Selamat Bertugas Buat Pimpinan Baharu

Peperiksaan hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Lambakan nota pengajian pula tersadai seketika. Tiba-tiba fikiran saya beralih kepada Majlis Bai’ah MPM. Baru sahaja ia diadakan jumaat lalu. Dewan Senat dan barisan pengurusan tertinggi serta pemimpin mahasiswa menjadi saksi atas lafaz ikrar mereka.

Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar. Saya teringat kata-kata Dato’ Rektor sewaktu dalam ucapannya, “ini bukan satu rampasan kuasa, tetapi penyerahan kuasa”. Kedengaran tawa kecil dengan usikan Dato’ rektor. Masing-masing sibuk memikirkan krisis politik yang sedang hangat diperkatakan .

Kini MPM  sudah memulakan tugas mereka dengan rasminya. Dipimpin oleh Saudara Nasrul Izad Md Isa sebagai Presiden MPM yang dahulunya memegang jawatan sebagai Sekretariat Induksi & Taaruf MPM.

Organisasi Majlis Perwakilan Mahasiswa

MPM bukanlah satu badan induk organisasi yang setaraf duduk sebaris bersama pengurusan tertinggi. Tetapi mereka sebagai perwakilan membawa suara mahasiswa. Saya cukup kesal dengan tindakan segelintir individu yang cuba menjatuhkan MPM, kampus turut menerima tempiasnya.

Jika benar MPM melakukan kesilapan, jika benar MPM tidak menjalankan tugas kenapa tidak bersemuka dengan mereka. Kita berbincang mencari solusi bersama.

Bila sentuh pasal bersemuka. Segar ingatan saya semasa majlis Himpunan Perdana Siswa (HIMSIS). HIMSIS ini, bak kata senior-senior pimpinan lama ibarat kita berada dalam medan perang. Bertalu-talu mahasiswa turun berasak dengan pelbagai soalan, sindiran, kecaman dan pelbagai lagi. Waktu itu, kami baru sahaja naik dilantik.

Buat HIMSIS kali pertama ini sekadar mahu mendengar lontaran idea atau pandangan, mahupun aduan. Kami ambil cakna. Namun biasalah kena hentam juga.

Fikrah Berbeza

Apabila kita berada di alam persekolahan, perbincangan bersama rakan pastinya pernah menemui jalan buntu. Kau dengan idea kau, aku dengan idea aku. Tetapi kita masih lagi boleh duduk bersama.

Berbeza di alam kampus. Jika kita berbeza pendapat, pastinya akan ada individu yang cenderung ke arah perpecahan. Itu wujudnya pelbagai kumpulan yang membawa idealogi tersendiri sehingga tercetusnya gelombang kepada demonstrasi.

Pokoknya, kita harus bersatu. Bincang duduk semeja. Tidak perlu secawan kopi, cukup dengan merendahkan ego kita sendiri. Sekian.

Selamat bertugas kepada pimpinan baharu.

Leave a Comment

CommentLuv badge