WordPress

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembeli buku Mudahnya WordPress. Bahagian ini merupakan ruangan muat turun untuk beberapa perisian dan skrip CMS WordPress.

Sebarang maklum balas yang diterima melalui emel akan diberi respon mengikut waktu tertentu.Sebarang bantuan teknikal melalui telefon adalah tidak digalakkan. Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Terima kasih.

1) Bantuan Teknikal – Buku Mudahnya WordPress
Dalam masa 24 hingga 48 jam.

Setiap download link, anda diberi dua pilihan untuk melakukan proses tersebut. Sekiranya download link untuk pilihan pertama tidak berfungsi, sila cuba pada pilihan kedua dan sebaliknya.

Sekiranya anda mengalami masalah untuk melakukan proses muat turun, sila terus menghubungi saya di alamat emel : bantuan.my@gmail.com

Nota : Fail yang disediakan menggunakan format perisian Winrar. Sekiranya perisian tersebut tiada di dalam komputer anda, sila muat turun di sini.

Bab 6 Apa Itu FTP FileZilla

Perisian FTP FileZilla :

Pilihan 1 : Klik Sini
Pilihan 2 : Klik Sini

Bab 8 Pemasangan Skrip CMS WordPress 3.2.1

Skrip CMS WordPress 3.2.1Β  :

Pilihan 1 : Klik Sini
Pilihan 2 : Klik Sini

Bab 9 Pemasangan Tema WordPress

Tema WordPress (Freshy) :

Pilihan 1 : Klik Sini
Pilihan 2 : Klik Sini

Bab 10 Pemasangan Plugin

Plugin (Easy Contact) :

Pilihan 1 : Klik Sini
Pilihan 2 : Klik Sini

Bab 14 Proses Penghantaran Artikel

Artikel & Imej :

Pilihan 1 : Klik Sini
Pilihan 2 : Klik Sini

Dikemaskini pada 11 Disember 2011.

80 thoughts on “WordPress”

    • Salam,
      maafkan saya kerana terlepas pandang.
      Saya sedang mencari plugin yang sesuai untuk navbar di sidebar tersebut.
      Sebelum ini saya ada jumpa, tetapi ia agak sukar kerana melibatkan coding bagi yang mahir dalam bidang kod php.
      Sekiranya ada yang mudah, saya akan maklumkan kepada tuan.

      Terima kasih.

      Ikhtiaruddin Md Yasim

      Reply
  1. bagaimana nak menggunakan helm bukannya cpanel seperti dalam muka surat 61,buku mudahnya wordpress…saya tengok tak ada file seperti contoh public_html

    Reply
    • Salam,

      Tak ada? Pelik. Cuba lihat sekali lagi di bahagian setting, jika tiada. Berikan username dan password ke emel bantuan.my [at] gmail.com .

      Terima kasih.

      Reply
  2. salam tuan
    saya cuba untuk download filezilla tetapi adapassword admistrator
    jika teruskan ,tidaknboleh set up.bagaimana nak menyelesaikan masaalah ini

    Reply
    • saya dah cuba tuan,ayat yang keluar ialah β€œthe publisher could not be verified”

      Ikhtiar : Ayat tersebut keluar masa bila ya? ni kes pertama saya dengar.

      pada muka surat 74,saya tak dapat buat account wordpress

      Ikhtiar : Adakah tuan sudah create database dan edit pada wp-config-sample.php? Mohon emel masalah kepada bantuan.my @ gmail.com .

      Terima kasih πŸ™‚

      Reply
      • mungkin masalah semasa edit DB_password. tuan meletakkan contoh password yang belum ditukar di dalam pengubahsuaian DB_password. gantikan password_here kepada password yang telah kita tukar di mukasurat 62.

        Reply
  3. salam, sayaterhenti di page 74, bahagian URL browser mana yg saya perlu taip nama domain..di ruang fail setting tidak terdapat URL browser…

    Reply
    • Wsalam.

      Bukan di ruang fail setting. Maksud saya di situ, cikpuan taip nama domain di ruangan tempat isi URL di bahagian atas browser (pelayar internet) yang cikpuan gunakan seperti Mozilla Firefox.

      Reply
  4. Tuan, saya punya server’s d block kenapa ye, dan saya tidak boleh login ke filezilla..
    ‘Your connection to this server has been blocked in this server’s firewall.

    You need to contact the server owner for further information.

    Your blocked IP address is 203.82.92.82

    This server’s hostname is ww5.netkl.org’

    Reply
    • Masalah terjadi berkemungkinan cikpuan memasukkan password yang salah secara beberapa kali, jadi sistem block IP cik puan.

      Untuk unblock semula, caranya contact semula pihak hosting NetKL.
      http://billing.netkl.com/submitticket.php?step=2&deptid=1

      Dan katakan pada mereka domain cikpuan (nyatakan domain) tidak bolek diakses. Mohon unblock IP semula. Insha Allah, selepas itu masalah semuakan selesai nanti dan boleh login seperti biasa.

      Reply
  5. salam,, saya sedang cuba bina laman web menggunakan buku panduan mudahnya wordpress, tetapi sampai stage pembinaan akaun word press, muka surat 74, saya gagal mencari ruangan kotak kosong yg perlu diisikan melaui laman web http://www.myikhtiar.com , boleh tolong jelaskan bahagian ini.

    sekian

    hamedi

    Reply
    • Wsalam.

      Terima kasih kerana sudi mendapatkan buku Mudahnya WordPress. Berkenaan dengan soalan tuan.

      Kotak kosong yang saya maksudkan adalah kotak URL untuk mengisi nama domain. Cuba tuan lihat di atas, ruangan URL. Tuan perlu isikan nama domain tuan di situ. Atau dalam erti kata lain, ruangan untuk mengisi alamat laman web.

      Sekiranya ada masalah, boleh emelkan kepada saya di bantuan.my @ gmail.com

      Reply
  6. salam..

    saya baru beli buku tuan.. saya ada soalan.sekarang wp dah versi 3.3.2 kn..? so step still sama ker atau mcm mna..? tq.

    Reply
  7. Saya telah membeli buku tuan semasa Pesta Buku Perlis baru-baru ini. Saya baru mencuba, bila install themes Freshy2, dia failed kerana missing style.css stylesheet. Apa maksud tersebut dan bagaimana boleh diselesaikan? Tk.

    Reply
    • Mungkin kerana fail tidak diupload sepenuhnya (masalah sambungan internet).
      Tuan boleh ulangi proses yang sama.

      Delete fail Freshy2 dalam folder Themes, kemudian upload semua theme Freshy2 tersebut seperti sebelum ini. Jika masalah berlaku lagi, mohon emel ke bantuan kami.

      Terima kasih πŸ™‚

      Reply
  8. Salam Encik,
    Saya tak dpt akses WordPress tapi keluar “Error establishing a database connection”
    saya sudahpun create database dan edit pada wp-config-sample.php. so sekarang saya tersangkut di halaman 74. minta penjelasan daripada encik.

    Reply
  9. Asslmkm,
    saya dah ada akaun d wordpress, cuma masalahnya selepas memasukkan 6 ads, saya menghadapi masalah utk mem”publish” ads baru, saya tiada menghadapi masalah utk meng”upload” gambar etc cuma masa yg di ambil (loading) terlalu lama jd saya give-up dan sign out. Kemudian utk memudahkan proses saya mengambil keputusan utk subscibe upgrade pro dgn membyr $99 tp tetap menghadapi masalah diatas.
    Saya juga ingin mndapat maklumat tentang kelebihan2 meng”subscibe” upgrade pro tersebut, jika saya msh tdh berpuas hati blhkah saya membatalkannya & memohon utk refund.tq

    Reply
  10. salam…saya agak keliru…apa beza/kelebihan sy install plugin/theme guna ftp dgn install directly dlm wordpress? cth: sy search dlm wordpress.org utk plugin/themes kmudian sy klik install jer kt situ?

    Reply
    • Wsalam.

      Kedua-dua fungsi sama sahaja. Cuma kelebihan upload di FTP kita nampak file apa yang diupload. Selain itu, jika ada sebarang error, kita dapat kenal pasti.

      Saya menunjukkan tutorial upload theme/plugin menggunakan FTP dalam buku Mudahnya WordPress adalah untuk melatih para pembaca untuk mahir menggunakan perisian FTP.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Kita Tidak Akan BerpisahMy Profile

      Reply
    • Wsalam. Terima kasih.

      Ya lebih mudah sahaja install melalui Cpanel.
      Saya sengaja menunjukkan tutorial melalui Cpanel kerana :

      1) Mahu pembaca biasakan diri dengan FIle Manager > Coding
      2) Mahu pembaca biasakan diri dengan perisian FTP File Zilla
      3) Mahu pembaca mencuba meng-edit kod kod dalam File Manager

      πŸ™‚
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Kita Tidak Akan BerpisahMy Profile

      Reply
    • Setakat ini saya masih lagi belum menguasai sepenuhnya tentang cara mencipta tema wordpress. Ia agak sukar kerana seseorang itu tidak boleh tidak perlu mempunyai asas yang baik dalam coding.

      Sebelum ini pernah juga jumpa kursus membangunkan tema wordpress. Kursus ini agak mahal kerana ia melibatkan 100% teknikal.
      Ikhtiar baru sahaja menulis tentang..Semuanya Kerana Al-QuranMy Profile

      Reply
  11. Salam Tuan,
    Saya dah beli buku Mudahnya WordPress.
    Ianya sangat membantu.
    Bagaimana caranya setup page dan menu?
    Contohnya saya ada page produk

    Reply
  12. Assalamualaikum,
    Saya baru sahaja buat pembelian domain pada 3/2/2013 10:34am. Saya menghadapi masalah dengan langkah di muka surat 60 perkara no. 3. Apabila saya cuba mengakses ke akaun CPanel dengan menaip nama domain http://www.umrahnurani.com/CPanel, kenyataan seperti berikut yang keluar:

    Whoops! The page could not be found. Try giving it another chance below

    Adakah ini disebabkan ada step yang saya tertinggal atau kerana faktor propagation (24-72jam)
    TQ

    Reply
  13. Assalamualaikum, saya baru jer beli buku nih tadi petang kat satu kedai buku di Tawau, Sabah.. bila belek punya belek, terdetik rasa bangga saya sebab yg buat buku ni anak melaka coz saya pun anak melaka gak.. ok, saya ada satu soalan, sebelum ni saya dah ada akaun wordpress misalnya: ngahlampam78.wordpress.com .. macam mane saya boleh tukar kepada domain pilihan saya sendiri: ngahlampam78.com/my/net… harap bantu dan email saya yer…

    Reply
  14. Assalamualaikum,
    Saya dah ikut langkah demi langkah Tuan ajarkan. Tetapi bila sampai pada langkah page 85 perkara no.5, kenapa plugin easy contact tiada dalam senarai plugin wp-admin sy?

    Sebelum itu saya ada tersilap upload file easy contact ke /public_html/wp-content/themes dan saya dah delete file tersebut. Adakah kesilapan ini yang menyebabkan masalah ini berlaku?
    TQ

    Reply
  15. Salam..sy pembaca mudahnya wordpress.

    Saya nak tanya, kenapa filezilla xdapat disambung ke server. sy gna wifi, username and password dah berkali2 check. nak kata error, website bleh dibuka..

    Kenapa ya?

    Reply
  16. Salam…
    Saya adalah pembaca buku tuan…
    Saya nak tanya kenapa apabila sy cuba search website sy dgn menaip di URl,
    dia akan keluar seperti dibwh…

    Index of /

    cgi-bin/
    easy-contact.0.1.2/
    wordpress-3.5.1.zip
    wordpress/

    Mohon bantu ya….terima kasih…..

    Reply
  17. assalamualaikum

    terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk bertanya. saya sekarang berada pada bab 9 ttg pemasangan tema. saya dah dwonload tema fail freshy2. cuma masalah saya ketaka di Filezilla di themes. saya daya klik kanan untuk upload, tetapi perkataan upload tidak timbul….boleh tuan bantu. tq

    Reply
  18. Assalamualaikum Tuan Ikhtiar,

    Saya telah membeli buku Mudahnya WordPress karangan tuan.

    Saya juga telah menghadapi masalah yang sama dengan saudara Zarraz, iaitu :

    “Saya sekarang berada pada bab 9 ttg pemasangan tema. Saya dah dwonload tema fail freshy2. cuma masalah saya ketika di Filezilla di themes. saya sudah klik kanan untuk upload, tetapi perkataan upload tidak timbul sebaliknya download….boleh tuan bantu. tq
    Mohamad Fadzly baru sahaja menulis tentang..Hello world!My Profile

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge