Mengapa Terdapat Sub Folder Pada Nama Domain?

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan merungkai mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pembaca buku Mudahnya WordPress.

“Tuan,kenapa ya apabila saya menaip nama domain, laman web tersebut akan keluar seperti ini http://namadomain.com/wordpress”

“Tuan, mengapa laman blog saya ada tambah /wordpress?”

Itulah soalan yang sering diajukan kepada saya. Tidak mengapa.

Cuba kita kita rujuk kembali Bab Pemasangan Skrip CMS WordPress di muka surat 64. Pada bab tersebut saya meminta anda untuk men-download skrip dari laman blog saya. Walaubagaimanapun terdapat pembaca yang men-download dari laman web wordpress.org.

SelanjutnyaMengapa Terdapat Sub Folder Pada Nama Domain?

Pengumuman – Buku Mudahnya WordPress

Assalamulaikum.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat wal’afiat.

Di sini saya ada beberapa pengumuman ringkas yang ingin disampaikan kepada anda.

Berkenaan dengan buku Mudahnya WordPress, ia boleh didapati di kedai-kedai buku seperti Popular, MPH, atau di kedai-kedai buku terpilih sahaja. Sekiranya stok habis, anda juga boleh mendapatkannya secara online di laman web PTS.

Saya banyak menerima emel daripada para pembaca mengenai buku Mudahnya WordPress, alhamdulillah banyak respon positif yang saya terima.

SelanjutnyaPengumuman – Buku Mudahnya WordPress