Ulasan Blog Zyan – InternetMudah.com

Apabila menyebut nama Azian Bin Usman mungkin ramai yang tidak mengenali tentang jejaka ini.  Namun beliau ini sebenarnya merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang sudah  berkecimpung lama sejak dari dahulu lagi. Nama beliau   sering dikenali sebagai Zyan. Selain itu, beliau  mempunyai sebuah laman blog yang banyak berkongsi tentang dunia perniagaan internet.

Blog Milik Azian Bin Usman

Blog merupakan antara senjata pemasaran  wajib yang perlu ada bagi setiap orang usahawan termasuklah Azian sendiri. Jadi mengikut semakan, blog ini sebenarnya telah didaftarkan pada 6 April 2010 dengan menggunakan nama domain internetmudah.com. Selalin itu, laman blog ini  telah dihostkan di Hostgator di  mana syarikat penyedia hosting ini berpengkalan di US. Apa yang menariknya, walaupun blog ini baru sahaja berusia dua tahun lebih, namun banyak isi kandungan berguna yang dapat diperolehi. Jadi tidak hairanlah, jika blog Azian ini mendapat ranking yang baik di Alexa iaitu 588,061.

Apa yang menariknya tentang blog ini?

#1 Tagline

Menggunakan tagline perniagaan internet cara mudah,  ia menampakkan  bahawa pemuda berusia 22 tahun ini mempunyai kemahiran buat duit online dengan menggunakan teknik mudah yang tersendiri.

#2 Perkongsian teknik buat duit dengan Clickbank

Setakat ini apa yang dikongsikan oleh beliau di blognya adalah merangkumi teknik jana wang online sama ada dari dalam dan luar negara.  Apa yang menariknya, blog ini sering dijadikan rujukan para usahawan yang mahu mempelajari selok belok teknik buat duit dengan Clickbank. Jadi tidak hairanlah jika beliau mempunyai sebuah produk iaitu Teknik Clickbank yang telah dilancarkan pada tahun 2011. Produk ini sememangnya laris di pasaran tempatan dengan dibantu para affiliater yang hebat. Ebook ini mengajar bagaimana cara sebenar menjana wang di Clickbank dengan langkah yang ditunjukkan.

#3 Perkongsian teknik buat dengan dengan Facebook

Selain itu, kita sedia maklum, laman Facebook antara laman media sosial utama yang dijadikan sebagai platform para usahawan dalam memasarkan produk. Maka, kandungan blog ini juga tidak tertumpu kepada buat duit clickbank semata-mata, tetapi turut mengandungi teknik buat duit dengan Facebook. Saudara Azian juga sering berkongsi tips di Facebook miliknya.

Apakah kelebihan blog ini?

#1 Loading Web

Pemilihan templat sebenarnya amat perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi jika kita serius dalam berblogging. Maka, perkara utama sebagai pemilik blog adalah memastikan bahawa loading web berada dalam keadaan yang baik.  Blog milik Azian ini selain memiliki loading web yang pantas, ia juga menggunakan templat yang tampak ringkas. Berlatarbelakangkan putih mewujudkan rasa selesa mata pembaca mahupun pengunjung ketika membaca sebarang artikel di blog ini.

#2 Susunan Artikel

Membuat susunan artikel berdasarkan kategori sememangnya memudahkan para pembaca memilih topik yang diminatinya. Antara kategori yang disediakan oleh Azian adalah seperti  affiliate, clickbank, pemasaran blog, pemasaran video, perniagaan internet dan lain-lain lagi. Walaupun wujudnya fungsi carian di bahagian sidebar blog, kategori lebih banyak membantu sebenarnya.

#3 Artikel Bersama Video

Jika kita perasan, rata-rata artikel dalam blog ini banyak disampaikan beserta dengan penerangan video. Amat jarang sebenarnya sebuah blog menyediakan artikel bersama tutorial video. Jadi ia satu kelebihan sebenarnya kerana dapat membantu para pembaca memahami sama ada melalui penyampaian tulisan mahupun bentuk visual.

Artikel yang menarik

Dalam banyak-banyak artikel, artikel yang bertajuk Jana RM200 – RM500 setiap bulan secara part time dengan affiliate TCB dianggap paling menarik. Ia bukan sahaja menyentuh tentang affiliate sahaja, tetapi menunjukkan teknik promosi memasarkan produk affiliate iaitu sama ada menggunakan platform berbayar ataupun percuma seperti forum, blog dan lain-lain lagi.

Kesimpulan

Walaupun pada hakikatnya blog internetmudah.com tidak dikemaskini secara kerap, namun pengisian yang dikongsikan mampu memberikan kita pendedahan tentang dunia perniagaan internet. Sebagai penambahbaikan, artikel yang dipost ke dalam blog, perlulah di-justify bagi menampakkan susunan perenggan yang teratur. Penggunaan gambar pun boleh diperbanyakkan lagi. Mungkin selepas ini juga, saudara Azian boleh menulis lebih banyak lagi artikel. (Pandai nasihat orang, blog sendiri pun tak terupdate);p .

Sekian, terima kasih.

2 thoughts on “Ulasan Blog Zyan – InternetMudah.com”

Leave a Comment

CommentLuv badge