Siapakah Lelaki Misteri Itu?

Saya baru sahaja mendapat berita bahawa ibu telah dimasukkan ke dalam wad hospital kerana disyaki dijangkiti H1N1. Ibu saya telah dikuarantin  hampir selama seminggu. Hanya dapat melihat dari lapisan dinding cermin melalui jarak dekat.

Azan subuh baru sahaja berkumandangan. Kendengaran jelas laungan azan dari corong masjid yang bersebelahan dengan hospital. Ibu bingkas bangun dan bersiap-siap untuk mengerjakan solat fardhu subuh. Ketika membentangkan sejadah menghadap kiblat, ibu telah disapa oleh seorang lelaki berpakaian putih.

“Kiblat bukan arah sini, tetapi di arah sana” tegur lelaki tersebut.

Bayangan lelaki tersebut kelihatan samar-samar  dan akhirnya hilang dalam kegelapan. Walaubagaimanapun, dalam nada terkejut ibu saya tetap meneruskan solat fardhu subuh mengikut arah kiblat yang sama. Jelas ibu, dia berasa yakin tatkala pernah bertugas di bangunan hospital tersebut .

Matahari mulai terbit. Datang seorang jururawat kepada ibu saya untuk bertanyakan tahap kesihatan.

“Nurse, arah kiblat kat sebelah mana?” tanya ibu saya.

“Arah di sebelah sana (sambil menunjukkan arah sama seperti arah yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut)”

“Oh maknanya betul lah arah yang ditunjukkan lelaki tu”

“Lelaki mana?? Jururawat bertanya bernada kehairanan.

Pagi itu, satu aras hospital tersebut kecoh dengan cerita ibu saya mengatakan tentang seorang lelaki berpakaian putih. Tambahan pula hospital yang didiami oleh ibu saya adalah merupakan bangunan lama yang sudah berpuluh tahun di mamah usia. Bangunan baru tidak dapat menampung jumlah bilangan pesakit gara-gara penularan wabak H1N1.

Walaubagaimanapun peristiwa ini sudah lama berlalu. Siapakah lelaki tersebut masih tetap meninggalkan tanda tanya terhadap ibu saya mahupun kepada kakitangan di aras tersebut. Allahua’lam.

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja”

(Al-An’am : 59)

40 thoughts on “Siapakah Lelaki Misteri Itu?”

  1. Assalamualaikum w.b.t.pada pendapat saya lelaki tersebut mungkin para wali ataupun seseorang yang diutuskan Allah untuk menunjukkan manusia ke Jalan-Nya.

    Reply
  2. mungkin itu adalah jin yang menyerupai wajah dan bentuk orang alim. Bahaya kalau kita percaya seratus peratus dengan tunjuk ajar dari benda yang kita tak kenal dan muncul secara tiba-tiba. Daripada pengalaman dan ilmu agama yang saya belajar,saya yakin seratus peratus itu adalah jin dan tugas jin adalah untuk menyesatkan manusia.
    memang kita nampak ia satu benda yang baik,tetapi jika kita tidak mempunyai basic agama yang kukuh,berkemungkinan besar akidah kita mudah terpesong jika terus mempercayai apa yang diajar oleh benda ghaib tersebut. 1st jin akan bagi benda yang betul,bgitu jgk dgn yg ke2,ke3 hgga kali ke 5. tetapi keenam pasti dan pasti jika kita terus percaya,dia akan sesatkan kita sehingga kita tidak dapat melihat jalan yang benar…

    Reply
  3. saye rase tu malaikat sebab malaikat boleh menyerupai lelaki…kalau jin,,jin yg baik x kacau manusia,paling x pon die nak kawan tapi manusie x boleh kawan dengan bnde2 cam 2,,yeah..yakin 2 malaikat sebab die tunjuk arah kiblat yg betol,,:)

    Reply
  4. hhmmm…mungkin Allah nak tunjukkkan arah tempat solat yg sepatutnye…..ssb 2 die utuskan salah 1 makhluknye untuk menunjukkan arah kiblat sebnar (mungkin)

    Reply
  5. mkin tdak smpai ke tahap malaikat,tpi mkin jin atau makluk Allah yg btul2 tunduk kpada Allah dn nk tnjuk kn arah kiblat yg btul..pngalaman sye mmg ade jin yg btul2 islam trmsuk bunian..tpi harus di ingt,bunian pn ade plbgai jnis,ade yg baik dn ade yg tdak..bgaimne pn kte harus sntiasa waspada dgn yg tdak baik ni..

    Reply
  6. Itulah hamba allah yang diberikan keistimewaan lantaran hampir mereka kepada allah,makhluk yang tidak nampak seperti jin malaikat dan iblis sememangnya ada namun taraf manusia yang diberikan keitimewaan kepada mereka melebihi darjahnya dari makhluk di sebut tadi. merekalah yang sentiasa berdoa kepada allah untuk kesejahteraan manusia dan memohon ampun kepada allah. jika tidak tentu banyak berlaku azab terhadap manusia di atas muka bumi ini.untuk rujukan silalah merujuk kepada tulisan aulia aulia dan qutub… insyaalah akan dapat jawapannya

    Reply
  7. Mungkin juga wali..wali di berikan keistimewaan olen Allah utk menunjukkan umag yg masih hidup ke jln kebenaran..wallahualam..allah sahaja yg tahu..x boleh ckp byk sgt nnt silap pula..:)

    Reply
  8. Allah telah berfirman, “tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kepada ku”. Ingat tu semua, Allah jadikan jin dulu barulah manusia. Maknanya, telah lama jin tu beribadat kpd Allah. Tetapi Allah jadikan manusia sebagai Khalifah di muka bumi. Ingat tu..dimuka bumi shaja, kat tempat lainnya tak boleh i.e. dalam tanah ke, dalam air ke, kat udara ke, atas langitke…..Kita juga diminta beriman kepada benda2 yg ghaib. jadi kita hendaklah berilmu dulu utk mengenal benda-benda yg ghaib tu, yg mana satu boleh diikut dan yg mana satu kena ditolak.

    Reply
      • Assalamualaikum.. kepada saudara2 islam ku semua..saya harap kamu suma sedar akan kesilapan kamu..bukan kah menambah2/mengada2kan ssuatu tanpa contoh/bukti itu adalah bid”ah..dan hukum bid’ah itu haram dan membuat ssuatu yang haram itu berdosa…fahami..
        dalam cerita tersebut..hanya dicritakan bhawa ibu tersebut disapa&dibri ptunjuk arah qiblat oleh “SEORANG LELAKI BERPAKAIAN PUTIH” tak disebutkan jin/malaikat/wali or apa2 saja dlm pmikiran kamu..jd, berwaspadala wahai umat Muhammad S.A.W…

        mana yang baik datangnya dari Allah dan mana yang buruk adalah ksilapan saya sndri..

        jika ada silap saya harap dperbetulkan…

        Assalamualaikum..

        Reply
  9. tu semua kerja Allah
    allah dh kta manusia xkn tau seratus peratus tentang alam ghaib so sapa laki tu kita cuma bule buat andaian saja pekara sbnr hanya Allah yg tahu

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge