Tragedi Oktober | Siapa Sangka?

Ada di antara kita menantikan debaran detik 10 Oktober 2010 yang dianggap sebagai tarikh unik. Debaran itu tidaklah keterlaluan namun sekadar terselit perasaan teruja masakan ia berlaku sekali seumur hidup. Antara yang mengalami debaran tersebut adalah pasangan bakal pengantin yang memilih sebagai tarikh pernikahan. Turut tidak terkecuali adalah pasangan merpati sejoli di antara Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina Mohd Yunos.

Dalam merasai kegembiraan, siapa sangka tarikh tersebut bakal diwarnai dengan tangisan air mata yang tidak berbelah bagi. Satu kejadian yang cukup mengerikan. Jalan bermandian darah. Melihat deretan puluhan ribu kereta yang mengalami kesesakan sepanjang hampir 7 KM. Saya tidak teragak-agak untuk mencari alternatif lain mencari jalan keluar. Mujur kedudukan saya berhampiran dengan susur keluar Tol Plaza untuk melalui jalan biasa.

Saya segera mencapai laptop untuk mencari berita tentang kemalangan tersebut. Selang beberapa jam, saya dapat melihat puluhan gambar yang saya kira cukup menyayat hati. Rupa mayat tanpa kepala, tangan putus benar-benar menginsafkan. Ia sudah cukup mengingatkan tentang saat kematian kita yang bakal kunjung tiba. Insiden tersebut telah mendapat liputan meluas di media tempatan dan luar negara.

Firman Allah SWT :
Sejak daripada itu, ada di antara kita mula menuding jari untuk mencari siapa yang salah, siapa yang betul. Insiden ini juga sama seperti kejadian Bas Sani Ekspress yang dahulunya cukup hangat diperkatakan. Pelbagai lontaran idea dan pandangan diberi. Namun ia sedikit demi sedikit tenggelam dek perubahan masa. Kini timbul semula kejadian yang sama turut berulang walaupun berbeza lokasi. Namun situasinya tetap sama.

Bak kata orang

“Tak kan Mitsubisi Lancer nak pecut 100 km/j je??”

Itu adalah kesedaran diri masing-masing sebenarnya.

Salam takziah buat keluarga mereka.

Leave a Comment

CommentLuv badge