Masalah Database Connection

Dalam pembangunan laman web, masalah kecil yang sering kita hadapi adalah masalah sistem database connection di bahagian server. Masalah ini timbul apabila terdapat masalah sama ada di bahagian MySQL Database ataupun konfigurasi PHP dalam penggunaan sesuatu skrip.

Antara skrip CMS yang saya sering gunakan adalah CMS Joomla dan WordPress. Namun perbincangan saya lebih menjurus kepada penggunaan skrip CMS WordPress.

Masalah ini kebiasaanya akan timbul apabila pengguna membuat pemasangan skrip secara manual. Walaubagaimanapun, saya lebih menggalakkan anda membuat pemasangan secara manual antaranya bagi mengetatkan lagi kawalan sekuriti sesebuah laman web.

1) Database Error

Sila akses ke bahagian public_html/domainanda.com. Kemudian buka fail yang bernama wp-config.php.

Lihat di bahagian ini.

// ** MySQL settings – You can get this info from your web host ** //

/** The name of the database for WordPress */

define(‘DB_NAME’, ‘user_web’);

/** MySQL database username */

define(‘DB_USER’, ‘user’);

/** MySQL database password */

define(‘DB_PASSWORD’, ‘makcikkaulawa2011’);

Kita perlu menyemak ketiga-tiga perkataan yang telah saya boldkan seperti di atas. Dalam kursus yang saya anjurkan, modul bab ini amat saya tekankan kerana apabila masalah ini timbul, segala proses tidak boleh dijalankan apabila skrip tidak dapat dihubungkan dengan server.

i) (‘DB_NAME’, ‘user_web’)

ikhtiar_web adalah nama database yang telah anda cipta sebelum ini. Sekiranya terlupa, semak kembali di bahagian ruangan CPanel – MySQL Database.

ii) (‘DB_USER’, ‘user’)

Pada bahagian ini merupakan nama username bagi akaun CPanel anda. Username ini juga merupakan kata laluan akaun CPanel pengguna.

iii) (‘DB_PASSWORD’, ‘makcikkaulawa2011’)

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu mencipta kata laluan yang mengandungi huruf aksara beserta nombor. Jangan menggunakan sebarang perkataan yang mudah dieja seperti di atas.

2) Rename Fail wp-config-sample.php

Skrip CMS WordPress yang dimuat turun dari laman rasmi akan mempunyai fail yang bernama wp-config-sample.php. Pastikan nama fail tersebut perlu ditukar kepada wp-config.php untuk proses connection antara skrip dengan server.

Cara di atas adalah sebahagian daripada masalah yang timbul. Cara ini juga boleh diaplikasikan kepada skrip CMS Joomla. Namun nama fail sedikit berbeza daripada yang lain. Skrip CMS Joomla menggunakan nama sebagai configuration.php.

Semoga rujukan ini dapat membantu anda.

1 thought on “Masalah Database Connection”

Leave a Comment

CommentLuv badge