Perigi Mencari Timba ; Satu Tinjauan

Pasca musim alaf baru, masyarakat sibuk memperkatakan isu bila mana Perigi Mencari Timba. Melihatkan kononnya sebagai satu kesan jatuh martabat seseorang wanita itu. Dan ini bukanlah menjadi suatu fenomena baru yang mana si wanita kini lebih bersikap ‘mencari’ berbanding menunggu. Mencari dari sudut yang bagaimana?

Pada masa yang sama, kita turut dihidangkan dengan pelbagai kisah penceritaan humor kekeluargaan. Dan konsep cerita ada yang bersifatkan wanita bersikap ‘i’m waiting for you’. Dan itu dilabelkan sebagai suatu perkara asas, dan menjadikan ia satu tradisi sejak nenek moyang kita lagi.

Apabila membuat satu tinjauan, kebanyakan wanita bekerjaya lebih bersikap optimis dalam cita-citanya. Itu yang membuatkan segelintir golongan mereka bersedia untuk di label sebagai ‘andartu’ mungkin. Benarkah? Kerisauan ibu bapa terutamanya menjadikan isu ini semakin hangat diperkatakan.

Selain itu, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan, apabila pihak wanita memulakan langkah dalam soal merisik. Secara lazimnya masyarakat mungkin akan memandang serong dan memberi tanggapan yang kurang baik. Oleh yang demikian ia seakan-akan menjadi suatu kemestian bila mana lelaki sahaja yang berhak untuk merisik mahupun meminang.


MENUNGGU ; TINDAKAN?

Mengimbas kembali sedutan kisah Nur Kasih yang begitu popular sehingga meningkatkan rating televisyen  hampir jutaan penonton setiap minggu. Watak Nur Amina (Tiz Zaqyah) telah meminati Adam (Remy Ishak) sejak di bangku sekolah. Dan ia berlanjutan sehinggalah mereka mengikat tali pernikahan.

Namun, adegan ini melihatkan Nur Amina lebih bersikap ‘menunggu’ tanpa sebarang tindakan agresif. Maksud agresif di sini melulu dalam membuat sesuatu tindakan. Penantian Nur Amina ketika mana sudah mula ‘jatuh hati’ terbalas. Walaupun pada awalnya Adam tidak menaruh sebarang perasan terhadap isteri pertamanya.

Jika Nur Amina bersikap menunggu (non-active). Kita lihat pula kisah Sumpah Puteri Bunian yang dibintangi oleh pelakon popular Nora Danish dan Rizal Jaafar. Melihatkan watak Azeera(Elly Mazlein) sebagai wanita yang egois dan bersifat pendendam menaruh hati kepada Adam. Perasan cinta terhadap Adam (Rizal Jaafar) terlalu tinggi, sehingga mana dia sanggup berbuat apa sahaja.Mereka tetap berkawan dan akhirnya kata sepakat untuk sampai ke jinjang pelamin. Dan melihatkan Adam menampakkan bersahaja, berbanding Azeera kelihatan terlalu terburu-terburu. Walaubagaimanapun, perkahwinan antara Adam dan Azeera terpaksa dibatalkan gara-gara hadirnya seorang wanita bernama Hawa (Nora Danish). Ini membuatkan Azeera terlalu sedih.


MENCARI ATAU MENUNGGU ?

Perkara ini terlalu subjektif untuk diperbincangkan. Suka ingin saya sentuh dalam soal mencari. Apabila kita menyebut mencari sudah tentu ia dikaitkan dengan orang lelaki berbanding perempuan. Itu mentaliti kita. Tetapi jika saya sebut secara realitinya bukan bagaimana pula?



Sedutan Babak Nujum Pak Belalang

“Cuba teka yang mana jantan yang mana betina?” Sambil menujukkan dua ekor itik.
“Ini senang sahaja
“Haaaa…..”
“Jika ahli nujum mahu tahu yang mana jantan yang mana betina. Yang belakang itu adalah jantan yang depan itu adalah betina”. Sambil menunjukkan dua ekor itik.
“Sebabnya…….?”
“Sudah menjadi lumrah dunia”

Dialog di atas jelas menunjukkan bahawa dalam membentuk sebuah pasangan perlulah bermula daripada diri seorang lelaki. Tidak dinafikan golongan lelaki lebih bersifat aktif dalam soal sedemikian. Tetapi sejauh manakah peranan wanita dalam aspek ini?

Inilah menjadi titik tolak persoalan yang tidak berkesudahan. Jika lelaki mencari, wanita pula tidak menghargai, jika wanita mencari lelaki pula tidak menghargai. Pokoknya masing-masing hanya bertepuk tangan sahaja. Apabila sentuh Timba Mencari Perigi, itu sudah perkara biasa walaupun terpampang di dada akhbar.

Ironinya, jika isu Perigi Mencari Timba, bagai ada suatu gelombang datang tidak berjemput.

Golongan wanita cukup pantang kononnya jika mereka dikaitkan dengan gelaran sedemikian. Mereka seolah-olah tidak mahu berada dalam permainan tersebut. Apabila golongan lelaki mengatakan hakikat jumlah wanita di bumi 1 : 4 kadang-kadang mereka menidakkan fakta. Inilah sebahagian tanda kecil hari kiamat.Mereka seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan. Jelasnya apabila kita melihatkan sesuatu acara mahupun program, bilangan tempat duduk lelaki hanya 1/4!! Namun golongan wanita akan memberikan jawapan kononnya golongan lelaki kini sibuk berpeleseran tidak tentu arah. Dengan gaya mat rempit mahupun sebagainya. Jangan marah naa..


KALIS CINTA ; Apabila Ego Menguasai Diri

Masih ingat lagi kisah Cerekarama Kalis Cinta? Mengisahkan seorang wanita berstatus dara yang terlalu mengejar pangkat dan kekayaan. Kejayaan mula dikecapi dan melupakan soal jodoh. Adakah kerana tiada seorang lelaki mahu mengambil hatinya?Sudah ramai jejaka tampil, namun hatinya tidak tertawan. Apabila ego menguasai diri. Sering mempersendakan kaum adam yang dilihat sebagai kelas bawahan dan tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap dirinya. Fikirkanlah jika benar.


KESIMPULAN ; CARILAH SELAGI MANA BOLEH MENCARI

Jika hadirnya seorang wanita bertandang

“Sudikah awak menjadi suami saya?”

Apa pandangan pertama kita? Apakah kita sudah menilai wanita ini dari sudut negatif? Ya, saya pasti mungkin menganggap perlakuan wanita tersebut dianggap suatu perkara yang kononnya ‘memalukan’. Seperti yang saya nyatakan di atas sebentar tadi, situasi ini dianggap sebagai satu fenomena biasa terutama dalam masyarakat Melayu. Kononnya nenek moyang kita tidak membenarkan wanita memulakan langkah pertama dalam mencari pasangan. Jadi bagaimana wanita di luar sana? Ayuh langkah kaki kananmu =)


Sepanjang saya menulis artikel di atas, sedikit pun saya tidak menjatuhkan martabat seorang wanita. Salah faham mungkin berlaku di antara kita. Masih ingat lagi kisah risikan di antara Siti Khadijah dan Rasulullah SAW? Ketika itulah bermula kisah di mana Siti Khadijah menggunakan konsep orang tengah. Namun terdapat sedikit kekeliruan dalam sirah Nabawwiyah. Iaitu antara Nafisah bt Minyah ataupun Maisarah.

Inilah cara yang mungkin saya akan gunapakaikan (tersenyum).

Menggunakan konsep orang tengah adalah suatu jalan terbaik yang mana dapat mengurangkan sedikit ‘malu’ terhadap wanita terutamanya. Tetapi jangan disangka tiada lelaki yang pemalu. Siapa dia? Sayalah (bernada gurau)

Justeru itu, dalam mencari pasangan perlulah kita sentiasa berusaha. Biarlah tanggapan orang sama ada Perigi Mencari Timba mahupun Timba Mencari Perigi. Yang paling penting soal usaha dalam mencari jodoh. Andai diri kita rupawan, jangan jadikan ia sebagai modal dengan sekadar menunggu di tepian. Berenanglah ke tengah selagi mana kita mampu.Namun andai kita tidak rupawan, usahlah menganggap diri kekurangan. Namun bentuklah suatu modal iaitu jati diri agar diri kita mudah disenangi. Tidak semua orang memandang kepada rupawan, oleh itu sematkan dalam diri, tanamkan dalam diri, soal jodoh perlu kita usaha tanpa bertepuk dahi.

Ingat, tidak kira siapa yang memulakan langkah dahulu, pastinya jodoh itu ditentukan Allah. =)
Akhir kata, salam maaf daripada saya, insan yang dambakan kasihNya.

http://myikhtiar.com

21 thoughts on “Perigi Mencari Timba ; Satu Tinjauan”

  1. penerangan yg ckup jlas….
    mslahnya org kta tkut nk mncuba….tkut langgr adat…emmm..pape pn jodoh ditangan allah….
    dia yg menentukan segalanya…

    tahniah pada penulis kerana bejaya kupas psal isu ini…..

    Reply
  2. salam.ana minat dengan isu ini,so nak tanya 2 soalan..

    1.apa pendapat kalau prempuan yg suka pada laki ,bukankah dicop’GEDIKS”menggatal’ dan sama waktu dgnnya.mntak maaf bnyak2,sebab ana malu dgn pompuan skang,ana org kampung,malu jika ‘dijaja’crita.
    2.ana,pernah mimpi ‘laki soleh’yang diidamkan.tapi hati ana akan kata”aku benci,Ya Allah jauhkan lah Ya Allah..”ana istghfar,tpi mimpi tue datang lg..ana dah lupakn..adakah it2 mimpi syaitan atau petunjuk bg ana??ana selalu impikan suami yg soleh.harap ust Ikhtiar bg pandangan n nasihat syukran…

    Reply
    • Wslm..

      Jawapan no 1..

      Inilah realiti sekarang. Tapi bukankah ana lebih bercakap menggunakan pendekatan konsep menggunakan orang ketiga, bukankah itu yang dilakukan Siti Khadijah kepada Rasulullah?

      jawapan no 2..

      Ana tidak mahir dalam soal menafsir mimpi, mungkin ukhti boleh tanya yang lebih arif dalam bidang ini.

      Menyukai seseorang itu tidak salah, dan matlamat itu tidak menghalalkan cara. kalau benar lelaki tersebut yang ukhti kenal, mintalah petunjuk.. Istikharah mungkin.

      3) panggil saje ana ikhtiar.. ana masih 21 tahun.=)

      Reply
  3. salam,

    saudara mcm takut2 je nak meletakkan pendirian saudara di mana. seakan2 terlalu berhati2.huhu. apapun, skrg ni tiada istilah perigi@timba lagi dah, dah open. cuma sbg wanita semestinya perlu lebih sopan dan tak melampaui batas dlm pergaulan. (”,)

    Reply
    • Wslm..

      Takut? hehe.. saya tidak meletakkan istilah takut2 dalam penulisan saya.
      Jika saya takut, saya tidak akan menulis..

      istilah perigi@timba hanya satu nama..
      namun dari segi maksud ia masih wujud sehingga sekarang 🙂

      Reply
  4. Saya kakak sulung kpd seorg adik perempuan yg agak tinggi umurnya,saya tk pernah bimbang dan desak dia ttg jodoh dia sebab bagi saya Allah akan atur segalanya buat dia,saya selalu beritahu dia sabar ttg jodoh,tapi jaga kehormatan dan maruah diri,supaya dia tetap ‘kaya’..Tapi baru2 ini salah seorang dari bapa saudara kami bercadang utk jodohkan diadgn seseorang yg dia kenal,pada mulanya saya tak mahu ikut campur sebab saya sendiri dlm masalah ,saya sakit seperti org lumpuh ,,tapi atas desakan ibu yg mengingatkan kedudukan sebagai kakak sulung dia minta saya uruskn. Atas persetujuan ibu saya hantar gambar adik,pihak lelaki sudahpun berkenan,mereka bersetuju buat pertemuan dirumah bapa saudara yg jadi org tengah,tapi sesuatu terjadi ada tentangan dari adik lelaki saya yg tiba2 muncul dan tidakbersetujudgn pertemuan itu.kata dia ”bagai perigi mencari timba’ .ibu menalipon saya dgn marah2..saya cuba pertahan pendapat saya,apa yg berlaku adalah tidak menyalahi adat maupun agama.akibatnya kesemua 9 adik2 dan ibu menjauhkan diri dari saya. Demi tuhan apa yg saya lakukan adalah ikhlas ,biarpun dlm kesusahan keadaan diri saya tapi saya urukan semuanya dgn dapatkn bantuan suami anak2 dan dgn hanya menalipon.sampai hari ini saya masih tertanya2 ,salah kah saya?

    Reply
    • Salam hormat utk kak long,

      maaf atas kelewatan utk memberikan respon. Terima di atas persoalan yang ditujukan dlm artikel ini.

      Saya amati, apa yang berlaku dalam situasi seperti yang kak long ceritakan adalah disebabkan ketidaksefahaman di antara ibu dan adik beradik. Maka, bila dah takde kesefahaman, maka timbul lah salah faham.

      Isu yang ditimbulkan oleh adik lelaki kak long mengaitkan situasi tersebut sebagai perigi mencari timba bukanlah suatu isu yang baru. Mungkin kerana dek zaman skarang ni, bila isu pasal masuk meminang, yes, biasanya orang lelaki yang akan melangkah dahulu.

      Ape2 pun, isu yang perlu dibangkitkan sebenarnya bukanlah pasal perigi mencari timba atau sebaliknya. Tetapi lihat adakah lelaki yang menjadi pilihan bapa saudara kak long benar2 sesuai dengan adik kak long. Dari segi agamanya, dan lain2 lagi.

      Saya harap segala salah faham yang timbul dapat diatasi bersama. Moga Allah permudahkan…

      Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge