawin dia bnyk bg alasan.dr bulan ni ke bulan tu.ni tahun yg ke3 sy ajak kawin.bila smpai masa dia bg alasan blum ckup duit.lpas tu blum ready.dia asyik minta sy sabar.sabar dan sabar.sy letih mcm ni.skrg jarang bhubung da.klu ikutkn hati hancur juga hp ni nt.heheh
    tp ya la dlm tempoh btunang ni bnyk dugaan.tahun ptama tunang dia da curang.tak tau la masih dgn pmpuan tu ke tak lg sy pun tak tau.sbb bila sy tnya dia jwb jgn ungkit yg lalu.dr segi sikap dia memg seorg lelaki yg prihatin.tp dia abaikan sy.peliknya sy putuskn pertunangan dia tak nk.malahan dia tak mau lepaskn sy.family da bising kmi tak kawin2 lg.org kampung da bosan menunggu bila majlis sy.tp semua org tak tau apa yg sy hadapi.sy malu nk ceritakn pd family.tp sy letih nk jaga air muka dia.sy tak pernah jatuhkn air muka dia kt family sy ataupun family dia.cuma skrg sy tak tau dia masih inginkn sy sbg isteri ataupun tak.sbb dia tak bg kputusan yg munasabah.kawin x putus pun x.tlg la bg sy pendapat.

    Reply
  28. Sy dlm proses bertunang. Skrg masuk bulan kedua. InsyaAllah bulan 12 nikah. Tapi apa yang saya rasa ni mmg betul apa yang cik2/encik2 cakapkan. Rasanya lain. Sy kerap ragu2 dengan tunang sy. Sy kerap fikirkan yang bukan2. Kdg2 sy menangis sendirian. Apa yg patut sy buat? Sy sygkan dia.. kdg2 sy fikir bnde yang buruk. Maklum masing2 duduk jauh. Tapi dlm masa yg sama, sy terfikir juga ” kalau dia xnak kan aku, kenapa dia bertunnag?” Sy tahu dia sibuk dengan kerja. Tapi sy juga rasa terabai. Sy stress. Jika ada sesiapa boleh bg pandangan,boleh rep ya..terima kasih

    Reply
    • Salam akma.
      Tak apa, semua ni dugaan. Sebab saya pun sedang merasa bnd yg sama. Saya baru je 2mggu bertunang. Tapi saya dah dok pk bukan2 pasal past dia semua. Kita sama2 dekatkan diri pd Allah. Kita igt balik tujuan kita bertunang utk berkahwin dan ianya satu ibadah. Kalau dah namanya ibadah, pasti ada yg x suka iaitu syaitan. Kita kena selalu remind diri sendiri dan sama2 igtkan tunang jugak. May Allah make ease everything for us. InsyaAllahh. Saya bagi komen n nasihat kat orang ni pon sbb saya nak jadi kuat juga n remind diri saya sendiri. Always muhasabah diri.

      Reply
  29. Saya dah pun bertunang beberapa bulan. Sebelum bertunang, saya dah pun berkenalan dgn seorang lelaki untuk beberapa tahun. Tapi semasa dia menyatakan hasrat utk meminang, kawan sekerja turut menyatakan hasrat yg sama. Saya istikharah tp saya rasakan saya terlalu terburu2 utk menolak terus kawan sekerja sbb dia pun baik orangnya, saya jadi sukakan dia. Ibu bapa pun suruh pilih yg lama sbb dah kenal lama.

    Saya bertunang dgn yg saya dah kenal lama tp sehingga sekarang masih ragu2 dgn pilihan saya sejak saya tolak rakan sekerja. Rakan sekerja alhamdulillah amat rasional dan cuba lupakan saya bila dapat tau saya bertunang. Tapi saya rasakan tawar hati dgn tunang dan ada perasaan pd rakan sekerja. Walaupun x luah, tp saya jadi cemburu apabila dia bercakap dgn rakan sekerja lain walaupin hanya hal kerja. Saya tak faham kenapa rasa macam tu.

    Jd saya ambil keputusan utk istikharah semula. Tapi tak berani nak istisyarah dgn krluarga sbb takut mereka kata saya x serius dgn hubungan saya dan saya takut apa keluarga tunang fikir ttg saya. Sbb tunang pun baik orangnya. Patutkah saya istikharah semula?

    Reply
  30. Assalamualaikum semua,
    Selepas sy baca semua perkongsian dalam komen disini, hampir semua alami ape yg sy lalui saat ini..
    Ya, bertunang mmg menduga diri. Air mata sgt mudah dizahirkan. Disember 16, sy bertunang dgn kawan baik sy sendiri yg sy kenal sejak skola 10 tahun lalu. Kami sgt rapat. Lepas tunang sy sampaikan hasrat hati, kami bertunang, sejak itu, dugaan demi dugaan dtg. Tunang sy seorang askar. Semua tahu kan, bukan senang nak faham tugas askar. Di awal pertunangan, sy dah diuji dgn sikapnya. Tunang sy sgt perahsia.. Dlu masa kawan tak mcm ni pon. Seminggu betunang dah bgaduh besar. Sy pulak, seorang yg sgt pemarah. Sejak betunang, sy slalu marah tunang.. Sbb suka berahsia. Sekarang, sy perasan tunang sy ramai peminat.. Dugaan sekarang, kita hidup di alam teknologi. Fb, insta, n macam² lagi platform media. Betapa tabahnya sy terpaksa lihat bunga² yg singgah di laman media tunang sy. Lebih sedih, tunang sy bangga dgn keadaan dirinya yg semakin mendapat perhatian. Sebagai wanita, hati mana yg tak sedih dgn sikap mcm tu. Sejak bertunang, sy fokus pd tunang sy, sy perbaiki solat sy, ilmu agama sy, dan sy sedih, tunang sy memperlakukan sy spt terhegeh² pdnya. Allah bg kekuatan pada utk sabar.

    Bertunang ni, dugaan akan dtg mcm² keadaan..
    Sy berdoa, kalian dlm ni kuat, percaya pada Allah, qada qadar nya, untuk lalui semua ini. Sekurang kurangnya, kita disini dapat tahu, fasa ni fasa ujian.. Lawan hasutan syaitan! Jangan kalah.. Ini masjid kita!!

    Assalamualaikum.

    Reply
  31. salam.. saya dah 6 bulan bertunang, lagi 2 bulan kami nk melangsungkan perkahwinan.. antara dugaan yg sy hdpi ialah mslah kewangan. sy tidak menyangka pada awal nya sy hndak brtunang n kawin. ttpi kenapa dlm keadaan tidak bersedia sy sndri xfaham kenapa sy bersungguh2 mahu bertunang n kahwin.. kami mmg ada mslah dri segi kewangan skrg sy buntu.. bnyk lgi persiapan belum disiapkan krana kekurangan duit.. lagi 2bulan majlis kahwin… rsa mcm nk mati pun ada… smua dh heboh psl perkahwinan kami.. tapi apa pun brg khwin xdpt beli lgi.. tunang pulak mhu perfect smua sma kwin nnti.. sy buntu dg mslah kwin.. smua silap sy knpa brsngguh2 mahu kwin sdgkan duit blum brsedia lgi..

    Reply
  32. Betul la tunang nie banyak dugaan. Takdir saye jadi org ke 3 tanpa sedar, bila dapar tau dia da bertunang dan akan kahwin hujung tahun ini, hati saye hancur, saye dapat tau selepas 4 hari istikharah, sye siasat fb adek dia, saye jumpe gamba dia dan tunang dia, yg sye kesalkan dia x ngaku pompuan tu tunang dia, dia cakap dia tawar hati kat tunang dia, sye marah dia, sye tye mana pergi perasaan suka sayang dia kat pompuan tu, mana pergi semua sayg dia kat pompuan tu masa dia bawak pompuan tu g jumpe parent dia, sye trus putuskan dan x berkawan dengan dia lepas tu. Dia da balik pada tunang dia sye rase besyukur sgt, tapi hati saye hancur sedih , dia jadikan sye tmpt pelarian dari masalah real keluarga dia. Walaupum berat, sye mtak putus.

    Reply
  33. SAMA MCM SAYA DUGAAN BERTUNANG SANGAT LA MENAKUTKAN….SEBELUM BERTUNANG XDE MASALAH PUN EVEN MASALAH KECIK….DEKAT2 NK KAHWIN NI BYK SEKALI MASALAH…..KALAU IKUTKAN HATI MMG DH LAMA DAH BUAT HAL….PIKIR2 BALIK INI SEMUA DUGAAN…SAMPAI BERCAKAP SEORANG DIRI DKT SYAITAN SUPAYA JGN GANGGU HUBUNGAN KAMI….SY LELAKI TUNANG SY MINGGU LPS SY ADA BGTHU NK KE NEGERI SEMBILAN BARU² NI…PAGI WAKTU NK BERTOLAK TU SY LUPA NK WASSAP DKT DIA YG SYA DH NK BERTOLAK KE N9…OLEH SEBAB BENDA KECIK TU 5 HARI X REPLY WASSAP SY…KATA X SAYANG LA..KALAU KENA TINGGAL REDA DH LA…SAMPAI MCM TU SEKALI….LAST² SY CUBA PUJUK HATI SY CUBA TAK NAK ENDAHKAN MAINAN IBLIS NI…SKARG NI STAY POSITIF…ISTIGHFAR BYK² SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH S.W.T …DOAKAN SAYA LAGI SSMINGGU NK KAHWIN…..

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge