Isu Kerusi Presiden MPM

Saya sedikit keletihan. Mohon maaf andai tidak sempat untuk mengulas tentang keputusan PRK Kampus pada kali ini. Saya pula baru sahaja pulang dari Masjid Pekan, Bangi selepas bertemu dengan pengerusi masjid. Ini berikutan esok saya akan menyampaikan khutbah di sana. Ketika berada di sana, saya menerima mesej daripada seseorang bertanyakan tentang satu blog yang menulis tentang isu kerusi presiden.

Saya sudah membaca ulasan di laman blog berkenaan. Bagi saya kemenangan PRK pada kali ini dengan undian tertinggi oleh saudara Akram Ikrami Taib Azzamudden diikuti oleh saudara Nasrul Izad Md Isa tidak perlulah dihujahkan. Kerana soal siapa layak atau tidak adalah bergantung keputusan dalam Majlis Syura.

Saya faham kedua-keduanya menerima ribuan undian dari mahasiswa. Isu ini dibangkitkan kerana melihat faktor majoriti tipis sebanyak 64 sahaja.

Masing-masing mempunyai kredibiliti tersendiri.

Soalnya di sini, usah pandai lantang bersuara, usah pandai berkata, jika tiada tindakan yang dilakukan.

Insha Allah, malam ini saya akan hadir atas kapasiti sebagai mantan dan pemerhati untuk melihat proses Majlis Syura MPM bagi memilih calon presiden.

Kita merancang, hanya Allah swt sahaja yang menentukan.

Ikhtiaruddin Md Yasim
Mantan Naib Presiden 1
Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS

Leave a Comment

CommentLuv badge