Mudahnya WordPress | Dapatkannya Di Pasaran

Menulis buku catatan novel, sejarah ataupun genre yang lain mempunyai kesukaran yang berbeza-beza. Novel, mereka perlu berusaha mengolah cerita dari awal, klimaks hingga akhir. Bagi sejarah pula, mereka perlu sentiasa membelek-belek fakta-fakta terdahulu.

Namun begitu, langkah awal, saya selesa memilih untuk menulis genre tekniknal. Kaedah bagaimana mahu membina laman blog sendiri. Sangkaan awal saya, ia begitu mudah untuk dihasilkan apabila melihat modul-modul kursus begitu cepat disiapkan. Namun ia meleset sama sekali.

Saya perlu berusaha memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat dan bersesuaian mengikut peredaraan masa. Itu yang penting.

Maka, saya mengharapkan buku yang pertama ini dapat memberikan sedikit manfaat untuk anda. Jika tiada aral melintang, buku tersebut akan terbit di pasaran sekitar bulan Disember 2011.

Sebarang komen turut dialu-alukan.

Harga: RM 12.00 / RM 14.00

ISBN-13: 978-967-0185-24-8

Tarikh Terbit: 12 Dec 2011

Jumlah Muka Surat : 168

Penerbit: PTS Netmedia Sdn Bhd

Buku Mudahnya WordPress, boleh juga dibeli secara online di Laman BookCafe.

5 thoughts on “Mudahnya WordPress | Dapatkannya Di Pasaran”

Leave a Comment

CommentLuv badge