Pengumuman – Buku Mudahnya WordPress

Assalamulaikum.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat wal’afiat.

Di sini saya ada beberapa pengumuman ringkas yang ingin disampaikan kepada anda.

Berkenaan dengan buku Mudahnya WordPress, ia boleh didapati di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH, atau di kedai-kedai buku terpilih sahaja. Sekiranya stok habis, anda juga boleh mendapatkannya secara online di laman web PTS.

Saya banyak menerima emel daripada para pembaca mengenai buku Mudahnya WordPress, alhamdulillah banyak respon positif yang saya terima.

Jika anda mengalami sebarang masalah, atau tidak memahami bab-bab tertentu dalam buku tersebut, bolehlah menghantar emel bantuan ke bantuan.my@gmail.com. Insha Allah saya atau pembantu saya akan membantu anda.

Insha Allah dalam masa terdekat ini, saya akan cuba menyediakan beberapa tutorial tambahan antaranya penukaran tema wordpress yang baru, dan teknik mengemaskini wordpress kepada versi yang terbaru. Walaubagaimanapun anda dinasihatkan supaya dapat membuat ulangkaji sebagai satu aplikasi latihan seperti yang disebutkan dalam buku tersebut.

Salam hormat.

Ikhtiaruddin Md Yasim
Bangi, Selangor
12.02 a.m.

13 thoughts on “Pengumuman – Buku Mudahnya WordPress”

  1. Buku macam ni la yang saya nantikan..dah beli,guna baucar buku..memang simple dan senang difahami..on da way nak bina blog guna ilmu yg ada dalam buku ni=]

    Reply
  2. Salam.Seriously.Tak sangka anta dah ada terbitkan buku.Sebab First time bekerjasama msa program tilawah quran baru-baru ini.Nampak anta org yg kelakar dan humble.rupanya,dah ada kejayaan diluar.alhmdulillah.
    Semoga anta terus cemerlang untuk Islam.=).amin.

    Reply
    • Wsalam.
      Terima kasih kerana sudi singgah di blog ana.
      Walaupun ana tidak tahu siapa empunya diri, tetapi nak ucap terima kasih sebab sudi bekerjasama dalam program tilawah yang berlangsung selama 5 hari. Kerjasama yang diberikan sangat baik daripada semua AJK.

      Semua kejayaan adalah atas izin dari Allah SWT. Syukran atas doanya. 🙂

      Reply
  3. Salam,
    Saya dah beli buku ni, agak ringkas tetapi padat isi kandungannya. Boleh dijadikan panduan untuk mereka yang baru nak kenal WordPress macam saya ni. Harap-harap boleh beri bantuan secara dalam talian sekiranya saya ada pertanyaan pada tuan.
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge