Mengapa Terdapat Sub Folder Pada Nama Domain?

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan merungkai mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pembaca buku Mudahnya WordPress.

“Tuan,kenapa ya apabila saya menaip nama domain, laman web tersebut akan keluar seperti ini http://namadomain.com/wordpress”

“Tuan, mengapa laman blog saya ada tambah /wordpress?”

Itulah soalan yang sering diajukan kepada saya. Tidak mengapa.

Cuba kita kita rujuk kembali Bab Pemasangan Skrip CMS WordPress di muka surat 64. Pada bab tersebut saya meminta anda untuk men-download skrip dari laman blog saya. Walaubagaimanapun terdapat pembaca yang men-download dari laman web wordpress.org.

Sebenarnya tidak salah, cuma terdapat dua perbezaan yang akan berlaku terhadap nama domain anda.

Perbezaan Pertama : Skrip CMS WordPress

Pihak wordpress.org menyediakan skrip CMS WordPress menggunakan versi terbaru iaitu CMS WordPress 3.3.1 (18 Feb 2012) setakat ini.

Tetapi dalam buku ini saya menggunakan versi CMS WordPress 3.2.1 (Saya kemaskini manuskrip buku ini pada awal bulan November 2011) Tidak terdapat perbezaan yang ketara pada versi yang terbaru ini.

Seandainya, buku Mudahnya WordPress habis dijual bagi cetakan pertama, saya akan membuat versi kemaskini bagi cetakan kedua, Insha Allah.

Perbezaan Perbezaan : Sub Folder Pada Nama Domain

Pihak wordpress.org menyediakan skrip CMS WordPress menggunakan nama folder wordpress. Maka jika kita meng-upload fail winzip ; Skrip CMS WordPress di File Manager (muka surat 66), kemudian mengekstrak fail tersebut, akan keluar nama folder wordpress. Maka nama domain kita akan jadi seperti ini :

http://namadomain.com/wordpress

atau dalam alamat server : public_html/wordpress

 

Persoalan : Bagaimana untuk kembali seperti http://namadomain.com ?

Terdapat dua pilihan iaitu sama ada kita memadam folder tersebut dan membuat pemasangan skrip semula atau membuat pemindahan data ke public_html.

Pilihan Pertama : Delete Folder WordPress

Kita hanya perlu klik kanan tetikus pada folder WordPressdan seterusnya, klik [Delete]

Pilihan Kedua : Pemindahan Data Ke public_html

Kita akan membuat pemindahan data ke public_html kerana public_html merupakan alamat server bagi nama domain utama kita.

Seperti yang saya sebutkan di atas sebentar tadi : alamat server : public_html/wordpress

Langkah pertama, klik ikon folder wordpress

Kemudian, klik [Select All]

Seterusnya, klik kanan tetikus di ruangan fail dan klik [Move]

Kini, kita perhatikan pada ikon Home. Kita perlu memastikan ia tertulis /public_html/. Langkah seterusnya klik [Move File(s)].

Fail kita akan dipindahkan dari folder ke wordpress ke /public_html/. Oleh itu, apabila anda akses nama domain, akan tertera isi kandungan seperti sebelum ini tanpa perlu menaip http://namadomain.com/wordpress.

Semoga artikel ini menjawab persoalan anda. Sebarang bantuan boleh diemelkan kepada bantuan.my@gmail.com .

Sekian, terima kasih.

Ikhtiaruddin Bin Md Yasim
Bangi, Selangor
8.30 pagi

2 thoughts on “Mengapa Terdapat Sub Folder Pada Nama Domain?”

  1. Assalamualaikum,
    Terima kasih.Saya berkesempatan membuka laman Saudara melalui buku yang saya baru sahaja beli,”Mudahnya WordPress”.Insya Allah,”Laman Saudara”boleh saya masukkan sebagai rujukan didalam bloging saya.
    Sekali lagi,terima kasih.
    Semoga segalanya bakal menjadi Amal Jariah.Amin.

    Reply
    • Waalaikum salam.

      Terima kasih sudi bertandang ke blog saya. Juga terima kasih kerana sudi mendapatkan buku Mudahnya WordPress.
      Semoga tuan mendapat manfaat daripada buku tersebut.

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge