Tutorial Reset Password WordPress Melalui phpMyAdmin

Baru-baru ini salah sebuah akaun wordpress milik klien saya tiba-tiba tidak boleh diakses seperti kebiasaannya. Request kata laluan melalui pengesahan emel pun tidak berkesan. Namun perkara ini berkemungkinan terjadi apabila web tersebut telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Cara untuk reset password wordpress boleh dilakukan di bahagian phpMyAdmin yang terdapat dalam akaun CPanel kita.

#1 Ketahui Nama Database Laman Web

Ramai orang tidak mengetahui nama database bagi sesebuah laman web mereka antaranya kerana membuat pemasangan skrip secara automatik. Ini biasa yang terjadi apabila wujudnya kes-kes sebegini. Sekiranya tidak mengetahui nama database web, kita perlu membuat semakan nama di bahagian fail wp-config.php.

Lihat di bahagian ini.

// ** MySQL settings – You can get this info from your web host ** //

/** The name of the database for WordPress */

define(‘DB_NAME’, ‘user_web’);

Perkataan yang dibold adalah nama database.

#2 Akses Ke Bahagian phpMyAdmin

Sila pilih nama database anda di bahagian sebelah kiri. Sebagai contoh, saya namkan database saya sebagai _freelancer . So klik pada nama tersebut.

Kemudian, klik pada wp_users.

Di bahagian user_login adalah usernama akaun wordpress anda. Manakala di bahagian user_pass adalah mewakili kata laluan. Jangan terkejut apabila melihat barisan kod kata laluan yang tidak difahami kerana setiap kata laluan yang ditukar akan perlu diterjemahkan ke bahasa yang dikenali sebagai MD5 Hash.

Langkah seterusnya sila klik pada ikon pensel untuk proses penukaran kata laluan.

Penukaran kata laluan boleh di lakukan di bahagia Value (user_pass). Namun anda perlu membuat penterjemahan kod di laman web ini :

http://www.miraclesalad.com/webtools/md5.php

Masukkan kata laluan anda di bahagian string, kemudian klik pada butang md5. Sejurus selapas itu, satu kod akan diekstrakkan menjadi sebuah kod yang panjang. Sila copy kod tersebut, dan paste kan di bahagian Value.

Kemudian klik butang Go, dan proses tersebut selesai. Sila pastikan laman blog anda berada dalam keadaan selamat.

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge