Kekangan Dalam Mencari Keupayaan

Sabtu yang lalu saya telah menghadiri satu mesyuarat bersama Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia yang berpusat di Petaling Jaya Selangor. Tiada urusan lain melainkan saya telah dijemput untuk membentangkan proposal berkenaan tentang projek pembinaan laman web yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Lain orang lain ragamnya, mereka begitu sangat tegas dalam membuat kerja. Sehinggakan ketika sedang mesyuarat saya perlu memberikan sepenuh tumpuan dengan seadanya kerana salah satunya mereka berbahasa Inggeris.

Saya telah diberi amanah untuk membangunkan sistem yang mana ia akan digunapakai di seluruh Malaysia di bawah naungan DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah, Raja Puan Muda Perlis. Saya sedikit agak tertekan ketika itu. Mujurlah ada seorang akauntan ketika itu memahami keadaan saya. Selesai sahaja mesyuarat saya di bawa ke pejabat urusan mereka di Kelana Jaya untuk mengambil beberapa dokumen dijadikan sebagai rujukan.

Apa yang bermain di kepala saya adalah sistem, sistem, dan sistem. Bagaimana nak buat, macam mana nak buat, membuatkan saya sedikit pening. Saya telah diberi masa selama seminggu untuk menyiapkan draf untuk dibentangkan sekali lagi di hadapan pengarah pada minggu hadapan. Hampir 80% peratus saya boleh menyiapkan namun disebalik 20% peratus saya seolah hilang arah. Saya perlu sedar sepatutnya bukan berada di dalam bidang ini..

Sistem Membership yang membuatkan saya tak tentu arah. Sebenarnya pada awal lagi saya sudah menolak untuk mengambil projek ini. Namun setelah didesak dan percaya melihat kebolehan saya sebelum ini, saya akur. Berpuluh-puluh helai kertas menjadi contengan saya mencari jawapan. Akhirnya saya ingin membuat keputusan untuk menolak projek tersebut yang bernilai hampir lima ribu. Bukan berputus asa, namun saya perlu sedar keupayaan yang tidak seberapa.

Sedih rasanya terpaksa melepaskan. Dalam diam saya mencari. Belajar dari erti kesusahan. Bukan mudah itu jawapan sebenarnya.

Saya bersyukur kerana berada di tahap ini.. Saya perlu banyak lagi untuk belajar.

Tidak semua yang kita impikan boleh tercapai. Itulah dia ….

Kekangan Dalam Mencari Keupayaan.

Leave a Comment

CommentLuv badge