Tutorial Cloaking Nama Domain

Di sini saya ingin berkongsi Tutorial Cloaking Nama Domain terutamanya bagi usahawan droshipper Sinar Niaga yang ingin memiliki nama domain TLD (Top Level Domain) sendiri. Sebelum itu kita perlu mengetahui apakah tujuan sebenar fungsi cloack nama domain.

i) Hidden URL ex; Affiliate Link
ii) Menjadikan nama domain unik dan belum  dimiliki oleh sesiapa.
iiI) Menambahkan kredibiliti kita sebagai seorang usahawan internet.
iv) Mudah diingati oleh prospek dan bakal prospek.

Bagi pengguna akaun droshipper Sinar Niaga, sudah pasti anda mempunyai laman web shopping cart yang telah disediakan oleh pihak Flarebiz Network.

Baiklah nama domain laman saya ialah : http://www.ifa.sinarmall.com

www.ifa.sinarmall.com : Domain ini dipanggil sebagai second level domain kerana ia mempunyai sub domain iaitu IFA. dan sinarmall.com sebagai top level domain.

Maka artikel ini akan berkongsi kaedah menggunakan nama domain unik yang dimiliki anda tanpa mengubah sebarang kod.

Contoh : namadomain.sinarmall.com

Domain unik : butikazzahra.com

Walaupun pengguna atau bakal prospek akses nama domain butikazzahra.com, sistem masih lagi mengguna hosting ifa.sinarmall.com.

Kita perlu membeli domain dan hosting untuk keperluan ini. Saya sarankan anda membeli di hosting NetKL Network dengan harga RM60 setahun.

1) Tutorial Pembelian Nama Domain & Hosting

Akses ke laman web NetKL Network : http://www.netkl.com

Lihat di bahagian bawah, klik [Order Now].

Seterusnya, klik [Order Now]. Pastikan anda memilih pakej mySilver sahaja.

Pada bahagian ini, sila masukkan nama domain pilihan anda. Sila pastikan nama domain yang kita pilih, perlulah mempunyai kaitan asas dengan produk.

Untuk tutorial, saya akan menggunakan nama domain butikazzahra.com. Tick pada [I want NetKL Network to register a new domain for me] . Kemudian, klik [ Click to Continue ] untuk proses selanjutnya.

Sekiranya nama domain pilihan unavailable, sila pilih nama domain yang lain.  Setelah available, , klik [Click to Continue].

Klik [ Update Cart ]

Tick [ ID Protection (FREE!). Kemudian, klik [ Update Cart ].

Sila isikan butiran maklumat lanjut seperti nama, alamat, dan sebagainya. Setelah selesai mengisi, tick [I have read and agree to the Terms of Service] dan seterusnya klik [ Complete Order ].

Anda perlu menjelaskan bayaran seperti yang tertera di invois. Selang beberapa jam, pihak NetKL akan menghantar emel notifikasi memaklumkan nama domain dan hosting sudah berjaya diaktifkan. Paling cepat domain dan hosting saya diaktifkan adalah selama 5 minit. =)

 

2) Konfigurasi Cloak URL

Sila buka emel yang digunakan untuk tujuan pembelian nama domain & hosting. Kita akan dapat melihat satu emel yang tertera seperti ini. Semak sama ada ia berada di peti inbox,Spam atau Junkmail.

Sekiranya tiada emel tersebut lebih daripada 24 jam, sila hubungi pihak NetKL.

Klik emel yang bertajuk [Your CPanel Account Information]

Cari butiran seperti ini :

Butiran akaun anda

Domain: butikazzahra.com
Username: sdfsdfsd
Password: 2zQ9m25xQq

Nama domain mewakili nama domain anda.

Seterusnya akses akaun CPanel.

Akses URL : http://www.namadomain.com/cpanel

namadomain.com – Sila tukarkan kepada nama domain anda.

Sila masukkan nama username & password seperti yang tertera dalam emel anda. Kemudian cari ikon [Legacy File Manager] di seksyen FILES.

Klik ikon [Legacy File Manager]

Kini kita berada di paparan antara muka Legacy File Manager. Selepas ini kita perlu meng-upload satu file index.html. Namun sebelum itu, kita perlu mencipta satu coding html di bahagian desktop komputer anda.

Kita abaikan sementara Legacy File Manager.

Sekarang buka perisian Notepad yang terdapat dalam komputer anda. Sekiranya terlupa, ikuti arahan ini.

Starts > Accessories > Notepad

 Copy kod di atas dan paste kan di bahagian Notepad. Sebelum itu pastikan anda membuat dua perubahan dalam kod tersebut. Antaranya :

<html>

<head>

<meta http-equiv=”Content-Type”
content=”text/html; charset=iso-8859-1″ />
<title>Butik Azzahra Collection</title>

<META name=”robots” content=”noindex,nofollow”>

</head><frameset rows=”100%,*” border=”0″>

<frame src=”http://www.namadomain.sinarmall.com” frameborder=”0″ />

<frame frameborder=”0″ noresize />

</frameset> document.removeEventListener(‘click, clickHandler, true);
</html>

<title>Butik Azzahra Collection</title>

Letakkan nama perniagaan anda.

<frame src=” http://www.namadomain.sinarmall.com” frameborder=”0″ />

Letakkan domain yang telah disediakan oleh pihak Flarebiz Network sebelum ini.

Contoh : http://www.namdomain.sinarmall.com

Kemudian save kan atas nama index.html

Selepas itu akses semula ke bahagian Legacy File Manager. Kemudian klik [Upload].

 

Klik [Browse] untuk mencari fail index.html yang kita create sebentar tadi. Seterusnya klik [Upload].

Alhamdulillah, proses selesai.

Untuk melihat hasilnya, cuba akses nama domain anda yang baru.

Sebarang masalah, boleh tinggalkan komen anda.

Sekian.

 

Peringatan : Kaedah ini sangat berisiko terutamanya diban oleh pihak Google.

 

6 thoughts on “Tutorial Cloaking Nama Domain”

Leave a Comment

CommentLuv badge