Penstrukturan Semula Ikhtiar Network

Sudah hampir setahun lebih saya tidak menulis di laman blog ini. Bukan berdiam diri, tetapi masa banyak dihabiskan kepada projek-projek di sebalik tabir.

Maka pada tahun  ini yang bakal berakhir tidak lama lagi, saya sedang membuat penstrukturan semula perniagaan yang sedang saya jalankan. Penstrukturan ini bagi memastikan kelancaran proses sama ada dari pihak saya mahupun pelanggan.

#1 Rangkaian Laman Web

Sejak dari tahun 2009 beberapa buah laman web telah dibangunkan antaranya :

i)    myikhtiar.com (dibangunkan pada tahun 2009)
ii)    akademiwp.com (dibangunkan pada tahun 2010)
iii)    ikhtiar2u.com (dibangunkan pada tahun 2009)
iv)    mypenulisan.com (dibangunkan pada tahun 2012)
v)    ikhtiar.my (dibangunkan pada tahun 2013)

Bagaimanapun, setakat pada hari ini, hanya dua buah laman web sahaja yang masih lagi aktif iaitu myikhtiar.com dan ikhtiar.my.

Ikhtiar.my dibangunkan adalah bertujuan untuk mendapatkan geran usahawan internet yang telah diperuntukkan oleh kerajaan dalam bajet 2013 yang lalu. Alhamdulillah, geran tersebut diluluskan.

#2 Skop Perniagaan

Perniagaan saya menggunakan dua momentum iaitu secara dalam talian mahupun luar talian.
i)    Kursus laman web CMS WordPress
ii)    Penulis blog rangkaian media sosial
iii)    Penjualan produk fizikal

#3 Maklumbalas

Saya mengalu-alukan sebarang maklum balas sama ada melalui emel ataupun telefon. Bagaimanapun, berikut adalah jadual yang mungkin memberikan kelancaran dalam proses maklumbalas.

#Emel

1) Bantuan Teknikal – Buku Mudahnya WordPress
Dalam masa 24 hingga 48 jam.

2) Bantuan Teknikal – Klien Ikhtiar Network
Dalam masa 12 hingga 24 jam.

3) Pertanyaan Umum
Dalam masa 12 hingga 24 jam.

#Telefon

9 pagi hingga 5 petang

Bagaimanapun, sebarang bantuan teknikal melalui telefon adalah tidak digalakkan. Ini bertujuan memudahkan saya untuk merekod segala permasalahan yang diberikan. Kerjasama tuan dan puan amat saya hargai.

Sebelum terlupa, saya memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat saluran emel,SMS, panggilan yang tidak menerima respon daripada saya.  Setakat ini sahaja pemakluman daripada saya.

Terima kasih.

2 thoughts on “Penstrukturan Semula Ikhtiar Network”

Leave a Reply to naim Cancel reply

CommentLuv badge