Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan

Hantaran perkahwinan tinggi? Ini bukan isu baru, tetapi makin ramai pula yang berkongsi keratan akhbar tentang kadar hantaran mengikut kelulusan. Saya hanya mampu tersenyum. Kalau dilihat pada kadar hantaran serius memang membujanglah lelaki sampai ke tua. Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan bersama kalian.

Ketika itu kami baru sahaja selesai kelas al-Quran bersama pensyarah. Tiba-tiba ustazah memanggil salah seorang sahabat kami  sedang berjalan melintasi halaqah kami.

Sengaja ustazah panggil untuk bertanyakan tentang pengalamannya ketika majlis perkahwinan. Kami saling tertawa senyum.

Terlintas di hati untuk bertanya tentang kos hantaran kepada ustazah.

“Ustazah kahwin dulu berapa ribu hantaran?” Soal saya. Tetapi ustazah diam tersenyum. Sehingga rakan-rakan lain beredar, ustazah membuka cerita.

“Perkahwinan kami simple ikhtiar. Tak ada bertunang, terus kahwin. Kenal pun sekejap”.

“Hantaran?”

“Tak ada hantaran, beri mas kahwin ikut negeri.” Balas ustazah. Mendengar jawapan itu, saya terkedu.

Seorang wanita yang berkelulusan doktor falsafah. Seorang hafizah 30 juzuk al-Quran. Cukuplah yang boleh saya katakan dia mempunyai ciri-ciri seorang wanita solehah.  Kini mereka kekal bahagia sehingga sekarang. Alhamdulillah.

Itu cerita kos hantaran. Tidak ada ertinya jika mahu mengulas lagi kerana para asatizah sudah mengulas mengenai tingginya hantaran perkahwinan. Namun usah disalahanggap bahawa hantaran dan mahar  itu adalah sama.

Hakitkatnya hantaran itu adat, mahar itu wajib.

Namun persoalannya mengapa kos hantaran kini terlalu tinggi?

Kos Majlis Perkahwinan

Apabila sentuh soal kos perbelanjaan majlis perkahwinan, kita mula tergaru-garu kepala. Bagaimana mahu mencari wang yang kini kos perbelanjaan mencecah belasan ribu ringgit.

Secara puratanya, kos kasar majlis perkahwinan yang biasa adalah sekitar RM 15000 ke RM20000. Ini standard bagi penduduk luar bandar dan mungkin dalam bandar. Kos ini dalam anggaran 2000 orang hadirin.

Saya boleh katakan, kos majlis perkahwinan di belah pihak perempuan boleh diadakan dengan nilai kos RM0 sahaja. Bagaimana? Katakanlah nilai hantaran bagi pasangan ini adalah sebanyak RM 5000 sahaja. Jadi kos majlis sekitar RM 15000 – RM 20000.

Maka, pihak belah lelaki secara umumnya perlu menyerahkan 50% wang hantaran kepada pihak perempuan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum tarikh majlis perkahwinan.

Jadi, kos modal permulaan adalah sebanyak RM 2 500.  Pihak pengantin perempuan perlu mengeluarkan kos tambahan sekitar RM 17 500.  Seperti kebiasaannya, ketika majlis perkahwinan berlangsung para hadirin yang bertandang ke rumah pengantin akan memberikan hadiah sumbangan dalam bentuk wang.

Katakan wang yang diterima RM10 X 2000 hadirin = RM 20000. Katakan dalam 2000 orang hadirin hanya 60% peratus sahaja yang memberikan sumbangan RM10. Maka nilainya adalah RM 12 000.

Jadi wang yang diterima adalah sebanyak RM12000 (wang sumbangan) + RM 5000 (hantaran pihak lelaki) = RM 17 000.

Jadi anggaran perbelanjaan kos majlis perkahwinan RM 20 000 – RM17 000 = RM 3000. Mungkin pihak belah perempuan hanya perlu mengeluarkan kos sebanyak RM 3000 sahaja. Tetapi jika wang sumbangan yang diterima lebih banyak dari angka yang dinyatakan, maka secara jelas pihak perempuan tidak perlu mengeluarkan kos sesen pun bagi majlis mereka.

Via Wedpedia

Ini adalah kiraan kasar berdasarkan pemerhatian saya sejak dari dahulu lagi. Dan perkara ini memang wujud. Bagi pihak belah lelaki pula, kos majlis perkahwinan mungkin sedikit kurang setelah ditolak wang sumbangan yang telah diterima daripada hadirin yang hadir.

Namun jangan disalahanggap mengenai wang sumbangan ini. Ia bukanlah adat yang dianggap wajib, tetapi ia berupa bentuk sumbangan atau hadiah yang diberikan oleh hadirin kepada tuan rumah.

Tidak salah jika mahu memberi,asalkan kita ikhlas terhadap diri sendiri.

Jadi timbul pula persoalan di sini, mengapa perlu mengenakan kos hantaran yang terlalu tinggi kepada pihak lelaki, sedangkan wang sumbangan juga ada yang memberi. Boleh jadi, jika dikira-kira ia boleh membuat untung sekiranya melepasi kos modal.

Sebenarnya sengaja saya timbulkan isu wang sumbangan dalam majlis perkahwinan ini. Saya sendiri kurang pasti adakah pemberian wang sumbangan ini berlaku di semua negeri atau sesetengah tempat. Namun, pemberian wang sumbangan terhadap majlis perkahwinan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan kos yang dihadapi oleh tuan rumah.

Kesimpulan

Isu yang pertama, berbaliklah kepada tujuan yang asal. Tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi. Anggap ia satu pemberian hadiah, bukan satu kewajipan. Mahar yang penting.

Isu yang kedua, elakkan mengadakan majlis seperti medan mahu menunjuk. Jangan jadikan sebagai satu simbol keuntungan walaupun tidak dilihat dengan mata kasar. Majlis cuma sehari, nanti tidak pasal-pasal, along datang rumah berkali-kali.

Wallahua’alam.

Semoga majlis kita diberkati dan diredhai Allah SWT. Ameen Ya Rabb.

63 thoughts on “Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan”

  1. Takpelah, aku tak nak sentuh isu mas kahwin atau hantaran. Cuma sentuh pada pihak lelaki,.. stabilkan ekonomi sendiri dulu baru kawin,.. at least belajar sdkit sebanyak pasal tanggungjawab dan perkahwinan bukannya sesuatu perkara senang dan boleh dibuat mudah. IMHO

    Reply
      • Punca no 1 penceraian bukan ekonomi. Tp salah satu pasangan atau kedua2 sekali tak solat atau tak pernah solat dan jahil agama. Boleh rujuk di makamah syariah.

        Reply
  2. Teringat Abah masa calon suami kakak datang bertemu untuk bersuai kenal.

    “Pak cik tak campur. RM500 pun tak kisah. Pandai-pandailah korang berbincang. Yang penting yang wajib (nikah)”, Abah membalas.

    Ya, bahtera rumah tangga bukan untuk satu dua hari. Ia seumur hidup pasangan.

    “Kena ingat. Lepas kenduri nak cari rumah, nak tanggung anak orang, barang rumah, dapur, api air. Banyak duit nak kena pakai tu. ” Suami Along menasihat.

    Reply
  3. tengok mak bapak. kalau jenis ok..memang best la. masalahnya..biarlah mak bapak tu ustaz ke..ustazah ke..cikgu ka.peguam ke apa ke.kekadang mintak gak hantaran macam nak jual anak.. cakap baik depan orang..tapi bab hantaran..macam nak jual anak..

    nasib la mas kahwin dah ditetapkan setiap negeri. kalau tak..ada gak yang nak naikkan..

    Reply
  4. pada chii.soal hantaran ni sepatutnya ikut kemampuan..kena saling memahami dan bertolak ansur..jgn terlalu nak ikutkan ckp2 org..diri sendiri terpaksa berhutang..sampaikan anak da masuk ke-4..hutang utk belanja kawin dan hantaran mash x settle lg..

    Reply
    • kadang2 ada yang minta hantaran tinggi2 untuk cover kos majlis, ada juga untuk tujuan menyimpan.. apa pun, kahwin skrg ni kebiasaannya memang perlu kos yang tinggi.

      Reply
  5. bab2 hantaran dan kos majlis kahwin ni memang agak kontroversi sebenarnya…kalau kita betul2 ikut cara Islam, semuanya jadi mudah…tapi disebabkan dah asyik nak mengikut kata2 orang sekeliling (yg Islam gak sebenarnya), semuanya jadi susah…padahal hal lepas kahwin ada banyak lagi yang perlu difikirkan..

    Reply
  6. Yg jadi isu adalah kes nak menunjuk-nunjuk. Bila hantaran anaknya tinggi dia akan berbangga dan bila hantaran anak orang lain akan di katanya anak orang tak laku, ditepuk tupai la dan memacam lagi…Itu hakikat yang aku tengok dalam masyarakat kita.

    Kekadang kita terpaksa ikut trend sebab nak mengelakkan fitnah. Papepun, pada kaum lelaki bagi aku yang paling penting adalah kesediaan untuk bertanggung jawab, jangan kahwin kerana nafsu sahaja.

    Reply
    • Pernah didatangi seorang mak cik, dia sendiri beritahu, tak tahu nak letak berapa jumlah hantaran untuk anaknya. Dia sendiri pun biasa-biasa ja.
      Akhirnya dia decide letak 5 ribu.

      Sebenarnya waktu pertunangan, bukanlah berbincang mengenai kos hantaran, tetapi bincanglah mengenai hal2 untuk majlis seperti tarikh dan sebagainya.
      Hantaran boleh je bincang di telefon. (elakkan saudara mara tahu) itu sudah memadai untuk elak fitnah.

      Reply
  7. Salam, saya nak tanya pendapat sikit boleh?
    Sebenarnya ibu dan ayah sy dah tetapkan hantaran 10k. tapi sy faham situasi bakal tunang sy yg baru kerja dan bukan anak orang kaya, so, kitorang dah bincang dan pujuk ibu & ayah sy untuk kongsi majlis. kiranya buat satu je lah. Punya lah susah nak memujuk tapi alhamdulillah dorang setuju akhirnya. Tapi masalah lain pulak timbul. Pada sy cukuplah duit hantaran yg bakal tunang sy bagi tu untuk cover catering masa majlis resepsi, selebihnya macam doorgift, pelamin dll sy akan bantu sebab sy tahu kemampuan dia yg boleh capai target 10k je sampai tarikh nikah kami nanti. tapi pada ibu & ayah sy, duit hantaran tu akn digunakan untuk cover majlis akad nikah, dan pihak lelaki tetap kena bg lagi duit untuk majlis resepsi sebab kami akan berkongsi. saya sebenarnya dah buntu, sampai rasa tak nak kahwin sebab pada sy melampau sangat nak mintak sampai 15 – 20k duit pada pihak lelaki yg obviously bukan orang senang. Macam mana ek nak cakap dengan parents sy yg kami memang ada duit cukup2 sahaja? huhuhu

    Reply
    • Wsalam.

      Masalah yang cik hadapi adalah disebabkan kehendak orang tua yang mahukan duit hantaran tersebut digunakan untuk majlis akad nikah.
      Apa yang saya faham, majlis akad tak akanlah sampai mencecah 10k. Mungkin duit hantaran tersebut akan disimpan oleh pihak keluarga cik.

      Apa yang saya nampak, masalah ini timbul apabila ada persetujuan untuk mengadakan satu majlis sahaja. Kalau ikut perkiraan, memang pihak lelaki perlu mengeluarkan kos tambahan kerana duit hantaran adalah duit yang diminta dan menjadi hak ke atas keluarga cik.

      Kos majlis adalah modal perkongsian yang perlu dilaburkan untuk kedua-dua pihak.

      Bincanglah sebaiknya dengan ibubapa cik. Mungkin duit hantaran itu boleh dikurangkan menjadi 5k, dan 5k lagi boleh disalurkan kepada majlis resepsi.
      Biar kita mencapai matlamat asal. Semoga dipermudahkan. 🙂

      Reply
  8. rasanya takdelah ikut sangat rate hantaran seperti yang tertera di akhbar tu. 10k je biasanya. tapi, apa pun, hantaran ni ikut kemampuan lelaki. kalau lelaki yang memang mampu beri banyak, perempuan ada SPM, x bekerja dan tak juga sambung belajar pun boleh bagi 7k. Ikut lah, kalau lelaki tu yang nak kasi.

    Tapi ada juga kes ibu bapa yang demand. huhu.. rasanya zaman sekarang ni, bila sebut kahwin je, memang lelaki fikir hantaran mahal!. Last2 jadi penghalang untuk diorang kahwin pula. Ermm… Kadang2 perempuan dan family perempuan x kesah sangat, lelaki yg fobia sendiri. haha.. kes cam ni pun ada juga. sebab dia dah mindset hantaran sekarang mahal 😀

    Reply
    • Aah, sebenarnya ia bergantung kepada ibubapa pihak perempuan juga. Kebiasaannya saya dengar orang biasa yang berkahwin hantaran dalam 5-10k sahaja.
      Tetapi jika kata mahu cover kos majlis, rasanya wang sumbangan dah lebih dari cukupkan. Tetapi macam yang saya kata, semua terletak kepada pihak perempuan juga. 🙂
      terima kasih kerana berkongsi.

      Reply
  9. Memang setuju dengan titan…skrg ni tak kira mak bapak keja apa pun, asalkan ada sikit qualification, mulalah letak hantaran tinggi macam nak jual anak.. baru2 ni berlangsung perkahwinan anak kawan saya.. pendidikan anak perempuannya taraf diploma… hantarannya adalah RM12,0000…. agaknya kalau taraf pendidikan lagi tinggi, mmg maximum lah hantarannya…

    Reply
  10. Salam semua,

    Saya tertarik dgn isu yg di bincangkn di sini. Kebetulannya juga sy sdg surf internet utk mencari info2 berkaitan majlis perkahwinan cara Islam sebab insyaAllah dlm masa 5 bln lg saya akan melangsungkan perkahwinan. Hantaran sudah pn di ttpkn dan rasanya tak perlulah saya sebutkan di sini berapa. Untuk pengetahuan semua saya satu2nya puteri tunggal dari 5 org adik beradik dan sudah semestinya la semua akan fkr majlis saya akan di buat secara gilang gemilang. Tapi saya berfikir sebaliknya.. 🙂

    Jgn salahkan mak bapak kita bila minta hantaran tinggi. Saya kira mereka sudah pn awal2 kira bajet berapa utk menjamu kaum kerabat dan sahabat handai dlm majlis perkahwinan kita nanti. Harga brg2 runcit skrg pn semua da tahu kn? Blh tahan juga mahalnya. Nnt bila ramai tetamu yg tak dpt mkn sbb kehabisan lauk pauk..ssh jugak kn? Dan jgn terkejut bila lepas majlis…mak bapak panggil kita dan serahkan sejumlah wang sebab kos sebenar melebihi bajet mereka. Mereka serahkan wang tu utk kita memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri. Jadi berbaik sangka la pd mak bapak kita atau pd bakal mertua kita. 🙂

    Masalah kita pada hari ini…jarang mahu duk bincang elok2 dgn mak bapak ttg majlis kahwin yg kita ingini…bersederhana cthnya. Bila kita duk bincang…ckp dgn sopan dan lemah lembut, insyaAllah dorg akn dgr dan cuba pahami dan mungkin juga akn ikut saranan kita. Selalunya mak bapak fikir utk kebaikan anak2…utk kegembiraan anak2…lebih2 lagi di hari bahagia kan? Mereka sbnrnya risau jugak kalau kita berkecil hati majlis di buat secara sederhana. Apa yg penting kita kena paham dan buat mak bapak kita paham majlis kahwin cara Islam ni mcm mana. Ckp2 org selepas tu biarkan lah saja. Lepas kahwin kalau kita ssh pn bkn juga dorg bantu kn?

    Doakan ya semoga majlis saya nnt berjalan lancar dan di redhai Allah SWT. ^_^

    Reply
  11. sy sudah bercinta, 3 tahun sudah. sy dn psgn beze 1thn. sy berumur 25 thn.
    sy nk senarai bajet kahwin utk pengantin perempuan… list persiapan kawin sy seorg..sy xnk cmpur aduk dgn hl kawin belah lelaki.. sy nk buat apa yg mampu..bajet dalam 7k. agak2…cukup ke bajet tu?

    sy sedih dgn keadaan diri sy yg bekerje xtentu mse demi mgumpul wang..
    sy ade kerete. sy wanita. dn sy berdikari sndri mncari rzki.. sy nk carik tmpat sy mngadu tntg hl ini…sy menangis sgt2 bile bf sy tnya sy. awk dah save wang kawen ke blom? secare jujurnye sy jwp, sy terpakse gune wang simpanan sy utk baya wang muka kereta sy.. sy terkilan yg teramat…sy sedar bahawa mmg xde sape yg boleh membantu sy. jadi…sy betul2 nk panduan dan teman utk berbincang dan memberi pndapat tntg hal ini. sy nk bajet blanje kawen utk pihak sy dan bajet tunang. sy save usehe sndri. sy xnk ganggu pihak lelaki.tolong la sy teman…

    Reply
    • Salam.

      Bismillah.

      Jika bajet saudari 7k untuk majlis perkahwinan, sebenrnya ia sudah cukup dan memadai jika ia satu majlis yang ringkas. Ia bergantung kepada bagaimana kita mahu menguruskan majlis tersebut.

      Apa yang penting, kita menjamu tetamu yang hadir ke majlis kita.

      Tentang soal mencari rezeki, saudari dan pasangan perlu sama-sama mencari wang. Tetapi dalam soal ini, perlulah ada persefahaman di antara kedua-duanya.

      Sebenarnya saya kurang faham dengan soalan saudari, perlukan bajet belanja kahwin untuk pihak peremuan sahaja? Mohon pencerahan.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Semuanya Kerana Al-QuranMy Profile

      Reply
  12. klu dah parents ltk tggi jgak nmpaknya tpaksalah pndai2 bincang dgn bakal suami mcmana nk minimumkan blanja..mcm sy, mak sy xmmpu nk urus blanja knduri sbb dia ibu tunggal, so dia nk ltk hntaran tggi utk cover blanja knduri. Ini sy faham, cuma.xbaiklah semua hampuk kt bahu lelaki kan..so caranya, sy mintak baik2 dgn mak spy xlebih 10k, lgpun satu majlis je sbb gabung 2 pihak..7k sy nk guna utk knduri, balance 3k simpan utk lps kawen..klu ada yg xckup sy akan topup guna simpanan sndiri..hakikatnya mmost bakal pngantin nk simple2 n sederhana tp parents nk jaga impression org lain tu yg jd besar blanja tu..huhu

    Reply
    • Ya itu memang hakikat. Kadang-kadang kita terpaksa mengikut kehendak kedua-dua orang tua kita yang mahukan majlis diadakan dari yang sepatutnya. Jangan salahkah mereka, tetapi Insha Allah semua boleh dibawa berbincang.

      Saya cuba memahami situasi cik puan.

      Kalau majlis diadakan (bergabung) dengan pihak lelaki, itu sudah menjimatkan kos.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Semuanya Kerana Al-QuranMy Profile

      Reply
  13. zaman sekarang xdek istilah bg angpau kenduri RM10 seorang. Kadang2 ade jgk yg bg angpau kosong. Berdasarkan pengalaman, dalam seribu tetamu yang hadir, kemungkinan untuk peroleh dlm RM4k pn agak sukar. Jadi, tiada istilah majlis di pihak perempuan xmemerlukan belanja yang banyak/boleh diadakan dalam nilai RM0. (n_n)

    Kalau nk kurangkan perbelanjaan, make it simple. Gabung majlis kedua-dua belah pihak. Wang hantaran?berbincang dengan berhemah, kalau tiada lagi terbaik. Kenapa perlu menyulitkan semata2 kerana adat?Kerna akhirnya, bakal pengantin yang terseksa semata2 hendak turut kehendak dan takut akan umpatan orang sekeliling…

    Reply
    • Terima kasih atas pandangan yang menarik. Ya bergantung kepada sesebuah majlis. Kita bukan mengharap, cuma duit berkenaan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kita. Yang penting, ikhlas 🙂

      Benar, ada juga jumpa majlis yang mengadakan satu majlis sahaja. Namun begitu amat jarang sebenarnya ia berlaku. Ini kerana, masing-masing mahu mengadakan di rumah sendiri bagi pihak masing-masing.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Semuanya Kerana Al-QuranMy Profile

      Reply
  14. Assalamualaikum..
    sya tertarik dgn entry ni, sya sebenarnya dlm proses belajar cara budget perkahwinan dgn jumlah 5k.. Pasangan sya seorang muallaf, jadi agak sukar untuk sya terangkan lebih dalam berkenaan soal kahwin cara kita. Dgn budget 5k d tahun 2015 ni sya sendiri buntuh mcmana sya nak listing satu majlis utk dua2 pihak. Memandangkan ibu sya jenis yg bersederhana, dia serahkan pada sya dan pasangan utk gunakan sebaik mungkin budget 5k tu utk perkahwinan bermula dari acara bernikah d masjid dan bersanding d rumah dlm sehari. Sya bru berusia 23 tahun, jadi knowledge sya dalam menguruskan perkahwinan ni belum dalam. Ibu sya bekerja, adik beradik sya pun bekerja. Bole tak sesiapa bantu sya mcmana sya nak listing semua dgn budget 5k sya?

    Reply
    • Kos mengadakan perkahwinan sebenarnya tidak memakan kos yang tinggi. Tetapi disebabkan oleh kehendak, ia memakan kos yang tinggi.

      Jemput 500 orang hadirin. 250 sebelah pihak.

      500 makan X RM7 : RM3500

      Yang lebih boleh menampung kos khemah, atau goodies jika perlu.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Panduan Meraikan Majlis PertunanganMy Profile

      Reply
  15. Sy bukan lah pandai dlm bab2 agama ni..Tp menurut kefahaman sy ( jika salah mohon perbetulkan) adalah menjadi kewajipan seorang ayah utk menguruskan perkahwinan ank perempuannya..menguruskan bukan bermaksud dpt duit hantaran dan uruskan…menguruskan bermaksud modal itu sndri dari seorang ayah, hantaran pula sbg hadiah dri pihak lelaki sebagai meringankan beban ayah pengantin prmpuan…sama2 kita fikirkan dan bincangkan hal ini..

    Reply
    • Tak mengapa, kita berkongsi ilmu.

      1) Hantaran adalah hadiah. Isu ini adalah subjektif kerana pemberian bergantung kepada kehendak bakal bapa mertua. Ada yang letak RM5k,10k malah lebih.

      Pendapat saya, jika mahu memberikan hadiah kepada pihak perempuan. Bergantung kepada kemampuan pihak lelaki. Jika mahu memberikan hadiah (wang) untuk hak bakal isteri, masukkan dalam mahar.

      2) Sebenarnya dalam isu walimatul urus, pihak perempuan tidak wajib untuk melaksanakan. Tanggungjawab ini terletak atas pihak lelaki.

      Tetapi pada hari ini, walimatul urus dilakukan juga di pihak perempuan.

      Kewajipan seorang ayah adalah menikahkan anak perempuannya.

      Maka, kesimpulannya, tak ada keperluan bakal suami memberikan wang hadiah atas dasar mahu membantu mengurangkan kos walimatul urus pihak perempuan.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Panduan Meraikan Majlis PertunanganMy Profile

      Reply
  16. Yg kawin tu diri sendiri bukan org lain, buat apa dgr kata org lain nk buat gempak2 lah.. Pastu sendiri merana lepas kawin, merengek2 xde duit bagai. Kecuali la diri sendiri tu mmg ade 2.6billion. Itu xpela..

    Reply
  17. assalamualaikum…
    perbncngan yg menarik, rse sprt ingin brkngsi dgn tman2 ttg msalah yg sy hadapi…sy berumur 26thun dn sdah brknalan dgn psngan sy 2 mse skolah mngah lg dn bru2 ini dia minta sy utk msuk pinang dia pd thun ini dn adakan mjlis kawin pd bln prtghan thun ini…akan tetapi dia bgtahu yg kluarganya minta sy adakn dlu keperluan spt umah dn kreta sblum kwin tp sy bkn dr klurga yg snang dn tdak pnya apa2 sy krja pon biasa2 aja manakn mampu utk miliki smua 2 sblum kwin dn sy bgtaw jgak yg sy hnya mampu bt mjlis yg sedrhana sja tp dia bgtahu yg dia nk yg grand2…2 blom lg bncng soal hntran, klu hntran 2 sy cuma mampu dlm 5-6k je…lpas drpd 2 kami msing2 diam dn sy hnya mampu berserh pd Allah agar bg yg trbaik utk sy dn dirinya wlaupon namanye sntiasa ada dlm doa sy sblum2 ini nmun kni trasa sdikit hmbar pdnya…Allahurabbi 🙁

    Reply
    • W’salam.

      Terima kasih berkongsi cerita.

      Daripada apa yang saya baca kisah tuan, pasangan tuan dan pihak sebelah perempuan mahukan sesuatu yang unik pada hari persandingan. Cuma nampak hanya satu hari sahaja. Tetapi tidak hari-hari yang seterusnya.

      Nasihat saya bersama :

      1- Memang perlu sediakan sekurang-kurangnya rumah (rumah sewa terlebih dahulu) cari yang murah-murah insha allah.

      2- Kenderaan pun penting, usahakan sebab mudah untuk urusan tertentu.

      Tidak salah pihak pengantin perempuan mendesak, sebab itu satu keperluan wajib pihak lelaki perlu sediakan. Namun kita ada option, iaitu boleh tinggal sementara bersama keluarga sendiri/mentua (kumpul duit untuk bayar deposit rumah).

      Tetapi jika mendesak untuk menyediakan majlis yang grand2, yang hanya berlaku pada satu hari. Nasihat saya, nasihatilah dia. Cuba bawa berbincang elok2. Jika gagal ditangani dengan baik, selepas kahwin akan berlaku salah faham pasangan akan sentiasa merungut dengan kekurangan.

      Reply
      • nmpak nye kna stabil kn ekonomi dlu la ntah ble la kmi blh kwin hnya mampu brdoa agar jdoh kmi ada…akan tetapi tuan klau ikut kn fmily sy la kn mmg xbrkenan sgt klu dgn org yg ade high taste ni jd sy pon jd mcm nk ptus hrpan n mcm xnk brhrap dh dgn dia dn branggapan mgkin kmi tiada jdoh…d cni sy jd confius sbb prasaan kat dia msih lg kuat nmun sy xnk brhrap sgt sbb tkut ptus hrpan merana diri…hmmmm

        Reply
        • zack, aku rasa aku ni senasib dengan ko la.. kalau nak ikut kan aku nak buat simple tapi semampu diri ini, dengan baru je mula alam pekerjaan. Kereta pun blom ada apatah lagi rumah. Ada banyak hutang dan tanggungjwab lain yang perlu dikira sekali yang mmang confirm pakai duit. Ikutkan hati, mau je buat loan bank utk kawin, tp kalau boleh kahwin ni tak nak la sampai perlu buat loan bank sakit kita kemudian hari nak bayar balik. sekarang hubungan aku ngan si dia dah xseimbang disebabkan hal ni.

          Reply
  18. nk kawen nie bakal pengantin kene berkeras jugak xboleh terlalu ikot ckp fmly sgt….sbb kite nk buat mjlis ikot kemampuan kite je,klo terlalu ikotkan ckp fmly mcm2 la diorg nk buat yg kluarkn duitnye kite klo xmampu kan dh kene hutang sane sini sbb nk puaskan nafsu fmly kite……pening jugak nk kawen nie yg mudah disusahkan itu la manusia…..??? sy dh nikah tgu nk langsung majlis je sumpah pening fikirkan bab duit….klo kite xstuju ape diorg ckp satg mcm kene tembak ngn snapang je rasenye xrenti bokbek2…..sy bekeras pon ade jugak yg kalahnye sbb ramai sgt menyerang dri sakit otak dri masam muke kene ikot gak la……bg yg blom kawen lg tu bwk2 la berbincang dgn pasang dlu ye, majlis yg mcm mane korang nk…..bajet brape agar xde terlebih klo terkurang tu kira alhamdulillah la ?? tensionnnn!!!!!!

    Reply
    • stuju dgn ko ikhwan…mjkis hnya sehari je pon tp kna hbis kn pluh2 rbu pdhal lpas kwin lg byk duit nk pkai klu pkir kn nk nmpk mjlis 2 bsar2 mewah2 bt je la belah dia je n pkai duit depa sndri kte just bg ape yg kte mampu bg je ni nk myak lbih2 mmg X la…hadoii susah nk kwin jaman skrang nihhhh…aku pon tensionnnnn wan hahahha

      Reply
  19. cume nk tnye..in case knduri xjd nk bwt pon..tp phk kluarge pmpuan still nk dwet hantaran tu sume..padahal tjuan asal hntaran di berikn mmg ckp nk bwt knduri..tp ble dwet dh ckop sume..xnk bwt knduri plak?? mcm mne tu?pgntin pmpuan lgsg tdk bley usik dwet yg diberi pgntin lelaki..katenye dwet itu dh jd hak kluarga pmpuan.yg pngantin pmpuan xdpt pape pon..knduri kwen jd atau tak belah laki still xbley mntk blek dwet tu..wlaupon phk lelaki asalnye bg dwet tu sbb pkir akn ad knduri phk pmpuan dan nk bntu pmpuan.tp tbe2 jnji nk bwt knduri xjd..dwet nk sume..ap pndgn anda?kusut nh..

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge