Ini Bukan Niat, Tapi Dah Tabiat

Jarum menunjukkan pukul 6.30 petang. Saya segera bersiap.

Anak kunci motor dicapai. Sesekali menjeling jam di dinding. Saya bergegas ke masjid.

Sampai di masjid, kaki melangkah terus ke bahagian pantri. Sengaja mencuci tangan, sambil-sambil menjeling juadah yang disediakan untuk para jemaah. Pelik, satu juadah pun langsung tidak disediakan.

“Eh kenapa tak ada apa-apa kat sini” Cetus hati saya.

Bilal pun sudah iqamah. Saya bergegas masuk ke ruang solat.
Seusai solat, saya bingkas bangun untuk mengerjakan solat sunat ba’diyah. Sesudah itu, tangan ini mencapai buku kecil Surah Yasin di celahan almari.

Namun suasana malam itu sedikit pelik.

Saya menoleh ke kiri, terlihat seorang lelaki sedang mengerjakan solat sunat. Wajahnya seperti biasa dilihat. Rupanya penceramah yang dijemput. Sisinya ada satu beg kecil. Benar, malam ini ada kuliah.

“Tapi kenapa malam ini?” Saya tertanya-tanya.

Saya berbisik kepada bilal kebetulan di sebelahnya.

“Kenapa tak baca yasin malam ini?”

“Nak buat apa baca, hari ini Rabu lah”

“Hari Rabu?”

“Niat nak makan lah tu” Balas bilal.

Muka saya merah padam.

Saya bingkas bangun. Poket jubah diselak, tangan meraba mencari anak kunci. Saya segera meninggalkan masjid.

HARI INI HARI RABU BUKAN KHAMIS OK!

Biasalah kalau khamis malam jumaat, mestilah ada makan-makan.

Percayalah,

Ini bukan niat, tapi dah tabiat.

Malu~~

35 thoughts on “Ini Bukan Niat, Tapi Dah Tabiat”

Leave a Comment

CommentLuv badge