[Perkongsian] Bagaimana Akaun Facebook Digodam?

Kita sering mendengar rintihan apabila ada di antara kita mengalami masalah apabila akaun facebook mereka digodam oleh ‘hacker’ yang tidak bertanggungjawab. Saya bukanlah seorang yang mahir dalam bidang ini tetapi niat ingin berkongsi bagaimanakah teknik yang mereka gunakan selama ini.

Di sini saya hanya menyentuh salah satu teknik mudah yang agak popular digunakan oleh Pak Cik Hacker terhadap pengguna seperti akaun Facebook, Myspace , Maybank, CIMB dan lain-lain lagi. Teknik ini mudah dikesan apabila kita sebagai pengguna sentiasa berhati-hati terhadap sebarang link atau dalam erti kata lain pautan jaringan yang didapati dalam akaun facebook.

Teknik “Fake Login”

Teknik “Fake Login” adalah merupakan salah satu teknik yang mana ia berfungsi apabila Pak Cik Hacker telah menyediakan satu laman web palsu yang menyerupai 100% isi kandungan. Sebagai contoh saya telah melakukan ujikaji terhadap laman utama facebook.com seperti perbincangan asal.

Cuba anda klik pautan yang telah saya sediakan di bawah ini :

[+] http://www.ikhtiar2u.com/test

Apa yang anda lihat? Tampak 100% seperti laman web asal Facebook bukan?

Bagaimana Teknik Ini Berfungsi?

Saya percaya hampir separuh daripada kita yang sering klik sebarang link (pautan) terhadap mana-mana ruangan dalam facebook ini. Pak Cik Hacker akan mencari mangsa-mangsanya dengan menyebarkan link (pautan) dengan menggunakan gaya tersendiri. Antaranya meletakkan link (pautan) di bahagian description video, di bahagian wall post, gambar dan sebagainya. Kebiasaannya mereka mensasarkan akaun facebook yang mempunyai ramai senarai kawan. Mengapa?

1) Apabila Pak Cik Hacker telah dapat ‘menawan’ akaun facebook yang mempunyai senarai kawan, mereka akan menyebarkan link (pautan) dengan menggunakan facebook yang telah berjaya digodam.

[Teknik mereka dengan hanya menyebarkan link (pautan) untuk mendapatkan emel dan kata laluan anda]

Sila lihat contoh akaun facebook sahabat saya yang telah digodam

Jika  anda lihat terdapat satu link (pautan) yang disertakan dalam wall post tersebut. Pak Cik Hacker tidak akan sesekali menggunakan server berbayar kerana itu adalah satu tindakan bodoh yang boleh memerangkap diri sendiri. Mereka biasanya akan menggunakan server sendiri, server percuma seperti surge8.com, Webhost000, webs.com, blogspot dan lain-lain lagi. Dengan cara ini, kegiatan mereka sedikit sukar untuk dikesan.

Benarkah Wujud Teknik Sedemikian?

Saya percaya anda semua adalah bekas pengguna akaun Friendster. Pada tahun 2007 yang lalu, saya  saya telah melakukan sedikit ujikaji terhadap laman sosial Friendster. Saya telah menggunakan server percuma iaitu laman blogspot. Dengan sedikit konfigurasi terhadap page source code hasilnya saya berjaya mendapat akses akaun pengguna Friendster orang lain. ITU adalah UJIKAJI sahaja.

Fitnah Bakal Mengundang

Saya kira kita semua sudah maklum bahawa fitnah itu ada di mana-mana sahaja. Tidak kira fitnah besar mahupun kecil, ia tetap membawa impak yang besar terhadap diri kita sendiri. Saya bangga mempunyai sahabat-sahabat yang sentiasa ingat mengingati terhadap rakan-rakan yang lain. Moga Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya.

Walaupun kita mempunyai gambar yang agak ‘menarik’ tetapi tidak dipertontonkan kepada khalayak. Awas, berhati-hatilah. Walaupun kita memuat naik gambar dan ditetapkan “set” hanya sebilangan pengguna seperti adik-beradik sahaja boleh melihat, ia tetap bakal mengundang fitnah. Mengapa?

1) Facebook adalah merupakan laman sosial jaringan percuma yang mengunakan server SENDIRI. Kalau sendiri punya, faham sendirilah.

2) Sekiranya akaun facebook kita digodam dan secara tidak sengajanya kita menyimpan gambar ‘menarik walaupun secara privacy set’. Apakah perasaan kita apabila Pak Cik Hacker menyebarkan gambar tersebut?

Kesimpulan

Selepas ini, kita perlulah sentiasa berhati-hati terhadap sebarang link sama ada dalam Facebook, emel, dan jaringan internet yang lain.

Maafkan saya sekiranya penulisan saya ada mengguris mana-mana pihak. Penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman saya sebelum ini.

Semoga Allah SWT permudakan urusan kita semua InsyaAllah.

14 thoughts on “[Perkongsian] Bagaimana Akaun Facebook Digodam?”

  1. Assalamualaikum saudara ikhtiar..saye juga ingin berkongsi cerita berkenaan ‘hackers facebook’…dulu kawan baik saye juga pernah mngalami situasi yg same d mane fb nye digodam..tp,yg xsedapnye,saye yg dituduh menggodam fb hamba allah ni hnye kerana saye tahu password fb nye…truk kan?tp setelah mmbaca artikel saudara ni..barulah sye faham bgaimana org boleh menceroboh fb kite..mashaAllah..takut lak saye…^ ^

    Reply
  2. assalamualaikum…sy nk luahkn rsa kcwa sy psl fb sy tlah d hack pd 22 dis tpat pd pkul 1.07 pagi…tgh ari tu kwn tya psl aku maki2 dia dlm fb..pya la sakit ati aku psl aku x taw sapa yg hack akaun aku tu…so,hrp2 pd sapa2 g taw cara mengatasi mslh ini,bantulah sy…

    Reply
      • lgsg x bley pkai…ID tetap sma tp password dia ubah…aku pn x taw pe mslh dia kat aku smpi nk hack fb aku…semlm kwn aku heran npa aku on chat tp x bls chat dia….sy amat bharap sgt kat saudara ikhtiar dpt tolg sy…

        Reply
    • Aah betul. Kalau dia tak tahu password facebook kita, tapi tahu password emel. Itupun lagi mudah. Just request reset password dari facebook je.

      Reply
  3. Akaun fb sy kne hack bbrapa hari lepas.saya da masukkan gmba ic sume.x boleh nak bukak fb lagi.x phm btol lha dgn step2 yg facebook bg niy.da wt ikot yg dy suruh da.tapi tetap x lepas.minx tlong saudara ye.

    Reply
  4. salam tuan ikhtiar…
    saya telah dimalukan di facebook di create oleh mereka.bagaimana saya nak hack akaun itu..saya amat tertekan sekarang ini…minta sgt bantuan tuan….boleh hubungi terus sy ditalian 0125579776
    minta sms nama tuan…sy akan hubungi …terima kasih

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge