Belajar Untuk Menerima Hakikat

Sudah lama saya tidak mencoretkan sebarang nukilan di sini hampir dua bulan mungkin. Itu tidak bermakna penulisan saya akan terhenti begitu sahaja tanpa sebarang noktah. Mungkin bagi orang lain corak penulisan itu mudah, tetapi sedikit sukar bagi saya. Saya perlu banyak belajar lagi. Dalam merentasi masa yang kini sudah berada di pertengahan tahun membuatkan saya berfikir sejenak. Umur yang semakin meningkat, tempoh pra-matang yang seakan tamat mungkin menyebabkan saya sedikit gusar. Perjalanan yang dirasakan agak terlalu cepat, sukar untuk diduga seperti baru sahaja berlakunya kelahiran. Kelihatan seperti merungut, namun secara hakikatnya tiada istilah untuk kita berpatah balik.

SelanjutnyaBelajar Untuk Menerima Hakikat